Thursday, August 20, 2015

7 Pesanan buat bakal Mahasiswa dan Mahasiswi di IPT, dan seangkatannya

Musim kemasukan pelajar baru dah kembali. Facebook group intake Universiti masing-masing pun sekarang dah dibanjiri dengan pelbagai soalan, seperti biasa.

Walaupun saya bukanlah pelajar tahun akhir, ataupun pelajar master, ataupun graduan Universiti, tetapi saya rasa tak salah untuk saya share beberapa nasihat, pesanan or pengalaman sebagai mahasiswi, kepada mereka yang bakal memasuki alam IPT terutamanya Universiti Putra Malaysia (kampus Serdang). *wink wink*


1.0 Jangan bebankan diri dan family dengan perkara remeh


Perkara remeh ni kebiasaannya berlaku masa nak buat persiapan sebelum pendaftaran. Nak kena prepare dokumen, pengesahan, gambar passport, pakaian yang bersesuaian, medical check up, etc. Yang ini sahaja dah ratus-ratus telan duit.

Even, belum apa-apa, belum tiba hari pendaftaran lagi dah kena bayar yuran Ringgit Malaysia Dua Ribu Plus Plus. *bergantung kepada Universiti masing-masing*

Tapi demi kita yang nak sambung belajar, nak mencapai impian dan cita-cita, ibu bapa sanggup berkorban. Nak bagi keselesaan untuk kita. Kalau boleh, diorang taknak kita fikir perkara lain bila dah start kuliah. Just fokus belajar.

Tapi over sangat lah kalau kita yang dah besar panjang ni tak boleh settle kan sendiri urusan urusan pendaftaran. Yang nak daftar belajar ialah kita, bukan ibu bapa.

Jadi, apa pun keperluan yang mengikut titik panduan peraturan Universiti, bukanlah alasan untuk membebankan keluarga. Kita dah besar panjang untuk bersikap rasional dan lebih tenang. Jangan runsing dengan perkara perkara yang remeh, seperti "berapa banyak nak kena cuci gambar passport?" "medical check up wajib buat kat government hospital ke?" "kena pakai apa masa hari pendaftaran?" "wajib ke kena beli basikal guna rebate basikal tu?" *okehh yang part basikal ni mungkin berlaku di Universiti Putra Malaysia je memandangkan kami UPM melancarkan green campus *woot woot*

So kembali kepada perkara remeh-temeh-semeh-femeh yang menjadi kebimbangan bakal mahasiswa/i nih, nasihat saya mudah. 

Bagi saya, saya mengamalkan konsep, andai saya anak orang kurang berkemampuan tinggal di hujung kampung di kawasan pedalaman yang tidak ada kemudahan untuk mengakses Internet, apa jeh yang menjadi rujukan saya selain Buku Panduan Pendaftaran yang pihak Universiti sendiri sediakan?

Panduan Pendaftaran tuh sebenarnya dah habis lengkap pihak U terangkan. Just follow je arahan tu. Kalau ditulis "sila pakai baju putih dan kain hitam bla bla bla masa hari pendaftaran" , means nak taknak hari nak daftar nanti follow lah pakai baju putih kain hitam bla bla.
Kalau ditulis "sila bawa baju putih kain hitam bla bla bla bersama..." , means hari pendaftaran nanti tak kisah nak pakai baju ape pun. Tapi dah nama hari pendaftaran kan, so mostly orang akan pakai baju yang boleh beri good first impressions.

Kalau ada perubahan, cakap jelah yang saya taktahu menahu. Kalau staf Universiti marah kata "tak check Facebook or website Universiti" , then kalau saya lah, saya marah jelah staf tu balik. "Encik/Cik ingat saya ni kaya sangat nak ada wifi kat rumah boleh check website Universiti selalu!" Lulsss tak perlu lah marah sebenarnya, kita berhemah dah cukup :)

Mana yang berkemampuan ada akses Internet, boleh lah tanya kat group intake Facebook universiti masing-masing, memandangkan memang itu tujuannya group tu dibuat supaya memudahkan mereka yang keliru, kurang faham dan membuat persediaan awal yang melebih-lebih (especially gegirls) lulss


Tak perlu beriya sangat deh nak layan benda kecik remeh.

