Wednesday, August 12, 2015

This gonna be a long post, so get ready

Betul tak saya cakap zaman sekarang ni, orang nak buat baik atau nak melakukan kebaikan adalah sangat mencabar.

Besar sangat ujian orang yang nak beriman kepada Yang Maha Esa.

Okeh saya bagi satu analogi. Untuk para wanita solehah.

Contohlah ada 100 jenis jenama tudung kat Malaysia.

Dalam 100 jenis jenama tudung, hanya 15 yang memenuhi syarak Islam, selebihnya tidak memenuhi malah ada yang jauh tersasar dari kemuliaan agama. (Mungkin hanya segelintir).

Dalam 15 jenama tudung yang memenuhi syarak agama, yang tidak tabarruj (yakni tidak berlebihan dalam perhiasan tudung), yang tidak jarang (tak nampak bayang leher), yang tidak melekap (iaitu tidak menampakkan bentuk dada), yang tidak singkat (menutup sehingga ke bawah dada), etc, 
HANYA 8 SAHAJA yang tidak mahal, mungkin dalam lingkungan harga RM35-RM45 ke bawah. Selebihnya ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit.

Dalam 8 jenama tudung yang mengikut hukum dan masih dalam kemampuan masyarakat,
HANYA 4 SAHAJA, yang dijual dalam butik atau kedai kedai yang berkaitan. Selebihnya dijual secara online seperti Instagram, Facebook, Website.

Dalam 4 jenama tudung yang mengikut hukum, harga yang tidak terlalu membebankan dan mudah diakses dalam kedai atau butik,
HANYA 1 SAHAJA yang membuka cawangan ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Selebihnya hanya buka cawangan di sekitar Semenanjung dan itupon tidak semua negeri dan kebanyakan di ibu kota Kuala Lumpur.

Tapi iman para Muslimah masih jitu memelihara maruah diri. Masih ramai dan makin bertambah yang giat bertudung labuh menjaga kehormatan. Mungkin ada sesetengahnya mahir menjahit tudung sendiri menjadikan dirinya mudah untuk mendapatkan apa sahaja jenis tudung.

Tapi untuk beginner bagaimana? Yang hatinya baru terdetik nak berubah tapi malangnya terkial kial nak cari tudung sedikit labuh untuk permulaan hijrahnya. Bila survey dari kedai ke kedai semuanya singkat bidang 45, jarang pulak tuh. Yelah kan tadi HANYA 1 SAHAJA jenama tudung yang mengikut hukum, harga yang tidak terlalu membebankan dan mudah diakses dalam kedai atau butik. Itupon kalau dia tinggal area KL. Kalau duduk kat Sabah Sarawak?

Okeh mungkin ada yang berpendapat, takde yang salah pon dengan cara usahawan usahawan tudung yang jual secara online. Saya pon tak kata salah. Even saya pon beli online jugak. Tapi beli secara online dengan beli direct di kedai atau butik tuh ada perbezaan dari segi kepuasan.

Kalau saya (sebagai perempuan) nak pilih tudung, saya akan rasa dulu kainnya jenis apa. Sama ada senang bentuk ke atau jenis yang menyusahkan hidup kita gosok tak hilang hilang atau jenis yang buat kita jadi mentally retarded, sebab mudah renyuk dan asyik jatuh jeh pantang kena langgar angin yang berkelajuan 0.5km/jam. Kah!

Itu baru satu kriteria, iaitu jenis material. Kriteria lain?

Sebenarnya dalam sesetengah perkara, beli secara online nih lagi memudahkan sebenarnya. Segala details pasal tudung dari harga, ke saiz, ke jenis material yang digunakan selalunya dinyatakan. 

Tapi perempuan jenis macam saya tak hafal semua jenis material kain. Tetiba kat description tudung tuh tulis jenis material ialah gauze. Halamak! Mana nak tau gauze tuh macam mana. Wire gauze tahu lah kahkah. So akhirnya tunggu lah testimoni dari pembeli lain. Kalau bagus, yakin lah sikit kot nak beli. Itu pon kalau testimoni tuh boleh diharap. Kalau hampeh? Ber h u h u h u jelah ye. Kalau testimoni nye bagus, sekali bila nak beli, dah sold out. Lagi sekali ber h u h u h u jelah ye.

