Wednesday, September 22, 2021

Teguran berfesyen

As I went thru the reels untuk cari idea untuk next contents, I see this as something normal nowadays.

So saya cakap terus terang if ada yang nak buat, saya dah pesan dekat sini. And in the future, if saya pun terjebak, boleh tegur.

Satu,
Pakai tudung cantik. Baju longgar, seluar longgar, pakai stokin. Tapi seluar senteng paras betis. Cantik macam mana pun fesyen tu, yang haram tetap haram. Scroll lah laju-laju kalau ternampak dalam timeline korang. Bimbang nanti hati terusik, untuk ikut serta. Aurat bukan untuk dibalut, tapi untuk ditutup.

Memang, lagi eye-catching fesyen kita, lagi meletop reels kita. Tapi bangga ke content dapat ribuan likes kalau Allah tak redha?

Dua,
Pakai pakaian yang berlainan jantina, Atas tiket content parody.

Ini kebanyakkan lelaki. Pakai tudung, pakai shawl, pakai baju ala-ala perempuan, buat content hiburan.

Kadang content yang dibuat ada selitnya teguran. Bagus dah tu. Tapi tetap Haram lelaki menyerupai wanita, dan wanita menyerupai lelaki.

Perkara-perkara ni selalu dipandang enteng, atas niat yang baik katanya. Sedangkan niat tak menghalalkan cara.

Kita hidup dekat dunia ni adalah untuk menyemai benih amalan, supaya buahnya nanti dituai di akhirat. Bak kata orang putih, you reap what you sow.

Sebelum terlambat, bertaubat lah. Jaga diri, jaga iman. Kembali lah pada fitrah. Slow slow kita balik pada syarie, secara kesuluruhan, ye.

Love,
f.

Thursday, September 16, 2021

Perbelanjaan tunang farahchoi & soulmate 2018

Tunang tahun 2018, tahun 2021 baru nak tulis HAHA πŸ˜‚

Dah banyak yang lupa dah sebenarnya ni. Tapi nasib baik ada tulis sikit dalam bullet journal lama sebagai catatan. So why not up topik belanja tunang ni dekat sini, untuk ingatan di hari tua. Gittew ✨ 

Masa tunang dulu, memang buat simple, tade sewa pelamin. Pelamin homemade je haha. Makanan pun mak tiri yang buatkan. Pacak kanopi satu balai ke dua balai tak ingat. Baju beli yang bajet je. Time tu memang niat, asal jalan je majlis tunang ni. Sebab dugaan nak tunang pun dah macam hape. Belum lagi dah tunang πŸ˜‚

Tengok laaa, belum tunang lagi weh, dah start tulis ayat-ayat puitis menusuk hati gittew πŸ˜‚

Actually my husband yang ajak nak tunang. At first, SAYA TANAK! Haha. Yelaa dugaan nak tunang kan selalu mencabar. Tapi sebab dia insist jugak nak, so kita akurkan aje lah πŸ˜‚ Sekali hamekk kau dugaan sepanjang tunang tuu dah macam kapal tunggang terbalik dah πŸ˜‚ Baru dia tahu langit tinggi ke rendah πŸ˜‚

So ni perbelanjaan untuk tunang farahchoi & soulmate pada 30.12.2018.

Cincin tunang : RM 600
Cincin risik (belah rotan) : RM 300
Hantaran lelaki : RM 300
Hantaran perempuan : RM 300
Pelamin : DIY
Baju lelaki : 0
Baju perempuan : RM 99
Makan (~50 orang) : RM 500
Perjalanan pihak lelaki : RM 300
Kanopi : Sponsor
Goodies : Sponsor

TOTAL = RM 2,399 + RM 500 (akak sponsor)

Masa tunang ni rasa macam dah habis berjimat dah. Tapi sekarang ni bila tengok balik, boleh tahan mahal jugak hahah.

Sebab ni first time saya ambil tahu secara langsung bab-bab majlis ginihh. Sebelum ni mana kisah hahah. So memang clueless habis sebenarnya.

Teringin jugak nak tahu orang lain punya total hangus untuk majlis diorang. Kalau korang ada share perbelanjaan untuk majlis korang, boleh lah drop dekat komen untuk saya baca hihi

Love,
f.

ps. Gambar-gambar banyak yang saya dah delete masa gaduh dengan bekas tunang haha. Teruk jugak laaa gaduhnyaa sampai tahap delete semua gambar, delete semua chat dengan dia. Tapi antara gambar dengan chat WhatsApp, saya lagi sedih part delete chat πŸ₯² sebab banyak kenangan dalam WhatsApp tu. Banyak words of couragement, and kisah kematangan kami berdua huhu. Tapi takpe lah, benda dah berlalu, move on aje lah.

So dekat sini, saya tampal laa sikit gambar saya curi dari archieve instastory HAHAH.


Hiasan dulang hantaran ni saya buat sendiri dengan kakak tiri saya. Tapi sebab saya tak pandai, so dia laa yang banyak ajar. Saya cuma sambung and siapkan.


Memang last minute sungguh sebenarnya. Dua hari lagi nak tunang. Dah laa minggu study week πŸ₯² 


Ni semua hantaran dari pihak saya. Semua tu tempah dari merata tempat. Jangan tanya dengan siapa sebab tak ingat dah hahah. Yang buah je buat sendiri hehe


Dalam banyak-banyak yang ni laa paling saya rasa terliur sekali. Dalam hati duk pikir kenapa laa tak tempah dua. Sekarang bila tengok balik, terliur laa pulak πŸ˜‚


Pelamin ni homemade. Hasil tangan taktahu laa berapa ramai hahah 


That’s it. Penutup 2018 yang indah gitcheww ✨ 

Thursday, September 9, 2021

What makes I write

I’m a person yang lebih selesa luahkan buah fikiran melalui penulisan.

