Thursday, August 13, 2015

Why I Chose Foodtech ?


Again, watch this video about numerous times. [link1, link2, link3, link4]

Suka, sebab sarat dengan pelbagai mesej. And honestly, saya rasa video macam nih sweeeeet. heeeee

And you know what, lepas buat quick research pasal Grebang Visual Studio, rupa rupanya pelakon lelaki yang bisu tu photographer untuk majlis kahwin Hanis Zalikha. luls ingatkan random people, and suara ibu dalam video tuh pulak suara Rosnah Mat Aris. lol again, ingatkan just sebarangan orang jeh diorang nih pick.


Okeh sekarang apa kaitan tajuk entry saya dengan video kat atas?

Well, masa saya Asasi, masa semester terakhir, kitorang kena isi borang permohonan untuk degree nanti. Dalam borang tuh, ada 5 ruang untuk letak degree courses yang berminat.

Bermula dengan no 1 sebagai the first choice, sampai no 5 yang paling least priority. Dan pilihan saya adalah,

1. Bachelor Sains & Teknologi Makanan
2. Bachelor Sains Komputer (Pengkhususan Multimedia)
3. Bachelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian)
4. Bachelor Pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Mandarin)
5. Bachelor Pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Perancis)

*saya tak ingat sangat, maybe 2 & 3 bertukar tempat, dan 4 & 5 maybe bertukar tempat jugak*

Dalam kelima-lima pilihan yang saya letakkan tu, semuanya ada kaitan dengan minat saya, KECUALI SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN .

Kenapa saya letak bidang sains komputer & teknologi maklumat sebagai pilihan kedua & ketiga sebab saya kurang buat research pasal course nih, so saya kurang tahu bidang nih pasal apa, dan ke mana bidang nih pergi. So saya tak berapa yakin nak jadikan sebagai pilihan pertama, kot kot yang first choice tuh lah yang saya dapat, tak ke boleh nangis kat tepi longkang mengenang nasib luls. Tapi macam mana saya boleh minat kalau tak berapa tahu?

Well,
Saya cuma taktahu bidang sains komputer & teknologi maklumat ni pasal apa. TAPI, saya minat nak buat blog, nak buat videography, atau apa-apa multimedia yang cool. Maksud saya "buat blog" tu bukan dengan buka akaun Blogger pastuh create website blogspot macam yang saya buat ni. Tapi buat webpage blog itu sendiri. Aduhh macam tak berapa sampai jeh ayat saya ni. Okeh, instead of saya create "farahchoi.blogspot.com" , saya nak bina page "farahchoi.com" .

Hmm saya rasa kalau nak tukar "farahchoi.blogspot.com" kepada "farahchoi.com" , just bayar jeh kot per year. Entahlah hahahaha dah nama saya taktau pasal komputer komputer ni. tapi saya minattt ㅠ_ㅠ

Minat saya tu sampai saya berlagak pandai pergi edit "table" kat Wikipedia, masa 2013. Tapi sekarang table tu saya tengok takde dah. Orang lain dah edit tukar ganti kepada yang lebih baik kot. Apa-apa pon seronok okeh! Dapat discover and figure out sendiri tuh yang tak menahan nye luls.
Tengok nih,
Kalau kat Microsoft Word, nak edit table senang jeh sebab yang depan mata memang sedia ada table. Dalam Wikipedia hamekaw. Nak edit table, sekali bagi baris-baris one by one macam gambar atas. In the end, bentuk nya macam ni.
ini wikipedia Miss A Suzy ! part "television drama"

AMAZED THOUGH!

This one kira simple lah lagi. Kalau Wikipedia Running Man, memang pecah otak babe tengok. Episod pulak tuh sampai beratus.


Untuk videography pulak, saya minat edit edit video nih. Macam yang saya buat masa cuti sem lepas, macam orang betul betul dah takde kerja huhu
you can go to my previous post here

Dan beberapa video saya yang lain. Tapi hasil kerja saya masih noob sebenarnya hahaha. Berbekalkan sedikit ilmu masa Form 2, so edit lah video sikit sikit setakat yang mampu. Memang berangan jelah nak jadi videographer yang professional. Macam video yang saya post awal awal tadi, pasal orang bisu tuh. That one is coming from a professional videography team. Seronok tau kalau pro bab videography, and then team up with more great videographer, and then hasilkan video yang kreatif and bermesej macam kat atas tadi. Wehhhh ㅠ_ㅠ impian yang takkan jadi kenyataan sedihnyaa

Then photography. Hmm bagi saya, untuk bidang photography ni, passion saya tak se-ghairah videography. Minat, still minat but just so-so.


SOOO,
memandangkan bidang sains komputer or teknologi maklumat nih hanya sekadar minat, saya letak sebagai pilihan kedua dan ketiga. Saya tak berani nak ambil risiko keluar dari bidang sains tulen, masuk ke bidang sains komputer hanya dengan berbekalkan minat, tanpa ilmu. Tambah pulak saya nih jenis yang ape ape hal at least kena ada basic preparations. Tak boleh main semberonong jeh terjah, takut tak boleh survive. Saya akui, yang saya tak berani nak keluar dari zon selesa hmmm. Tapi, nak jadikan cerita, antara Bachelor Sains Komputer (Pengkhususan Multimedia) dengan Bachelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian) , saya sendiri pon taktahu yang mana satu more relate dengan passion saya. Lagi lah saya taknak sebarangan letak kat first choice kan.