Okeh lepas bab material, pergi bab saiz. Yang nih mudah jeh sebab standard saiz bermula dari kecik ke besar iaitu bidang 45, 50, 55 dan akhir sekali bidang 60. Pilih lah mana yang bersesuaian.

Masuk bab harga. Okeh dalam analogi saya tadi, saya cakap dalam banyak banyak jenama tudung, HANYA 8 SAHAJA yang tidak mahal, dalam lingkungan harga RM35-RM45 ke bawah.

Bayangkan kalau satu tudung tuh harganya RM35. Acceptable lah kalau tudungnya berkualiti menjamin kepuasan hati pelanggan. Tapi sebab beli online, so kena tambah harga postage which is mostly about RM6 untuk semenanjung dan RM9 untuk Sabah Sarawak. Kalau 10 kali beli online tak ke RM60 / RM90 dah melayang ke postage SAHAJA!

Okeh saya tak menggalakkan beli online atau bershopping sakan. Even perkara nih tak rumit mana pon. Cuma nak gambarkan itu lah dilema nya yang mungkin acapkali dihadapi. *acapkali lah sangat*

But still, laki (sesetengah) tetap condemn "kenapalah perempuan suka berbelanja sakan", "kenapalah suka menghabiskan duit laki", "dik tak payah susah susah lilit shawl sana sini, abang suka tengok yang pakai bawal manis jeh".

EXCUSE ME! *huh malas nak hurai panjang nanti boleh terbitkan buku pulak entry kali nih luls*


Okeh sekarang, saya nak masuk tujuan utama saya menulis kali nih.

"WHAT DAH PANJANG BERJELA BARU NAK MASUK MAIN POINT?" Ehehh bagi chance lah akak nak buat mukadimah panjang macam nih, bukan selalu pon.

Saya nak mengupas isu kenapa lelaki kena stable dulu sebelum berhajat nak kahwin.
Sebelum tuh saya nak bagitau, "stable" dalam konteks pemahaman saya adalah bersedia dari segi financial, mental, psychology, and last but not least knowledge.

FINANCIAL
Nak kahwin dengan perempuan nih bukannya dengan RM10 kat tangan dah cukup. Kestabilan kewangan itu kena terjamin. Bukannya sebab nak bagi duit ke bini untuk shopping, berdandan or melancong. Tapi sebab analogi yang saya bagi kat atas tadi. You are hoping to get the best Muslimah among the best Muslimahs. (Faham idok ayat nih). Maksudnya kebanyakan lelaki nak perempuan yang cantiknya bagai bidadari dan sikapnya bagai malaikat tapi kalau nak bagi duit kat mak sendiri pon tak lepas, apatah lagi nak sara bini sendiri bang oi. Daripada analogi di atas pon dah dapat agak berapa untuk sehelai tudung. Tapi bukan setakat tudung nak kena ada. Baju, kain, jubah, handsock, stokin, kasut, beg, telekung, etc. Agak-agak berapa jumlah semua tuh? Abang kira lah sendiri anggarannya, saya malas pulak hehe.

Mungkin ada lelaki yang akan kata, "kalau camnih pah ceroh lah aku nak kahwin, duit mana pernah cukup". And even ada yang pernah luahkan perasaan supaya sama-sama susah dari bawah.


Ya. "Duit mana pernah cukup", "Bersusah lah sama-sama dari bawah, jangan nak tunggu nak senang jeh". Dalam hal nih saya nak cakap, sebenarnya ramai jeh wanita kat luar sana sanggup hidup dari bawah susah bersama-sama sehingga masing-masing capai kejayaan. Contohnya pasangan Imam Muda Ashraf dengan isterinya. Terbaik kot isteri IMAshraf. Dari zaman susah hingga lah ke zaman well-known sekarang. Saya sendiri admire huhu. Atau pon isteri Arwah TG Nik Aziz. Walaupun arwah TGNA dulunya seorang MB Kelantan, tapi isterinya berpakaian biasa, takde mewah mewah. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, tetapi cukup untuk menutup aurat. So jangan bimbang ye abang-abang kat luar sana yang katanya "duit mana pernah cukup". Duit bukan untuk disimpan. Tapi untuk dibelanjakan, ke jalan yang benar. Kalau niat tuh Allah redha, murah lagi rezeki abang-abang kemudian hari.

