Tuesday, February 21, 2023

Sofea : BLW — 6 months

At first saya nak buat mix-weaning, iaitu spoonfed method dengan baby-led-weaning. Tapi Sofea agak susah yaa nak bukak mulut bila saya sua sudu. And dia lagi suka pegang sendiri makanan dan sudu tu.


So saya proceed buat BLW je lah buat masa ni. Harapnya kuat lah nak hadap segala messy sehingga Sofea pandai makan sendiri 🤲🏻


So dekat sini, saya share menu yang saya sediakan untuk Sofea. Kalau follow method BLW, kebiasaannya pada usia 6 bulan, anak makan sekali sehari je. Tapi saya kenkadang TERmalas, and kenkadang ada aral melintang, jadinya tak sempat nak bagi Sofea makan 😅


Bytheway, don’t expect much dari seorang ibu yang tak mahir memasak. Lagipun, buatlah ikut kemampuan poket sendiri. Tapi hak anak tetap harus dilaksanakan. 


NOTE.

Untuk setiap menu yang ada tambah susu atau EVOO di hujung penyediaan, kalau nak buat batch cooking (masak dengan quantiti banyak, selebihnya simpan dalam freezer),

Pastikan susu atau EVOO tidak diletak terus sebelum menyimpan dalam freezer. Letak setelah dipanas semula. 


Day 1 — Plain porridge

2 sdb nasi yang telah dimasak. Blend dengan sedikit air. 



Day 2 — Rice + carrot porridge

2 sdb beras + 1/4 cwn carrot cincang dadu + 1 cwn air

Masak atas api hingga mendidih. Kecilkan api, tutup periuk. Sentiasa gaul setiap 5 minit. Tutup api bila air tinggal sedikit. Blend ikut texture dikehendaki. 


Day 3 & 4 — No eating  Umi recover dari clogged duct yang sangat teruk. 


Day 5 — Plain porridge + breastmilk. Carrot & cucumber stick. 

Plain porridge : 1 sdb beras + 3/4 cwn air. 

Masak hingga mendidih. Perlahankan api, tutup periuk. Sentiasa gaul setiap 5 minit. Tutup api bila air tinggal sedikit. Blend ikut texture dikehendaki. Tambah sedikit susu badan. Gaul sebati. 

Carrot stick : Buang kulit carrot. Potong memanjang jadi stick. Rebus beberapa minit, sehingga lembut dicucuk garfu. Tutup api. 

Cucumber stick : Buang kulit. Buang bahagian tengah berserta biji. Potong memanjang jadi stick.



Day 6 — Rice + carrot porridge + EVOO

1 sdb beras + 1/4 cwn carrot cincang dadu + 1 cwn air + beberapa titis EVOO

Masak atas api hingga mendidih. Kecilkan api, tutup periuk. Sentiasa gaul setiap 5 minit. Tutup api bila air tinggal sedikit. Blend ikut texture dikehendaki. Setelah blend, tambah beberapa titis EVOO. Gaul sebati. 



Day 7 — Apple puree

1 biji epal + 1 cwn air

Buang kulit, bahagian tengah dan biji epal. Potong dadu. Rebus dengan air selama 10 minit. Tutup api, toskan kesemua air. Blend. Tapi saya prefer lenyekkan. Saya elakkan method blend untuk buah-buahan. 


Day 8 — No eating 


Day 9 — Rice + carrot porridge + EVOO


Note: Sofea dah mula terima konsep makan ☺️


Day 10 — Dragon fruit wedges

1/4 buah naga. 

Buang kulit. Potong jadi bentuk wedges. Ambil sebahagian kecil, hancurkan guna sudu. Suap guna sudu. Selebihnya hidang satu satu untuk dia belajar ambil dan makan sendiri. 


