Thursday, February 1, 2024

We live for hardships

1 February 2024 

Khamis


Harini umi first time appointment di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. 


Macam biasa, Sofea lah jadi peneman umi. 


7.45 pagi keluar rumah, 

1.30 petang touchdown rumah. 


Pergi balik naik Grab. Total RM 16 💸


Sofea dekat hospital Alhamdulillah behave sangat. Ofcourse ada jerit jerit sikit Sofea excited main dengan umi bukan hirau pun keliling dia penuh orang 😅 


Sofea main mainan itu, mainan ini. Makan itu, makan ini. Tapi nombor umi masih lagi belum naik, walaupun dah pukul 11. 


Umi tahu Sofea penat nak tidur, tapi tempat terbuka macam tu bukan kebiasaan untuk Sofea tertidur dengan sendiri. So last resort, umi bukakkan video youtube yang umi dah download sesiap untuk tengok time offline.


Hampir nak habis satu video pertama ni sebelum nombor giliran umi kena panggil. Alhamdulillah 🤲🏻


Bytheway, untuk pengetahuan semua, ini video yang saya pasang ye. Click here  


Dah jumpa Doctor, dah ambil darah, dah ambil tarikh appointment untuk scan leher, dah ambil ubat dekat farmasi, umi terus book Grab. Tapi peak hour mungkin, so Grab sampai lambat. Sempat umi bawak Sofea alas perut sikit dekat kedai makan tepi tu. 


Naik Grab, baru berapa minit, Sofea dah tertidur dekat lengan umi. Allahu, penat sangat anak umi. Dah sampai kuarters, umi dukung sampai tingkat 5, cari kunci rumah dalam beg galas, bukak pintu, letakkan Sofea atas tilam, Sofea masih lena dibuai mimpi 💤 Betul-betul penat anak umi ni. 


1.30 petang waktu tu. Umi baring sebelah Sofea, snap gambar Sofea tengah tidur.



Antara yang bakal umi rindu ❤️ those little fingers 🥹


Sofea, I just want you to know, I value the hardships, I value the struggles, I value our togetherness more than all nice stories and successes. I enjoyed every of my progress and your progress of growing up. 


Ini lah dia tangan yang menjadikan umi seorang ibu. Kemana-mana tangan ini yang umi pegang.


Andai suatu hari nanti Sofea tersungkur dan terlalu sulit untuk bangkit, ambil masa seketika, dan nikmatilah keperitan yang sementara itu. Because that’s what we are for. We live for hardships here, temporarily. And in Shaa Allah, happiness in His Firdaus, forever. 


Love,

- umi