Tambah pula ada yang pesan, "jangan takut nak kahwin sebab tiada duit, sebab berkahwin itu membuka rezeki". 

Tapi kebanyakan orang tahu perkahwinan bukan setakat duit semata mata, tetapi mental, psikologi dan ilmu. "Duit" tuh hanyalah sekadar "level pertama" nak perkenalkan kita semua tentang tanggungjawab yang lebih besar. Sama ada "aku nih dah bersedia dari segi mental, psikologi & ilmu".

MENTAL
Of course, you are going to be married with someone that being so childish. Sifat wanita itu mahukan perhatian, macam budak-budak. So secara mental kena bersedia untuk sehidup semati dengan hamba Allah yang budak-budak ini.

Tapi bukan ini yang saya nak highlight. Saya maksudkan bagaimana seorang lelaki itu bersedia dari segi mental apabila berdepan dengan ujian untuk menjaga keunggulan martabat seorang wanita yang Allah letak.

Selalu tak dengar masalah suami isteri balik kampung suami untuk beraya, tapi si isteri taknak bermalam kat kampung suami. Agak-agak apa puncanya? Could be anything. Si isteri orang kaya. Isteri cerewet. Isteri demand. Isteri tak sedar diri. Isteri tak selesa.

Well, saya terbaca satu luahan isteri kat Facebook, yang ada penuh dengan pengajaran. (lihat gambar di bawah)







So jelaslah si suami tuh mempunyai mental yang kuat sebab sanggup berkorban tenaga cari duit lebih demi nak jaga maruah dan martabat isterinya sebagai wanita. (Sebenarnya boleh jugak nak kata iman suami tuh kuat sebab kalau tak dia dah surrender, suruh jeh isteri dia tido dedah rambut/aurat kat ruang tamu tuh).

Anddd, dari contoh luahan isteri tadi pon saya sedar satu perkara baru. Selain pakaian yang menutup aurat yang si suami perlu belanjakan untuk isteri, dinding-dinding bilik itu juga merupakan pakaian yang menutup aurat yang si suami harus belanjakan. Hehehe nampak mengarut. Tapi itulah kenyataannya. Datang satu ujian Allah kepada suami, untuk menguji bagaimana taatnya si suami kepada perintah Allah untuk memelihara maruah dan martabat isterinya sebagai wanita yang sebaik baik perhiasan di dunia.

So back to point sebelumnya. *buat suara sorakan ramai-ramai* DUIT! DUIT! DUIT! Kahkahkahkah okeh ini sahaja melawak.

PSIKOLOGI
Dalam situasi gambar tadi, boleh jugak nak kata psikologi si suami tuh hebat. Yelah, laki mana nak tengok isteri dia terseksa, tak selesa, tido pon pakai tudung bagai. Boleh bermain dengan psikologi si suami. Kot haha

Dalam situasi lain, di mana semua sedia maklum kadang kadang perangai perempuan ni pelik sikit.  *kutuk diri sendiri ke ape* Yelahh, perempuan bila cakap "tak kisah" , bermaksud dia kisah sebenarnya, and perkara ni kadang kadang saya pernah buat jugak luls. Dan banyak lagi permainan psikologi perempuan ni muahaha

KNOWLEDGE
Yang nih, dah terang lagi bersuluh, awak (lelaki) bila berkahwin akan menjadi pemimpin keluarga. Dan bila sebut pemimpin, tak lari dengan ilmu. Pemimpin mana yang takde ilmu kat dada. *mungkin kat Malaysia ada seorang h u h u h u saya taknak mention* 


Now, saya tertarik dengan luahan hati hamba Allah yang sorang nih, 




Pada mulanya saya memang "terpujuk" dengan kata-katanya. Ada betulnya jugak. Tapi saya simpan dulu isu ini untuk saya bahas kemudian hari bila dah ada idea. So now.

