Monday, January 29, 2024

Review : Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10

Ceritanya semalam, semangat duk bukak cadar, nak vacuum katil. 

Sekali baru perasan, Ahad hujung bulan kan rutin saya cuci microwave ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️ 


Boleh refer post ni pasal jadual kerja rumah. Click here


Tapi takpe la, kalau tak, tak jadi lah entry harini ๐Ÿ˜‚ Lagipun rutin tu boleh swap next week.


Sebenarnya memang dah lama dah nak ada vacuum khas untuk tilam, sofa, karpet. Kali ni baru ada rezeki. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป



Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10 ni saya beli dekat Shopee Russell Taylors official store.


Saya beli waktu promo, dapat harga RM 118.91, termasuk shipping ke Sabah dan extended warranty sehingga 12 bulan. 



Masa mula-mula dapat ni, suami yang rasmikan. Habis semua dia test. Dekat tilam, dekat karpet ๐Ÿ˜‚ katanya okay. Sedutan kuat ๐Ÿ‘๐Ÿป


Semalam baru saya dapat merasmikan ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป


Wayar nya panjang, bagi saya. Tak perlu extension, saya boleh vacuum  keseluruhan katil queen saya direct dari plug dekat dinding. 


And yes, sedutan dia kuat. Puas hati nak vacuum. 


Memandangkan dia ada uv-ray, untuk keselamatan kita, uv tu hanya activated kalau vacuum tu diletakkan rata atas permukaan tilam. Kalau kita tunggang terbalikkan vacuum tu masa tengah on, uv tu tak activated. Macam mana nak tahu? Sebab ada lampu. Kalau activated, lampu dia on. Kalau tak activated, lampu dia off. Sesuai laa untuk mak-mak macam saya bila nak vacuum tu sentiasa ada budak kecik menempel ikut sama kacau ๐Ÿ˜‚ Sofea ni bukannya takut vacuum. Dari dia start merangkak, bila umi dia on vacuum, lajuuu je dia kacau umi dia ๐Ÿ˜Œ



Untuk bersihkan habuk-habuk dan kotoran dari filter vacuum tu pun senang je. 



Bukak dia punya container habuk tu, lepastu boleh cabut dah filter dia. 



Filter tu pun boleh ceraikan dan basuh ๐Ÿ˜ Ini part yang saya suka! Nasib boleh basuh, sebab dekat filter BANYAK GILER habuk dan kotoran. Tapi saya lupa nak snap gambar sebelum basuh. Excited sangat nak cuci kan ๐Ÿ˜‚ Basuh pun tak lama. Tak perlu nak lidi-lidi bagai. Tapi make sure kasi bersihkan bahagian celah-celah yang saya dah arrow kan tu. Situuu yang banyak gila habuk dan kotoran ๐Ÿคฎ



Rugi pulak tak amik gambar sebelum dan selepas. Susah nak tunjuk perbandingan dia. 


Overall, Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10 memuaskan hati saya buat masa ni. Harga masih dalam kategori marhaen untuk performance yang saya ceritakan tadi.


Kalau korang masih rasa mahal, boleh bayar guna SPAYLATER. Saya pun guna SpayLater je wakk. Saya buat 3 bulan. So setiap bulan dalam less RM 50, kira okay lah kan. 


Tujuan saya beli ni sebab haritu badan Sofea habis naik kesan gigit-gigit gatal. Kesiannn. Teruk area badan dia. Taktau lah apa punca, yang pasti daripada katil. Sebab time bangun tidur je naik kesan gigit tu. So saya ikhtiar beli ni dulu. Next time ada rezeki lebih, mungkin boleh cari vacuum sedut air tumpah pulak. Sebab Sofea pun jenis tidur dengan botol susu. Mungkin susu-susu dia ada tumpah dekat tilam, itu yang jadi punca gatal tu. 


Sekian, untuk harini. Semoga Allah bantu saya besarkan Sofea sebaiknya, dan semoga Allah bantu urusan seharian kalian juga ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Love,

- f. 

Saturday, January 27, 2024

Raikan perbezaan

Sejak ada anak ni, kerap jumpa orang share pasal tak perlu nak cerita semua benda dekat sosial media. 


Mungkin sebab dah dalam circle mak-mak. Mak-mak kan ‘terlebih’ ada masa nak tengok life orang ๐Ÿ˜…

Entah lah ๐Ÿคท๐Ÿป‍♀️ Since 2022, sampai lah sekarang, memang akan ada orang up status macam tu. 


