Wednesday, May 6, 2020

Kita kat lautan ni, lain-lain bot...

Yes tajuk entry kali ni sama dengan ayat dalam I punya header blog.

Al kisahnya I dapat ayat ni masa I reply komen dekat satu video dalam Youtube baru-baru ni.

Memandangkan sekarang ni PKP, so banyak perkara dan urusan yang terbatas dan tergendala. Antaranya mengenai perkahwinan.

So baru-baru ni kecoh pasal majlis pernikahan online yang disaksikan oleh Menteri Agama di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Satu perkara yang rare lah kita dengar.

I jenis yang malas nak interfere dengan komen dan mulut netizen ni, tapi entah kenapa I trigger dengan satu komen ni. Mungkin I baca komen tu dengan salah faham, but that was what had happened lah.

I was triggered back then when I read the comment "jangan buat bodoh la..." in which I tak sure to whom he refer to, but spontaneously I replied as below,



I rasa I terlebih emosi masa I reply komen tu haha. Tapi main point is, jangan main sesuka hati nak membodohkan perkara yang kita tak arif sedangkan orang yang lebih arif dari kita ada dalam situasi tu.

BUT UNEXPECTEDLY,
I dapat respon yang sangat bersifat makcik bawang tau hahaha


I tak ambik port pun pasal life orang nak kahwin ikut adat ke ikut agama, why must I bother about other people? So here is my response. Much calmer than before hahaha πŸ˜†


Throughout my life, I memang elak sangat-sangat nak judge hidup orang publicly. Mungkin privately ada lah kot I pernah condemn pasal life orang dalam hati haha πŸ˜… but not publicly. Kalau tak mampu nak jadi baik seperti malaikat tapi jangan lah buat jahat secara terang-terangan, betul tak? So that is how keluarnya idea nak cakap "kita kat lautan ni, lain-lain bot". Maksudnya sama macam 'kau tak pernah pakai kasut aku so kau tak tahu apa yang aku rasa'.

I anggap lautan ni seperti dunia. Kita dalam lautan yang sama tapi lautan yang sama tak bermakna arus yang kita terima adalah sama. Paling penting sekali bot kita pun tak sama. Same goes with our life, - kita dalam dunia yang sama, berpijak di bumi yang sama, tapi cabaran kita tak sama. Kehidupan yang kita dayungkan sekarang ini tak sama. Bot kita mungkin elok dan megahnya. Tapi bot orang lain mungkin dah kebocoran, and kita pertikaikan kenapa orang tu minta bantuan daripada kita. That is the main purpose - jangan judge hidup orang lain, and stop being makcik bawang yang sentiasa mempertikaikan life orang lain.

So lepas daripada tu, tiba-tiba terdetik kat hati I nak aktif balik blogging ahahah πŸ˜†
Kalau baca entry I dekat sini (tekan link sini), korang tahu lah yang I dah hias semula blog I termasuk yang header blog sekali.

Masa I nak buat header blog tu, I tade idea pun. Tapi entah macam mana boleh teringat pasal komen I dekat Youtube tu. So I lukis lah gambar kapal and letak ayat "Kita kat lautan ni lain-lain bot..".

Lepas je siap I baru sedar, yang gambar ni kapal, tapi ayat tu I cakap bot hahaha πŸ˜… Lantak pi lah. Dekat lautan memang kita naik kapal kan. Tapi sebab komen tu secara spontan so keluar lah bot πŸ˜…

And kalau perasan, gambar kapal dalam header I tak gaya macam kapal biasa kan hahaha πŸ˜… 

Untuk yang tak tahu, gambar kapal tu I refer gambar salah sebuah kapal perang di Malaysia, iaitu KD Lekiu (as attribute lah sebab tunang I kan Navy, and KD Lekiu adalah kapal kedua tunang I berkhidmat semasa OJT πŸ˜„). Why not I featured kan aset negara dalam blog header I sebagai tanda I bangga dengan negara kita haa gitcheww πŸ˜„

Ini gambar asal KD Lekiu yang I jadikan rujukan.



And ini adalah hasil yang tanpa sengaja I buat, entah macam mana entah haritu I boleh buat jadikan gambar kapal tu macam bayang. Look nice lah jugak (untuk I yang masih newbie dalam editing photos ni πŸ˜†). So I tampal sini sebagai tanda kenang-kenangan πŸ˜„

See you next time!

Signed off,
F.