Wednesday, August 18, 2021

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Dulu-dulu masa balik dari sekolah, tak ingat sekolah rendah ke sekolah menengah, ayah selalu pasang radio IKIM FM, especially hari Jumaat.

Memang dah hafal dah waktu tu dalam pukul 12 lebih, radio tu mesti mainkan satu sajak ni.

Tapi dulu-dulu takde handphone sendiri, so gigih lah keluarkan kertas and salin sebijik-sebijik butir sajak tu ๐Ÿ˜‚
Of course lah tak sempat nak salin full masa sekali dengar tu. Tapi sebab dah hafal setiap hari Jumaat balik dari sekolah mesti keluar dekat radio IKIM, so memang get ready kertas dan pen. Dah laa masa sajak tu dimainkan, dengan sound effect guruh berdentum sana-sini, pening kepala nak tangkap setiap perkataan haha. Tak sure lah berapa lama ambil masa nak complete salin sajak ni. Maybe berbulan-bulan kot. Kegigihan seorang farahchoi dulu-dulu ๐Ÿคฃ

Then bila dah ada komputer, dah pandai guna internet, baru lah cari dekat internet. And saya ada betulkan sikit lah kot apa yang saya ada salah dengar. But overall, I'm amazed, sebab gigih salin sajak ni. Panjang wehh.

Fast forward, sekarang 2021.
Tengah kemas-kemas hard disk, then terjumpa file sajak ni. (asal aku sebut sajak macam sajad haha ๐Ÿ˜…)
Paling terkejut bila tengok 'last modified' 12 Ogos 2013. Wehh kebetulan 8 tahun yang lepas. I don't know why, saya sejenis yang amazed dengan cara Allah aturkan perjalanan hidup kita (saya especially).


Dan disebabkan itu, izinkan guwe mengabdikan karya sajak yang guwe salin ni dalam blog guwe. (bukan main mukadimah throwback cerita balik dari sekolah bagai ๐Ÿ˜‚)
Apa-apa pun, moga entry ni bermanfaat untuk uolss.
Love,
f.

ps. Saya macam terfikir nak video kan sajak ni. Kononnya nak remake yang versi IKIM tulaa, sebab cari dekat internet tak jumpaa dah ๐Ÿ˜ญ Tapi masih mencari idea nak buat macam mana ๐Ÿ˜…



Sajak : Dahi cecah ke sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfirlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahkta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Wednesday, August 11, 2021

Teruskan semangat wahai roh!


I was thinking about the same thing for the past few weeks. Kadang rasa memang nak give up. Tapi kuatkan juga semangat. Dunia ni tak berputar pada kita sahaja. So selagi bernafas, selagi itu lah terus berjalan. Berjalan atas satu misi, mati bebas hutang. Selepas itu, umur panjang adalah bonus. Teruskan semangat wahai roh. Kau masih bernafas untuk padamkan dosa yang lepas.

https://www.facebook.com/1782304989/posts/10215142435272554/

Ni link Facebook post yang saya screenshot tadi. Dekat ruang komen dalam post tu ada banyak kisah-kisah benar apa yang berlaku masa kegawatan ekonomi 1997-1998. Boleh baca and jadikan sumber kekuatan. The real inspiring stories. Semoga kita semua kuat ye.

Love,
f. ♥️



ps. pernah jadi dalam entry saya beberapa tahun yang lepas, saya share link fb, tapi sekarang link fb tersebut tidak lagi dapat dibuka. mungkin owner dah delete post.

Untuk elak perkara sama berlaku, saya screenshot seberapa banyak komen yang boleh. Tujuan screenshot adalah untuk berkongsi kekuatan perjuangan generasi terdahulu. Kalau ada kisah yang menabur fitnah atau berbaur kebencian, saya tak letak di sini.

If the link is still can be accessed, you can just click and read the comments ๐Ÿ˜Š

































































































-THE END-