Friday, December 29, 2023

Cepatnya masa berlalu

Sedar tak sedar, harini 29 Disember 2023. 


Lagi berapa hari nak masuk 2024, Sofea. Banyak dah yang kita lalui bersama. 


Umi nak throwback first video masa 1 Januari 2023 harituh. Sofea waktu ni 5 bulan setengah. Bam bam nyaaaa 🥹



Love,

- umi.

Thursday, December 28, 2023

Professional rubic player in the future, perhaps?

Sofea at 17 months old. 


Main rubic tu macam professional betul ye. 

I introduce this rubic to her at 13 months old I guess. Mula-mula tu memang tak pandai pun. Duk campak-campak jelah. Sampai berkecai haa.

Tapi key points for kids to learn are, by watching or observing. 

Kita buat, dia tengok, and then dia buat. 

So saya main rubic tu depan dia. Lama-lama dia tangkap cara nak gerakkan pergelangan tangan. 

Tade lah nak bagi dia pandai main rubic tu betul-betul. 

Tapi the skills tu yang kita nak. The gross motor skills.

Harini dia main pusing-pusing guna pergelangan tangan. Mungkin esok lusa dia dah pandai tukar position tangan, or mungkin dia dah pandai mahirkan fine motor skills main pusing-pusing guna jari pulak kan? Mana tahu nanti boleh jadi pemain rubic yang handal? Ehh kemain berangan kedepan betul umi Sofea ni. Tapi apa yang terbaik untuk anak, semua saya doakan untuk dia. 

Love,
- f. 

Wednesday, December 27, 2023

Throwback photos : Sofea

One of the my most favourite photos of Sofea, 

when she sleeps on my lap 🥰


Umi sayang Sofea ❤️


Love,

- umi. 

Tuesday, December 26, 2023

Resepi pancake gebu dan lembut!

Resepi pancake ni saya godek dari dalam google ni jugak. Lupa dah website mana. 


Tapi walaupun dah buat since 2020, still tak mencapai kepuasan. Dia tak jadi gebu pun!


Rupanya, ada satu keywords yang resepi tu tak mention, iaitu — PEKAT/LIKAT


Pastikan adunan pancake tu kena pekat atau likat. Baru boleh jadi gebu. Selama ni saya buat agak cair, sebabtu tak menjadi sangat. Yihhh!


Okay lah jom share resepi!


BAHAN-BAHAN


Bahan kering :

1 cawan tepung gandum

2 sudu teh baking powder

Secubit garam

2 sudu besar gula


Bahan basah :

1 cawan susu Full Cream

2 sudu besar butter yg dicairkan

1 biji telur Gred A

1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA :

1. Satukan bahan kering, sebati. 

2. Satukan bahan basah, blend atau boleh guna mixer. 

3. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit. Blend/mix. 

4. Rest kan adunan, 15 minit. 

Note: Sini part penting. Sebelum rest, pastikan adunan tu pekat/likat. kalau cair, tambah tepung sedikit demi sedikit. 

5. Panaskan non-stick pan, guna api kecil. 

6. Tuang adunan biar naik gebu. Bila dah berbuih, maksudnya dah sebelah bawah dah masak, boleh terbalikkan. 

7. Hidang dengan topping pilihan hati dan kesayangan ❤️




Resepi ni untuk orang dewasa macam kita. Tapi untuk anak, saya start introduce ke Sofea lepas setahun ke atas. Bawah setahun saya cuba amalkan no salt no sugar.


Ps. Orang tak pandai masak kan, nak buat pancake pun 3 tahun duk try and error 😂


Love,

- f.

Sofea says : B

B! 


B!


Berkali-kali lah Sofea kalau bebel sensorang duk sebut B! B!


Umi ni duk pikir lah mana dia belajar sebut B ni. Apa maksud B dia tu.


Rupa-rupanya…


.


.


.



BEAR! 


Hahahahahah Ya Allah, Sofea. Berhari-hari umi try figure out, rupanya patung teddy bear dia 😂 




Love,

- umi. 

Doa ketika barang hilang

Haritu daripada pagi duk cari payung tak jumpa. Dah lah tengah hujan renyai. Sebab nak kena bawak Sofea sekali turun bawah, so memang kena ada payung. Tapi tak jumpa payungnyaa. Nasib masa turun tu hujan dah berhenti sekejap. Sempat beli sarapan lepastu naik, baru hujan start lebat balik. 


Petangnya, lepas Asar tu, sebelum nak turun pergi taman bawak Sofea, saya cuba amalkan doa ni. Baca 10 kali sambil niat dalam hati, yakin dengan kuasa dan bantuan dari Allah, in Shaa Allah akan jumpa. Sekali tak sangka lepastu jumpa, dalam salah satu kotak dalam bilik. Alhamdulillah Allah permudahkan. 