Day 11  — No eating 


Day 12 — No eating 


Day 13 — 

Snack pagi : Dragon fruit wedges

Dinner : Plain porridge + EVOO


Day 14 — Mash potato + Egg yolk + Milk

2 biji kentang (~150g)

2 telur rebus (bahagian kuning sahaja)

Sedikit susu badan / formula

Kupas kentang. Potong kecil. Rebus dalam air mendidih sehingga lembut. Tutup api. Tapis air, tinggalkan kentang sahaja. Lenyekkan guna potato masher. Ketepikan sekejap. 

Rebus telur sehingga masak. Ambil telur kuning sahaja. Lenyekkan ke dalam kentang lenyek tadi sehingga sebati. Kalau portion banyak, boleh simpan yang selebihnya dalam freezer. 

Tambah susu, dan gaul sebati. 


*next time, saya cuma panaskan stock frozen mash potato dalam microwave, lepastu tambah susu. 


Kalau nak hidang dengan chicken gravy, boleh refer resepi sini https://youtu.be/IzNJ6jU_-6Q


Day 15 — No eating 


Day 16 — Mash potato


Day 17 — Dragon fruit wedges


Day 18 — No eating 


Day 19 — Cucumber stick


Day 20 — Rice + carrot porridge + EVOO


Day 21 — Banana


Day 22 — No eating 



Day 23 — Rice + chicken + EVOO

4 sdb beras + 1/2 cwn (~100g) ayam cincang + sedikit butter + sedikit bawang putih kisar/cincang + 1 cwn air

Tumis bawang putih kisar dalam butter. Masukkan ayam. Biar hampir masak. Masukkan beras. Gaul sebati. Masukkan air. Biar mendidih. Dah mendidih, perlahan kan api. Sentiasa kacau setiap 5 minit. Dah masak, blend sehingga hancur. Tambah beberapa titis EVOO.


Sukatan ni boleh dapat dalam 4 portion. So simpan dalam 3 bekas. 1 portion hidang. 


Day 24 — No eating 


Day 25 — No eating 



Day 26 — Pumpkin Puree

Labu, buang kulit, buang biji. Potong dadu. Steam dalam 10-15 minit. Blend sehingga hancur. Selebihnya boleh simpan. 

Untuk hidang, tambah sedikit EVOO kalau mahu.


Day 27 — Pumpkin Puree


Day 28 — Mash potato


Day 29 — Steamed apple

Buang kulit dan bahagian tengah epal. Potong jadi bentuk wedges guna crinkle cutter. Steam dalam air mendidih selama 3-5minit. Hidang.

Tapi dalam gambar ni saya steam terlebih masa, 8 minit. Dia jadi lembik sangat. 


Day 30 — Steamed apple



Day 31 — Dragon fruit

Baru lepas jumpa crickle cutter. So guna ni untuk potong. Last time guna pisau biasa. Sofea nampak macam frust nak ambil buah naga tu sebab licin. This time, dia ambil dan pegang pun senang. 



EXTRA.



Stok frozen carrot

Stok ni bertahan selama 3 bulan.


Untuk penyimpanan makanan bayi, guna Rule of 3. Maksudnya, makanan bayi yang telah dimasak bertahan;

  • di suhu bilik, selama 3 jam
  • di peti ais (chiller), selama 3 hari
  • di sejuk beku (freezer), selama 3 bulan


*tapi rasanya tak sampai 3 bulan, saya dah guna habis dah 😅


Love,

f.

Friday, February 17, 2023

Sofea : Intro solid food

Haritu kemain sembang kononnya nak aktif balik blogging. Lepastu menyepi sampai lah masuk tahun baru.

Lepasni tanak dah lah sembang nak aktif blogging lagi. Cakap tak serupa bikin. Buat malu diri je 🥲

Kalau rajin, ada lah posting baru. Kalau tak rajin, bersawang jelah blog ni. 

So this entry nak share journey saya intro solid food kepada anak saya, Sofea, bermula usia 6 bulan.

Journey nya tak seberapa pun, tapi saya perlu untuk tampal sini supaya senang untuk rujukan kalau ada rezeki anak lagi. Tak perlu start from scratch, memandangkan memasak bukan kemahiran saya.

Okay bye, nak sambung buat last touch up next entry. 


Love,

f.