Friday, March 29, 2024

Sofea says : amiii


Sofea : Amiiiiiii. Amiiiii. 


Umi ni puas pikir, ami tu apaa? 


Umi ke? Tapi rasanya sebelum ni dia sebut umi, betul dah U-MI πŸ˜…


Tapi kenapa lately ni jadi ami?


Tambah-tambah Sofea sebut amii sambil tangan dia kedepan. Panggil umi ke? Aduhhh pening umi nak paham budak baru nak belajar cakap bahasa manusia πŸ˜‚


Rupa-rupanya, tahu tak amii tu apa? 


AMBILLLLLLLL 


HAHAHAHAHAHHA 🀣


Umi pun sebutan tak betul 🀦🏻‍♀️ Ambil disebutnya amikk. Kan anak dah sebut amiiii. 


Sofea sebut amiii sambil tangan ke depan sebab nak suruh umi nya ambil barang/benda yang dia tunjuk tu πŸ˜‚


Haihh laaa anak. Umi rasa ini bukan achievement untuk Sofea. Tapi achievement untuk umi sebab faham apa yang anak umi nak sampaikan. 


Good job umi. Ehh tiber πŸ˜‚


Love,

- umi. 

Thursday, March 28, 2024

DIY-toy for toddler

Second project saya untuk Sofea.



Patutnya projek ni untuk bulan February rituh. Tapi bulan March baru siap πŸ˜… 


Macam biasa, idea asalnya saya cedok dari orang yang sama dari posting first project untuk Sofea haritu. Boleh tekan link ni untuk refer idea asal. Dan boleh tekan sini untuk baca DIY-toy Sofea yang pertama.



Kali ni, Sofea dah kenal warna. Cuma bahagian fine motor skills perlu dilatih lagi. Issokayy take your time Sofea. 


Cuma saya harap, mainan ni dapat bertahan lama lah, sehingga Sofea dah mahir skills pusing-pusing penutup botol πŸ€²πŸ»πŸ˜…


Okay that’s all. Selamat mencuba korang! Kalau rajin πŸ˜‚


Love,

- f. 

Sunday, March 24, 2024

Sofea says : Dahh & Jomm

Umi lepas settle mandikan Sofea,


Umi : Dahhhh. Siap dahhh. 


Sofea : Dahhhh. 


Umi : Jommmm. Pakai bajuuu. 


Sofea : Jommmm. 


Hahahahahahha senang betul kerja Sofea. Repeat je apa yang umi sebut πŸ˜‚


Takpe asalkan awak bercakap, Sofea 🩷🀍



Love,

- umi. 




Ps: Umi memang suka ambil gambar Sofea masa tidur πŸ₯Ή 

Wednesday, March 13, 2024

Sofea : 20 months

Orang kata jangan manjakan anak sangat. 


Tapi sejujurnya,

kalau anak nak tidur beriba, takkan kita nak tolak?

kalau anak nak kita dukung dia, takkan kita nak marah?


Buat masa ni, ini adalah antara perkara yang Sofea nak umi dia buatkan. 

Letih jugak pagi petang siang malam nak bagi dia tidur atas riba umi. 

Letih jugak pagi petang siang malam asyik nak berdukung. 


Tapi saya rasa semua tu bukan memanjakan. 

Dari sudut emosi Sofea, mungkin perkara ni yang buat dia rasa selesa, selamat dan nyaman apabila dapat tidur di pangkuan uminya, atau ke mana-mana dalam dakapan uminya. 


Situasi ni, untuk saya, lebih dari sekadar perang emosi. 

Untuk kita, mungkin kita boleh terima dan hadap. 

Tapi di mata orang, mula persoalkan anak dah besar macam tu pun nak layan macam baby lagi. 


Ibarat sama untuk ibu-ibu yang tekad untuk susukan anak sampai 2 tahun. 

Akan sentiasa ada pihak yang menghukumi tekad si ibu. 


Ini lah dia, perang mental dan psikologi.


Tapi yang pasti momen ini antara momen yang akan umi ingat, Sofea 🩷🀍



Love,

- umi. 



Ps. Ingat nak photoshoot proper. Tapi dah nama ‘pampered’ kan, so kita reveal the true colours lah senang. Ambil gambar time dia tertidur atas riba. Tapi dalam gambar ni, umi nya takde laa. Sebab uminya yang ambil gambar 😌 

Sofea : 19 months



19 bulan. 

1 tahun 7 bulan. 


Haritu umi ada baca, salah satu tanda anak speech delay adalah kurang 50 patah perkataan yang boleh disebut ketika usia 2 tahun.


Jadi umi track lah berapa banyak dah perkataan yang Sofea boleh sebut. 


Untuk pengetahuan semua, untuk tahu perkataan tu boleh dikira sudah pandai sebut atau tidak, perkataan itu telah disebut berulang kali dan kalau boleh kanak-kanak ‘faham’ akan maksud atau penggunaannya. Tapi tak semestinya kena sebut full perkataan tersebut. Dapat sipi-sipi contoh perkataan ‘lari’ disebut ‘ayii’ tapi kanak-kanak faham dan tahu penggunaannya, that’s fine already. 


So bila umi track, Alhamdulillah Sofea dah boleh sebut 19 perkataan semasa 19 bulan πŸ‘πŸ» 

Tak cepat, tak lambat. Masih on track 🀲🏻


So ini list dia. 

1. Abah

2. Umi (ami)

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ .3

4. Makan (mamam) 

5. Susu (thuthu)

6. Aduhh

7. Bear

8. Habis

9. Taknak

10. Sama-sama (ame!)


11. Pipi

12. Wahhh

13. Satu

14. Dua (uwe)

15. Tiga (ige)

16. Bye bye

17. Gigi

18. Baby (bibi)

19. Biru


Umi rasa ada lagi perkataan yang Sofea boleh sebut and faham maksudnya. Tapi umi malas perah otak lama-lama. So cukup lah 19 ni πŸ˜…


Love,

- umi. 


Ps. Lambat sebulan post. Sebab umi tetiba ‘busy’ 😌