Then, pilihan ke-4 dan ke-5 saya pulak mengenai bahasa asing. Memang jauh lari lah dari bidang saya. Kalau sains komputer tu, at least ada lah jugak kan perkataan "sains" nya, walaupun saya ni student sains tulen.
Tapi memandangkan saya rasa belajar bahasa asing nih seronok, and keluar dari kepompong "lab coat putih" "makmal" "chemicals" "microscope" "calculations" and more , so why not give a try? Kita tengok dunia luar, and kalau ada rezeki mana tahu boleh fly ke negara yang kita belajar bahasanya. Ataupun jadi translator untuk big business or companies or government?

Tapi, untuk bahasa asing ni, ada satu kelemahan besar saya. Memandangkan saya seorang yang mempunyai minda more to rationality and logical thinkings, so saya tak boleh grab something yang memerlukan saya menghafal SAHAJA. Kalau dah belajar bahasa asing, bahasa Perancis (for example), so of course kena belajar sejarahnya. Nak kena hafal ejaannya, sebutannya.
Saya tak condemn bahasa Perancis or orang yang belajar bahasa Perancis.
Saya just nak bagitahu bab bab menghafal adalah kelemahan terbesar saya.

Orang kata, perempuan memang hebat dalam bab bab mengingat ni. Jangan kata tarikh first date, pukul berapa si lelaki sampai masa first date pon perempuan boleh ingat.
Tapi saya? HAHAHAHA no

*Bertuah bakal suami aku nih dapat bini jenis yang takde masa nak ingat baju apa yang dipakai masa first date, or ayat proposal masa malam lamaran lulsss

Back to the my biggest weakness just now, because of it, saya letak bahasa asing (Perancis & Mandarin) sebagai pilihan terakhir saya, walaupun hati nakkkkk sangat hmmm.

Bytheway, bila mention pasal bahasa Perancis, nahhhh [link] untuk basic knowledge macam mana nak bercakap dalam bahasa Perancis lol

So, bila dah susun-susun semua pilihan tuh, tinggal lah ruang kosong untuk first choice. Dan saya fikir, mungkin lebih baik saya letak foodtech sebagai pilihan pertama, memandangkan foodtech bukan mengenai minat semata-mata tetapi impian saya. Impian apa? Itu lain kali lah kot saya share h u h u h u

Bila dah letak foodtech as first choice, saya dah dapat agak sebenarnya yang saya ada high chance untuk dapat tawaran pilihan pertama memandangkan foodtech bukan course yang HOT/EXTREME macam medic, aerospace, engineering, or vet.

And bila dah keluar surat tawaran, and yes my guess was right, saya tak pernah menyesal dengan foodtech. Suka or tak, bagi saya ada hikmah kenapa Allah beri saya jalan ini.


Lagipon,
Saya teringat lecturer Asasi saya ada pesan, "minat ni boleh buat dan capai pada bila-bila masa, kalau dah minat, kat mana-mana jeh kita boleh belajar, dapatkan ilmu. so nasihat saya, go for future", kata beliau masa Asasi Edu Fair di Dewan Banquet UPM tahun 2014.
That's why saya letak minat & passion saya bukan kat first choice.
Ada betulnya jugak kata lecturer tu. Sebab kalau saya go for minat and passion, hmm tengok sekarang, saya dah tambah satu minat baru.

IAITU,

minat untuk belajar bahasa isyarat!

Ini semua gara-gara video tadi. luls

8 comments:

  1. Hai, saya terjumpa blog akak ni, jadi nak tanya apa beza sains dan teknologi makanan dengan sains pengajian makanan di UPM? Saya nak sambung deree so nak isi UPU.Harap boleh jawab,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Maaf sebab ambil masa yang lama untuk reply komen anda.

      Sebenarnya saya tak cukup mahir kalau nak cerita perbezaan Bachelor Sains Pengajian Makanan (BSPMK) dengan Bachelor Sains & Teknologi Makanan (BSTM), especially kalau dari aspek real industry.

      Tapi kalau dari segi pengajian dalam UPM ni, basically dua-dua ni hampir sama. Apa yang BSTM students belajar, student BSPMK pun belajar juga. Maybe dalam 85% adalah sama.

      Cuma sedikit perbezaannya adalah, BSPMK fokus pada pengurusan dan akauntabiliti sosial lebih berbanding BSTM.
      BSTM pula fokus pada kepakaran teknologi & industri lebih dari BSPMK.

      Boleh refer sini, https://food.upm.edu.my/faq?L=bm

      Tapi apa-apa pun, pengajian tidaklah segala-galanya menentukan career growth anda di industri sebenar. Apa yang kita belajar di kuliah adalah basic requirement untuk masuk bekerja. The biggest knowledge is within the industry itself.

      Harap membantu. Maaf sekali lagi, sebab lewat reply.

      Delete
  2. Yup, saya pun ingin tahu sebab nak isi upu jugak. Salam Asper 16

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, maaf sebab lambat reply. Boleh rujuk komen saya sebelum ini.

      Delete
  3. Salam kak, saya dapat course foodtech untuk degree oct ni.. tapi saya risau la kak.. foodtech ni more to chemistry kan? Saya more to biology person.. nak tukar course tapi saya dilemma sebab future of foodtech ni lebih luas. Kalau sy minta akak rate thp kesusahan by percentage akak boleh bgi berapa? hehehe

    ReplyDelete