Sunday, April 21, 2024

Pengalaman bersalin anak pertama di Langkawi

Rasa macam kelakar pulak. Anak dah 21 bulan dah, baru sekarang nak cerita pengalaman bersalin πŸ˜‚


Tapi sebab saya jumpa screenshot status saya yang lama, jadi saya rasa macam sayang pulak nak delete macam tu je. So lebih baik tampal sini. 


Yang saya share ni bukan lah pengalaman semasa di hospital ye. Tapi pengalaman untuk persiapan sebelum bersalin dan pengalaman mental selepas bersalin. 


Untuk pengetahuan, saya bersalin di hospital kerajaan di Langkawi, dan berpantang sendiri dengan suami tanpa keluarga. 


So, enjoy reading!














Kita akhiri entry kali ni dengan reveal berat 10 hari selepas bersalin. 😌



Berat saya sebelum mengandung dalam range 41-43kg. 


Love,

- f.

Saturday, April 20, 2024

Sofea says : abiiidaa & amiituu

Sofea ni dah macam ada tanda-tanda nak boleh sambung dua perkataaan. 


Abiiidaa, means habis dah

Amiituu, means ambil tuh


Taktau lah kalau bagi Sofea, it is ONE word.


Tapi sebab sebelum ni dia sebut ‘abii’ sahaja (means, Habis) & ‘amii’ sahaja (means, Ambil), so I guess bila Sofea sebut abiiidaa & amiituu tu dikira two separate words lah kan?


Issokayy, panjang lagi perjalanan, banyak lagi masa. 


Tugas umi kena rajin borak dengan Sofea 24/7. 


Tapi umi letih… πŸ˜…


Sofea sekarang banyak betul akalnya, dan banyak jugak becoknya. Tak terdaya umi nak melayan πŸ˜…πŸ˜‚


Tapi demi anak umi yang celik pandai ni, umi gigihkan 🀲🏻πŸ’ͺ🏻🩷🀍



Love,

- umi.



Ps.


Sofea suka main suap makanan ‘halimunan’ ke umi. Umi pun acah-acah lah mengunyah πŸ˜…


Lepastu Sofea dah suap umi berkali-kali, dia cakap ‘abiidaaa’. Means, habis dah makanan dia πŸ˜‚


Sofea, 21 bulan 

Wednesday, April 17, 2024

Lipat baju bersama Sofea

Umi lipat baju dekat bilik Sofea. Sofea tak tolong pun, dia sibuk main mainan dia πŸ˜…πŸ˜‚


Lepastu dia nampak baju swimming dia. Terus dia nak bukak baju dia, and nak pakai baju swimming dia.



Umi : Ehh tak bolehh. Kena tunggu abah balik baru boleh pakai baju ni. 


Sofea masih dengan percubaannya nak bukak baju dia (tapi dia tak reti pun lagi). 


Umi tetap kena pujuk elok jugak ni sebab dah dengar dia dah rengek-rengek manja. 


Umi : Sofea… abah tengah kerja. Nanti tunggu abah balik, Sofea pakai baju ni, lepastu mandi kolam sama-sama dengan abah ye…?


She calms down a little bit. Lepastu sambung main sensorang. Fuhhh lepas satu bab. 


Lepastu umi lipat baju ni.



Sofea : ABAHHHH!!!


Umi : Ye…. Abah punya baju….


Hmmm budak dah makin celik ni. Umi nak lipat baju pun tak tenang. Tapi sempat lah jugak umi ambil gambar baju untuk buat content dalam blog 🀣


Okayy itu jelaa ceritanya πŸ˜‚


Love,

- umi. 

Easy breakfast


Easy breakfast for Sofea. Roti pratha frozen, umi patah separuh, panas atas pan, cerakinkan. Kacang tanah goreng, belah dua (tak berani lagi bagi sebiji macam tu, still a choking hazard). Settle. Makan habis ye. Nak cari roti canai frozen, tapi dah 3-4 kali pergi asyik takde je. Pratha pun pratha lah.


Note : Sofea, 21 bulan.


Second note : Sofea makan tak habis pun. Sebabtu umi panaskan separuh je roti pratha tu, kalau sekeping terus lagi membazir. So in the end, dia tambah kacang tu je πŸ˜‘ Nasib umi ada goreng keropok mony semalamnya, so topup dengan itu sementara nak masak lunch 😌


Haih laa anak sorang ni, pening umi nak bagi awak makan. 


Love,

- umi.

Sofea says : ippe

Ippe is kipas for Sofea, with E : apple.


Tapi kebelakangan ni, lampu kipas semua dia bantai sebut ‘ippe’. 


Tak memasal umi nak kena buat kelas pembetulan untuk Sofea, duk main suis lampu suis kipas nak bagi dia dapat bezakan lampu dengan kipas. 


Lepastu dah mixed up jadi ‘impu’ (kipas+lampu) 


Aduuuuhaii. Kat mana salah umi? πŸ˜‚



Gambar throwback. Sofea, 18 bulan. Apa yang excited sangat tu umi lupa dah. Tapi budak ni memang mulut becok pun…. dekat rumah πŸ˜…


Love,

- umi. 

Monday, April 8, 2024

Sofea says : uwee

Di suatu pagi yang nyaman, umi tengah basuh botol susu Sofea, sambil ditemani Sofea di sisi. 


Sofea : uuu-weee


Umi : Hmm…. Basuh botol… botol susu…


Sofea : ……….


Dinding : ……….


Botol susu : ……….


Umi : ………. Ohhhhhh BUIIHHH πŸ˜‚


Sofea : Uuu-weeee (dengan nada riang sebab umi dapat teka dengan betul)


HAHAHAHAHAH kesian Sofea dapat umi yang otak loading πŸ˜‚πŸ€£


‘Buih’ ni antara perkataan awal yang umi introduce kepada Sofea. Sebelum Sofea setahun umi selalu sebut “buihh…. pop pop pop!”


Sekarang Sofea nak masuk 21 bulan baru dia boleh sebut ‘buih’ dengan spontan πŸ₯° 



Love, 

- umi.



Ps: tu gambar throwback 10 Jan 2023. Sofea, nak masuk 6 bulan. 

Thursday, April 4, 2024

Art berat by Sofea #001

Art berat by Sofea,


Food edition.



Yang balance ni, dia bagi umi habiskan 😌


Love,

- umi. 


2024 Mac 07

Sofea, 19 bulan. 

Friday, March 29, 2024

Sofea says : amiii


Sofea : Amiiiiiii. Amiiiii. 


Umi ni puas pikir, ami tu apaa? 


Umi ke? Tapi rasanya sebelum ni dia sebut umi, betul dah U-MI πŸ˜…


Tapi kenapa lately ni jadi ami?


Tambah-tambah Sofea sebut amii sambil tangan dia kedepan. Panggil umi ke? Aduhhh pening umi nak paham budak baru nak belajar cakap bahasa manusia πŸ˜‚


Rupa-rupanya, tahu tak amii tu apa? 


AMBILLLLLLLL 


HAHAHAHAHAHHA 🀣


Umi pun sebutan tak betul 🀦🏻‍♀️ Ambil disebutnya amikk. Kan anak dah sebut amiiii. 


Sofea sebut amiii sambil tangan ke depan sebab nak suruh umi nya ambil barang/benda yang dia tunjuk tu πŸ˜‚


Haihh laaa anak. Umi rasa ini bukan achievement untuk Sofea. Tapi achievement untuk umi sebab faham apa yang anak umi nak sampaikan. 


Good job umi. Ehh tiber πŸ˜‚


Love,

- umi.