Monday, September 7, 2020

REVIEW : Tarbiah Sentap (Jilid 1)

Hi. Assalamualaikum.
 
Rasanya ini kali pertama I buat review entry. Acah-acah retis pulak Haha. I buat review entry ni salah satu tujuannya of course lah sebab nak banyakkan post Hahahahh ðŸ˜†

And another thing because I got so much beneficial things through what I read or did. So this is about time untuk rajinkan diri perbanyakkan self-reflect and sharing knowledge with other people publicly.
 
Jadinya, marilah kita mulakan aktiviti me-review ini 😀
 
REVIEW : Tarbiah Sentap (Jilid 1)
 


Tema : Buku/Bahan bacaan
Tajuk Buku : Tarbiah Sentap (Jilid 1)
Penulis : Ahmad Adnin Bin Roslan
Cetakan Pertama : Disember 2014
Cetakan Keempat : Mac 2015
Isi Kandungan : Bab 1 - Bagaimana Sosial Kau?
                         Bab 2 - Bagaimana Hiburan Kau?
                         Bab 3 - Taubat dan Perubahan?
                         Bab 4 - Dakwah dan Tarbiah?
                         Eksklusif! | Komik Sentap

Coretan Farahchoi :

Buku Tarbiah Sentap ni sebenarnya I dah baca first time masa I beli tahun 2015 dulu. Tapi al-kisahnya tahun 2015 dulu hidup I penuh dengan kejahilan. I tanak bukak banyak zaman kejahilan I dulu-dulu. Cukup lah sekadar apa yang dah sedia ada orang tahu. Contohnya, dulu I seorang Kpop-er yang tegar. Rasanya entry Kpop yang lama-lama pun I masih belum delete.

Disebabkan buku Tarbiah Sentap ini menyentuh isu Kpop (salah satunya), menjadi punca I tolak content buku ni masa first time I baca tahun 2015 dulu. Fast forward, jatuh naik sebuah kehidupan, now 2020 — hati I terdetik untuk penuhkan ilmu di dada. Dan atas hidayah daripada Allah, first buku ilimiah yang I baca tahun ni adalah Tarbiah Sentap yang suatu ketika dahulu I tolak jauh-jauh.

This is the interesting part begin. I teringat suatu ketika dahulu, somewhere in between 2015 and 2020, masa hati I macam tak tenteram, rasa resah, gelisah, waktu tu I doa minta Allah bagi I hidayah. I don’t know why, but I felt like I was too off the track. So I need to get back to the right track. Tapi sebagai manusia biasa yang jahil, I sendiri taktau sejauh mana I dah tersimpang. Sehingga lah I baca buku ni — I just realised I’ve gone too far.

Dalam buku Tarbiah Sentap Jilid 1, penulis menerangkan mengenai 7 jalan zina. Sebagai Muslim, kita semua tahu Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa jangan sesekali mendekati zina. Bukannya setakat berzina, tapi mendekati sahaja Allah dah larang. Jadinya, penulis menerangkan 7 jalan zina, yang mana bila kita buat salah satu ni kita dah mendekati zina dan kita berdosa besar pada Allah. Nauzubillah.

Tujuh jalan zina yang diterangkan penulis adalah bermula dengan pandang-pandang, dan akhir sekali berzina dan masuk neraka. Di samping itu, penulis juga menerangkan mengenai ikhtilat, di mana hukum asal ikhtilat adalah HARAM, dan hanya menjadi Harus pada dua keadaan ini sahaja itu Dharurat dan Hajat

Penulis juga menekankan dalam bukunya mengenai jalan hiburan yang kita pilih. Kebanyakkan dari kita memilih hiburan musik, drama/movie dan bermacam-macam lagi. Sememangnya tidak salah, tapi setiap yang kita lakukan ada guideline yang Allah tetapkan. Sekiranya kita dah melanggar sempadan, maka hiburan itu sudah jadi satu bebanan dosa.

Allahu akbar. Awal-awal lagi I rasa macam menusuk sangat dada bila baca buku ni. Bila Allah menkehendaki sesuatu perkara, maka jadi lah. Hidayah Allah datang tepat pada masa. Content yang sama, cuma pembacaan pada waktu berbeza.

Since I baca buku ni, I tried to make some changes. Perkara pertama I buat — let go all kinds of music, including Kpop, English pop and Malay pop. Semua! It takes me around 3 weeks to unfollow SEMUA artis Kpop dan artis local. Mat salleh I tak follow pun.