Saya dapat doa ni dari page mufti Negeri Sembilan. Ini link dia —> page mufti NS




Jadi saya tampal sini, moga-moga memberi manfaat pada semua, In Shaa Allah ❤️


Love,

- f.

Monday, December 25, 2023

Rumah baru Sandakan

Haritu dekat taman, ada borak borak dengan jiran dekat sini. Suami dia dah 5 tahun dekat Sandakan ni. Dari zaman bujang, kahwin, ada anak, anak masuk setahun dah Christmas ni. Sekarang menanti dan berdoa nama nanti kena draf Semenanjung. Saya dalam hati, “5 tahun ye. Abah Sofea baru 4 bulan dekat sini 😅 Jauh lagi perjalanan kita dikk. Jadi mari lah kita menyayangi rumah dan blok ni sebaik mungkin 😂”. 



Tuuu tingkat atas sekali tu rumah Sofea laa tuu. Sengaja saya besarkan perkataan ‘tangga kanan’ dekat gambar tu. Sebab dekat sini jangan salah naik tangga. Salah naik tangga, memang takkan jumpa rumah nyaa 😂 

Love,
- f. 


Free Palestine 🇵🇸

December 2023. 

I have to use every platform I have.
I want to be part of the history of the free Palestine 🇵🇸

Instagram has just shutdowned/banned the account of one of the very loudest activists for Palestine, shaunking

I want this fact to be shared and read around the world. Gaza is facing genocide by Israel! Palestinians are facing ethnic cleansing!



From the river to the sea,
Palestine will be free.
- f. 

Every effort counts ❤️

25 December 2023

Monday

Sofea 17 months

Sandakan, 3 weeks


Well, sedar tak sedar, 3 minggu dah saya dan Sofea beradaptasi di rumah Sandakan. 


I’m doing my best here. Especially in cooking. Sebab memasak itu bukan kepakaran dan kelebihan saya 😌 Saya mengaku saya bukannya seorang yang pandai bahkan hebat dalam memasak. Sebenarnya memang tak pandai masak pun 😂 Tapi cuba jugak lah sebab dah ada anak kan.


Untuk ibu ibu yang kurang mahir memasak seperti saya, don’t belittle yourself 🥰 Every effort counts ❤️ 



Love,

f.

The first step

Lama dah teringin nak menulis perkembangan anak macam dalam diary. Selalu tulis dalam whatsapp status je sebab senang kan sekali tulis je letak sekali gambar atau video dah siap. Tak perlu nak fancy fancy. Tapi tulah, within 24 jam hilang. Tak boleh nak baca balik. So ingat nak tulis dalam Instagram. Lebih formal and banyak sikit boleh share gambar/video. Tapi tulah, jadi seorang yang low self-confidence ni sebenarnya susah. Overthinker. Takut orang fikir, ini pun nak share? Ini pun taktahu? Benda basic je ni. Ini pun tak boleh buat. All those negative words running in my head. Sehingga lah saya terdetik ayat ni. 


Everyone knows it. But before they know, they learn. Some people learn yesterday. Some people learn today. Some people learn tomorrow. Some people learn next week. Some people learn next year. It’s never about who’s learn earlier, who’s learn later. It’s about LEARNING itself. No matter when you learn it, you either gaining new knowledge, or reconstructing existing knowledge, but for sure you getting more wisdom. One single knowledge has always has different perspectives. It may takes many years for us to understand all kinds of the perspectives. So embrace the learning progress.


So here I am. Trying my best untuk buang rasa malu yang tidak bertempat. I chose here, in my personal blog, untuk tulis updating diary untuk anak saya. In Shaa Allah, segala perkembangan nya, segala isi hati saya, segala yang indah mahu yang buruk. Saya prefer blog sebab mudah untuk search. Just taip keywords je. Kalau dekat Instagram tu, saya taktahu macam mana nak get back to old posts melainkan scroll scroll and scroll 😂 


Untuk Sofea, 17 bulan berlalu baru harini umi ada keberanian untuk mulakan apa yang umi impikan. Begini lah hidup. Walau macam mana pun kita nak tampilkan kesempurnaan, tapi kita hanya mampu mencuba ke arah kesempurnaan. Tapi yang jauh lebih  penting dari sebuah kesempurnaan adalah, langkah pertama menujunya.



Ps. From this entry, kalau nampak font tak seragam, saiz kejap kecik kejap besar, please excuse it. Sebab saya update pakai phone je. Laptop dah nyawa nyawa ikan. Sofea duk main tekan-tekan laptop tu. Ehh salahkan Sofea pulak 😂 Padahal laptop tu memang dah usianya warga emas. Dah lebih 9 tahun berbakti. 


I have to declare this, sebab rasa macam bukan cara saya biar format penulisan saya macam haru-biru. So sebenarnya, jiwa saya yang tak tenang kalau tengok format tunggang langgang 😭


Love,

f.