Come on babe! I think you've put the wrong thing in the first place. Babe, you letak duit segala-galanya sedangkan duit bukan segalanya. Kalau you cakap start from below, sama-sama membimbing untuk persediaan duit, mental, psikologi dan ilmu, then I would agree. Tapi segalanya duit jeh yang you luahkan. Okehlah, kita husnudzon, mungkin sebelum nih you jumpa perempuan yang mata duitan, so that's a reason

Tapi bila you put money first over everything, itu sebab "duit tak pernah cukup". Supposedly, niat nak persiapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya menjadi keutamaan, sambil-sambil tuh kumpul duit. Then, bila rasa ilmu dah cukup (takde lah secukupnya, tapi boleh lah) and diri pon dah bersedia, In Shaa Allah duit pon cukup.

"You cakap senang lah, you dah kahwin ke?"
Well memang saya belum kahwin, takde pengalaman, tapi saya tak diajar untuk bersangka buruk dengan Allah. 

Mungkin duit tak cukup lagi sebab its not your time to get married yet? Allah bagi lagi sedikit masa untuk awak belajar apa yang awak mungkin missed out. Husnudzon lah.

And one more thing, dari kecik kita di ajar buat sehabis baik bila mahukan sesuatu, kan?

Dalam perlawanan lumba lari. Nak menang medal, kena dapat no 1 dulu baru dapat medal. Bukannya kita berlari bersama medal di tangan.

Untuk UPSR, ayah janji nak bawak bercuti ke Langkawi kalau dapat 5A. (Not sure hadiah nih valid lagi tak zaman sekarang since harituh kecoh budak 5A UPSR dapat mini cooper huhuhu). So kita study hard, jawab exam sebaik mungkin untuk dapat 5A. Then baru ayah bawak pergi Langkawi. Bukan sambil pergi Langkawi sambil jawab UPSR.

Teringin nak iPhone? Kita kerja kuat, kumpul duit sana sini dengan pelbagai cara (as long as tak mencuri/merompak). Dah cukup duit baru beli iPhone. Bukannya dengan iPhone di tangan pergi membanting tulang mengerah keringat.

Pelajar U nak dekan? Study smart, bertungkus lumus mencapai impian, tinggalkan segala hiburan dan anasir anasir jahat so that boleh jawab exam dengan jayanya. Then next sem, dianugerahkan dekan. Bukannya terus pergi jumpa dekan Fakulti hoping that dia boleh bagi dulu dekan tuh sementara kita tengah work hard.

Same goes like marriage. You nak perempuan yang you cintai yang boleh terima segala kekurangan dan sanggup sehidup semati dengan you. Tapi kenapa perempuan tuh kena bersama dengan you dulu sebelum ada apa apa ikatan sah? Supposedly you kena berusaha sedaya upaya capai target you dulu. Kalau target nak kerja dulu baru kahwin, then make it. Kalau target tak kisah duit berapa asalkan umur 25 nak kahwin, then it's up to you. Bukannya sebelum sampai target, you nak bakal isteri you ada di sisi.

Alasan? Bakal isteri boleh bagi penyuntik semangat? Talk to you whenever you feel down? Errr sorry. Pernah tak you suruh gold medal bagi semangat kat you sebelum lari? You sendiri yang self-motivated bila tengok medal tuh. Nape tak suruh Pulau Langkawi wish you all the best dari jauh time you jawab UPSR? Nape tak cakap kat iPhone doakan you berjaya kumpul RM 3K ? Nape tak suruh "Dean" support you dari belakang time you down nak study? Because target/matlamat itself can lift up your motivation level.

The difference now is, bakal isteri you tuh bernyawa, tuh jeh, bukan "something". Even ada mulut sekalipun, dia hanya lah matlamat you. huh panjang lebar aku explain, luls


Apa-apa pon balik ke cerita mukadimah saya yang panjang berjela tadi tuh, saya tabik spring kepada mereka (muslimah) yang konsisten dengan jalan mereka. Bukan mudah kot. Perlukan pengorbanan yang besar. Sepertimana kakak naqibah saya pesan, katanya "nak berubah tuh pengorbanannya sangat banyak, dan kena banyak bersabar".

Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia, marilah buat tudung baju kain jubah dan segala jenis pakaian dengan harga yang tidak terlalu membebankan, dan mudah diakses kehkeh.

Tapi, saya serious nih tau. Agar mudah untuk saya beli, dan mudah untuk para suami menyara isteri luls



Ps : i guess korang boleh agak berapa hari saya ambil masa untuk menulis entry kali nih

No comments:

Post a Comment