Second, I unfollow kawan-kawan lelaki. Dan paling latest kawan-kawan perempuan. Can’t believe dari seramai 600 dalam following list, now tinggal tak sampai 30. Tujuan I unfollow bukan bermakna nak putus kawan. Tapi I rasa sekarang adalah masanya untuk I jaga hati I. Social media is kinda toxic to me. Sedikit demi sedikit rohani I mereput. Tapi untuk kawan-kawan perempuan, I still contact thru WhatsApp or DM. Cuma mungkin tak dapat tengok story jelah. Tapi tengok or tak tengok story tak menjamin yang suatu persahabatan itu masih erat. Kita rasa bila kita follow and tengok story kawan, kita still rapat dengan kawan, walhal tidak semestinya. Cara paling terbaik adalah berhubung secara langsung. Untuk I yang pendiam dan introvert ni, ini lah caranya untuk I keluar dari zon selesa — meet up and reply message as soon as possible 😇

Third yang I buat adalah — memanfaatkan masa. Alhamdulillah I bukan kaki drama or movie or Running Man. Tapi I sangat kuat main game and I spend a lot of times for gaming, so I think I need to stop this habit, totally. Uninstall semua game apps. Sumpah memang bosan bila pegang phone tapi tade apa nak main. Akhirnya, timbul lah hobi-hobi baru seperti membaca sebab banyak masa yang terluang.

I pernah berbual dengan tunang I, jahilnya I suatu ketika dahulu diibaratkan I sendiri yang lumurkan badan I dengan lumpur. Setiap hari, setiap jam, setiap detik, tangan I ambil lumpur dan lumurkan ke seluruh badan I. Bertahun-tahun tanpa henti. Sampai dah jadi keras. Memang ada effort untuk “bersihkan diri” dengan mandi untuk hilangkan “lumpur” itu, tapi effort tidak sekerap dan sesungguh nak tanggalkan kotoran-kotoran di badan. Akhirnya, lumpur itu sentiasa melekat dan berkerak di badan bertahun-tahun. Pakai lah baju cantik macam mana pun, tetap akan kotor!

Macam tu lah ibaratnya zaman jahil I yang penuh dengan dosa. Solat, mengaji tapi tak kekal lama. Apatah lagi kalau menuntut ilmu, susah sangat nak faham and lekat di kepala. Macam mana ilmu nak senang masuk kalau rohani penuh dengan dosa. “Pakai lah minyak wangi dua-tiga tan sekalipun, tapi badan masih ada lumpur, tetap busuk juga. Malah bau wangi pun tak kekal lama!”

Tapi selepas dah alami zaman jatuh bangun kehidupan, i tried my best to change. Baju akan tetap kotor kalau I masih bermain lumpur. Sebabtu I decide untuk stop music and stop mensia-siakan waktu. Alhamdulillah, it really does make changes in my life.

However, perubahan yang I buat semua tak bermakna I memang totally bersih dari sebarang lumpur. No! Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Tiada siapa yang maksum melainkan RasulNya. Up till now, I masih lagi berlumur dengan “lumpur”, and I masih lagi struggle “mandi” setiap hari, setiap jam dan setiap detik. I pegang pada prinsip — kalau tak mampu mencegah dengan tangan dan lidah, sekurang-kurangnya mencegah lah dengan hati. 

Dalam buku Tarbiah Sentap ini diselitkan juga Hadis Nabi mengenai mencegah kemungkaran dengan hati. Penulis turut menerangkan huraian dari para ulama apa yang dimaksudkan dengan mencegah dengan hati iaitu;
  1. Membenci maksiat tersebut, serta tidak redha dengan maksiat yang berlaku;
  2. Menjauhi maksiat tersebut;
  3. Bertekad untuk mencegahnya bila mampu.
Bila I mula faham konteks mencegah kemungkaran dengan hati, I sedar ianya bukanlah suatu perkara yang kecil, sebaliknya sangat besar. Sebab mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Dan menjaga hati adalah perkara yang paling sukar berbanding anggota-anggota yang lain. Kalau mencegah dengan hati pun I tak mampu, layak ke I nak cakap diri I masih beriman?! Nau'zubillah.

Ya Allah, pelihara lah hati kami 😭

Kalau ikutkan hati, I nak tulis semua content yang penulis kongsikan dalam buku Tarbiah Sentap Jilid 1 ni. Tapi I rasa I kena faham konsep hidayah itu milik Allah. I pernah cakap dengan tunang I — Allah turunkan hidayah pada I melalui pembacaan buku ni, tapi tak bermakna buku yang sama ni dapat membuka mata hati orang lain juga, walaupun tunang I sendiri. I explain lah panjang lebar macam mana pon tentang content buku ni, kalau Allah tak bagi hidayah, tetap takkan nampak. Tugas manusia hanya lah menyampaikan dan berpesan-pesan, yang memberi kefahaman dan mengurniakan taufik dan hidayah itu adalah Allah S.W.T.

If you guys minta pendapat I, what would I suggest first for people who really want to Hijrah? — Jaga lah mata, jaga lah pandangan. Pada era digital ini, kita celik je bangkit dari tidur, tangan dah capai phone, scroll sana-sini. Daripada mata kita yang melihat bermacam-macam perkara, terbitlah pelbagai jenis penyakit hati. Bak kata orang putih, out of sight, out of mind. Mata kita yang telah disua dengan lebih banyak toxic berbanding penawar menyebabkan minda kita pun menjadi toxic. Tapi kalau kita jaga mata dengan melihat perkara yang Allah redha, in Shaa Allah minda kita pun terjaga.

Semoga kita umat akhir zaman sama-sama kuat melawan bisikan syaitan.
 

F. — 7 September 2020