Nak kata kecik kecik dulu minat subjek penulisan, tak jugak πŸ€” (aku paling benci buat karangan HAHA)
Tapi taktahu lah start bila, saya mula berminat nak menulis.

Masa blog tengah zaman hype tahun 2011/2012 dulu, saya pun terjebak buat blog. Tapi blog yang sekarang ni adalah blog yang ketiga tauu.

First blog, tahun 2011 saya buat kalau tak silap. Saya pun tak ingat. Lepastu saya delete, saya bukak Wordpress. Tak lama lepastu saya delete lagi. Then kali ketiga ni, saya bukak dekat Blogger ni, sampai lah sekarang.

Sebab dulu masih kecelaruan identiti nak tulis apa, so buat blog pun macam tade hala tuju. Tu yang delete blog kijee πŸ˜‚

Sekarang bila dah banyak makan garam (kononnya dah matang lah tu), so dah mula nampak purposes of life, lebih disiplin sikit lah. Gittew. Tade dah delete-delete blog je kijee Haha.

Yang saya perasan since 2016/2017, saya dah mula ada passion “express the thoughts thru writing”. Kalau ikutkan waktu tu zaman saya jatuh. Heartbroken. Ditikam belakang. Rasa keseorangan. Hilang arah tuju. So dari situ laa saya start menulis.

Penulisan saya pun waktu tu banyak yang tuju pada diri sendiri. Macam bagi kekuatan lah, kononnya. Haha
So platform saya express buah fikiran saya waktu tu, Instagram lah paling senang. Tambah pulak bila dah busy study, memang blog ni lama dah terabai πŸ˜‚

Dari situ jugak lah saya develop skill menulis saya. Siap buat draf cerita fiksyen lagi kayyy. Tapi tak siap πŸ˜‚ Buat separuh jalan. Macam biasa, farahchoi dan kerja separuh jalan berpisah tiada 🀝

Masa tengah mencari identiti nak menulis ni, ada dua blogger/penulis yang saya suka and jadikan idola, iaitu Fynnjamal dan Cikepal πŸŽ‰ Kadang tu try jugak nak ikut cara diorang, tapi tak mampuuu. Level diorang power power 😭

Benda yang saya suka pasal diorang ni,
Cikepal — penulisan yang santai
Fynnjamal — penulisan yang sampai
Cikepal punya penulisan, memang gaya macam tengah borak member member.
Fynnjamal pulak banyak bawak topik yang berat, and kena berfikir, tapi a-mah-zing-ly, penulisan dia tu orang faham.
Bagi saya talent dua orang ni sangat mahal. Kita yang marhaen ni boleh pupuk, tapi struggle sikit lah.

Tapi kadang tu, kalau hari-hari follow fynnjamal dengan cikepal, boleh terikut jugak sikit-sikit cara diorang tulis. Sikittt jelaaa πŸ€ͺ

Cumanya yang saya sedar, cara penulisan saya dekat Blog masih agak formal. Sedangkan kalau saya bebel dekat igstory, santai je sebenarnya. Tade lah macam robot sangat kalau tulis πŸ˜…

Love,
f.

Wednesday, September 1, 2021

Dermova Photo Contest : My Hale Nimbus Story

Sepanjang hidup seorang Farahchoi ni, tak pandai langsung berniaga, tak pernah berniaga dan tak pernah terfikir pun akan berniaga πŸ˜‚

Bagi saya orang yang berniaga ni, orang yang hebat-hebat. Sebab a businessman is a risk taker.

Tapi tahu tak apa punca saya boleh berniaga? Tips nak pikat hati farahchoi (dalam segala aspek),
— satu, guna nama education.
— dua, guna nama Malaysia.

And @hale_nimbus ada dua-dua kriteria ni!

Masa @dermova.hq nak introduce Hale Nimbus tahun lepas, terus dalam hati saya cakap ‘nak jual lah’. Giler kentang macam tu je πŸ˜‚

Sebabnya, bahan utama dalam Hale Nimbus Cloud Guard ni adalah hasil kajian dari team Professor Datuk Dr. Zularisam Ab Wahid di Universiti Malaysia Pahang. Orang kita tu!

Kita ni kalau jumpa produk buatan luar negara, bukan main wow. Tapi ni, made in Malaysia, dapat pengiktiran sijil dari luar negara, paling penting organik pulak tu, takkan pejam mata je. Susah tau nak jumpa produk Malaysia yang bagus. Memang tak lepas peluang, grab terus!

Rakyat Malaysia masih belum didedahkan dengan organic lifestyle. Tapi dekat luar negara dah mula menekankan kepentingan ‘go organic’. Sebab tahu, kesan jangka masa panjang bahan-bahan kimia ni dalam badan kita sangat lah membahayakan.

So the moment saya cakap ‘nak jual lah’, harapan saya Malaysia suatu hari nanti mampu menempa nama di seluruh dunia dengan lebih banyak produk organik buatan tempatan seperti Hale Nimbus Cloud Guard ♥️

ps. saya tulis caption ni sambil terngiang-ngiang lagu Negaraku, Faizal Tahir. Dah lah tengah bulan Merdeka! Tak memasal jiwa berkobar-kobar πŸ˜†