Sejujurnya bagi saya, kalau orang share semua benda pun, sebenarnya tade lah semua benda pun. Kita je rasa semua benda. Haaa faham tak? ๐Ÿ˜‚


Dan secara sejujurnya bagi saya, saya suka je tengok orang share life memasing dekat Whatsapp status tu. (Social media saya dah tak berapa aktif, so ws status jelah yang saya banyak tengok life orang).


Setiap kenalan saya berkongsi perkara yang berbeza-beza. 


Ada kenalan yang pagi petang siang malam share pasal bisnes. So kita tahu mungkin dia seorang workaholic. 

Ada kenalan yang share pasal proses ubah suai rumah dia. So kita tahu mungkin itu lah effort, masa, wang ringgit paling banyak dihabiskan. 

Ada kenalan yang sentiasa share pasal memasak. So kita tahu mungkin itu lah cara dia healing dalam rutin seharian. 

Ada kenalan yang kerap share kerinduan nya pada anak yang pergi dalam kandungan. So kita tahu mungkin dia masih belum sembuh dari duka mentalnya. 

Ada kenalan yang share aktiviti lariannya. So kita tahu mungkin dia sentiasa ingin capai perkara baru. 

Ada kenalan yang banyak share pasal kucingnya. So kita tahu mungkin itulah makhluk yang paling memberinya ketenteraman. 


Banyak lagi kalau nak list down. Tapi saya sentiasa tekankan perkataan ‘mungkin’ dalam ayat saya dekat atas. Sebabnya walaupun diorang macam share semua benda, tapi hakikatnya kita hanya tahu permukaan je. Dasarnya belum tentu kita tahu. 


Tapi yang paling penting kita tahu setiap dari kita tak sama background dan ujian hidup.

Jadi raikan lah perbezaan itu. Banyak benda yang kita boleh belajar dari perjalanan dan kisah hidup orang lain. 


Untuk saya secara peribadi, 

Saya pegang pada dua perkara ini since 2022. 


Satu— persetankan mulut orang. Maaf agak kasar ๐Ÿ˜… tapi kalau kita nak layan mulut orang, kita ada 7 billion manusia dalam dunia ni. Larat ke nak layan setiap satu? So, buat bodoh, dan senyum ๐Ÿ˜Š


Dua— Nak share life, silakan. Nak jadi silent reader pun, silakan. Which ever sides you are, PALING PENTING JAGA HATI. 

Nak share, jaga hati, takut sampai jadi show off. 

Nak jadi silent reader, jaga hati, takut sampai jadi iri. 

Hati kita ni paling mudah berbolak-balik. Harini kita lah terpaling tahajjud, esok mungkin keluar rumah pun tak pakai stokin. Harini kita lah terpaling no salt no sugar pada anak, esok mungkin siap order McD yang patut diboikot tu untuk bagi pada anak. 


Jadi yang paling sentiasa saya pesan pada diri — JAGA HATI.

Apa pun yang kita buat, JAGA HATI. 


Lagi sekali buat semua yang membaca, raikan perbezaan setiap dari kita. Tak perlu lah kita nak condemn cara orang, selagi orang tu tak melanggar hukum syarie. Okay?


Love,

- f. 



Restock bawang putih / garlic

Bawang putih pun nak buat cerita ye hahahah. 


So setiap kali beli bawang putih, memang ini lah rutin nya. 



Kupas sesiap. Basuh. Keringkan. Lepastu simpan dalam chiller. 


Kita tak pandai masak wakkk. Tapi kerja-kerja restock macam ni kita minatt. And dapat kurangkan masa memasak nanti. Just ambil je bawang putih dari peti, lepastu ketuk, cincang-cincang, masak. 


Yang ni beli 544g, RM5.43.

Dah kupas lupa pulak nak timbang semula berapa berat sebenar.

Timelapse kupas 50 minit. Lama betul ๐Ÿ˜‚


Next time nak try cara lain kupas bawang putih. 


Kaedah pantas 1 : click here  


Kaedah pantas 2 : click here  


Nanti kalau saya dah try, saya share ye. 


Love, 

- f.


Friday, January 26, 2024

Worth buying toddler toys


Antara mainan Sofea yang saya rasa berbaloi beli seawal anak usia 1 hari. 


Tapi saya beli ni tak silap masa Sofea sekitar 8 bulan. 


Masa tu memang budak tu tak pandai apa pun ๐Ÿ˜‚ 


Yang dia tahu, memusnahkan menara umi dia ๐Ÿคฃ Asal umi buat menara je, dia nak musnahkan. Lepastu masuk mulut ๐Ÿ™„


So kalau yang masih suka masukkan mainan dalam mulut, simpan dulu block yang kecik-kecik tu. Biarkan yang besar-besar. Lebih besar dari genggaman tangan dia. 


Sekarang ni Sofea dah 18 bulan. Tak sangka dah pandai skills stacking. Nanti tak lama lagi boleh tengok dia bina menara dengan proper pulak. Cepatnyaa besar anak umi sorang ni ๐Ÿฅน


Tapi part suka musnahkan menara orang tu masih ada ye sampai sekarang ni. Gelak-gelak dia bila dapat jatuhkan menara yang umi dia buat ๐Ÿ˜Œ


So, personally toys macam ni recommended sangat!


Saya beli ni dekat Shopee, dekat link ni ——> https://shp.ee/9xpw64n 


Tapi seller ni macam dah tak aktif sekarang. Korang boleh cari yang seangkatannya ๐Ÿ˜


Love,

- f. 

Thursday, January 25, 2024

Ikan kerisi

Ikan kerisi pun nak cerita ye. Gambar pun dah lah tak semengah ๐Ÿคฃ

Okayy ikan kerisi ni kategori ikan murah yang saya suka. 

Goreng kunyit, makan macam tu je dah syok. 



But pliss don jaj ikan kerisi goreng ku yang berminyak tu. Orang tak pandai masak kan, memang macam ni rupa dia ๐Ÿ˜…


So memandangkan ianya murah (gittewwww IANYAAA ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ),

dan juga sedap, saya introduce juga pada Sofea. Tapi tulaa, kena extra carefull asingkan tulang-tulang halus tu. Memang banyak berzikir, banyak berdoa lah masa nak asingkan isi ikan dengan tulang dia sebelum nak bagi sofea makan ikan kerisi ni.


Andddd, surprisingly Sofea pun suka! How I wish ikan ni tade tulang langsung. Senang, bagi je terus seketul tu ๐Ÿ˜‚


Okay sekian, berjaya menambah lagi entry pada hari ini ๐Ÿ˜‚


Love, 

- f.

Wednesday, January 24, 2024

Rutin harian dan jadual kerja rumah 2024

Orang kata Januari ni trial month. 


Jadi saya mulakan semangat tahun baru saya pada Februari ni ๐Ÿ˜‚


Moga-moga kekal rajin lah sehingga akhirnya ๐Ÿ’ช๐Ÿป 




Rutin harian dan jadual kerja rumah tu hanya lah sekadar guidelines. Ofc tak fix pun. Tapi sebab saya sejenis kena nampak depan mata, that’s why saya buat table siap, and tampal dekat dinding dapur. Senang! Mak-mak kan banyak habiskan masa dekat dapur (walaupun saya ni tak pandai masak ๐Ÿคฃ).


Lagi satu, target saya nak kurangkan main phone. Walaupun sebenarnya sekarang ni dah kurang sangat dengan social media. Tapi banyak habiskan masa main games dalam shopee. At the same time, scroll barang-barang dalam shopee seolah macam gaji suami tu 15k sebulan ๐Ÿ˜Œ 


Untuk jadual kerja rumah tu, ikutkan nak padatkan supaya setiap hari ada je kerja kena buat. Tapi disebabkan suami sekarang duduk unit kapal, tak selalu ada rumah, jadi rasanya better kena ada rest days. Jadi kalau isnin/selasa tu tak sempat buat, boleh swipe dengan hari lain, kan. 


Macam cuci toilet tu nampak macam rajin je kan setiap minggu nak cuci ๐Ÿ˜‚ Tapi sebenarnya saya tak cuci menyeluruh pun. Mungkin minggu pertama, cuci sinki. Minggu kedua, cuci mangkuk tandas. Minggu ketiga sental lantai bilik air. Minggu keempat sental dinding. So semua ni boleh buat sambil mandi je, tak perlu nak ambil masa lama, dan takde lah sampai tinggalkan anak main sorang dekat luar bilik air tu terlalu lama. Kan.


Bytheway, bulan 12 rituh dah buat dah rutin harian. Tapi waktu tu Sofea dua kali nap siang sehari. Sekarang Sofea dah towards satu kali nap siang. Jadi yang lama ni kita tepek sekali lah sini. Senang nak clear gallery dalam phone ๐Ÿคฃ 



Sekian, 

sekadar untuk menambah entry blog ๐Ÿ˜‚


Love,

- f. 


Ps: sebenarnya haritu baru lepas beli dust and mite vacuum. itu yang tetiba rajin nak buat jadual kerja rumah tuu supaya vacuum tu selalu guna, tade laa beli mahal-mahal tapi tak pakai ๐Ÿ˜‚