2.0 Jadi mahasiswa/i yang berjimat cermat, jangan boros!


Dalam dunia U, mahasiswa/i dianggap seperti seorang yang belajar sambil bekerja sambilan dengan gaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan tak termasuk elaun tambahan. Nak ceritanya, kerja kita kat U ni asyik keluar-masuk-keluar-masuk bank untuk keluarkan duit. *upamanya lahh luls*


Percayalah, even kita dah bayar duit RM2000 Pluss Pluss kat Universiti yang merangkumi semua yuran berkaitan, Once awak masuk je dunia IPTA, awak akan involve dalam baaanyaaakk aktiviti/program secara sukarela atau paksarela.

Bila dah join tu, duit mengalir macam air. Bayar RM30 untuk program itu, RM50 untuk program ini, RM20 untuk baju program A, RM35 untuk program B, RM25 untuk baju program C. Fuhhh babe rasa nak menangis tengok duit kat dalam akaun. Sikit sikit hilang macam tu jeh ㅠ_ㅠ

Tapi, masa ini lah kita nak belajar macam mana nak manage pengurusan kewangan kita dengan baik. Masa ni, tanggungan kita masih lagi pada tahap minimum. Tapi kalau you fail nak manage kewangan you, then you boleh agak macam mana you kerja nanti. Gaji masuk jeh dah terus berjoli. Hujung bulan, dah pokai.

So, rancanglah perbelanjaan kewangan anda dengan sebaik mungkin. Minimumkan perbelanjaan. Kalau rajin nak masak sendiri, masaklah. Tapi BEWARE! Memasak adalah dilarang di dalam kebanyakan kawasan kolej kediaman. Tapi kalau untuk survival, dengan pinjaman PTPTN tak dapat banyak, nak mintak parents kat kampung bank in duit rasa serba salah, so pandai-pandai hidup lah. Bila ada spotcheck or audit ke, pandai-pandai lah simpan okeh!

Cara saya, setiap kali duit PT masuk, awal-awal lagi saya transfer few hundreds Ringgit dalam akaun bank yang lain. Saya jadikan saving untuk masa depan, atau emergency cases. So baki yang ada itu lah perbelanjaan untuk saya sepanjang satu semester. Tapi kena disiplin. Manage betul-betul duit tu. Kalau boleh jangan sentuh pun duit saving kita. TAU?! heeee


3.0 Aktifkan diri dalam program/persatuan


Memang betul bila join program/persatuan, boleh menyebabkan bajet perbelanjaan kita sepanjang semester boleh lari. Tapi itu bukan alasan.

Sebab melalui program/persatuan, korang dapat belajar banyak benda. Of course, yang ketara adalah soft skills. Soft skills bukannya boleh dibentuk dalam tempoh yang singkat tau macam sehari sebelum nak pergi interview kerja boleh latih diri kita dengan kemahiran insaniah (KI), no. Even baca lah 10 ribu buku KI sekalipun takkan sama hasilnya dengan latihan secara praktikal. So, join lah aktiviti/program/persatuan sepanjang 3 atau 4 tahun pembelajaran korang di U.

Tak perlu pun join semua persatuan. Satu pun cukup as long as awak aktif participate. Cari lah mana-mana yang berkenan di hati dan kena di jiwa. Tak kisah sama ada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , atau Sekretriat Rakan Muda (SRM) , atau Kelab Perkasa Pahang (PERMADA) , atau Kelab Penyayang , atau apa-apa sekalipun, yang penting awak join atas sebab awak nak dapatkan ilmu. Jangan join semata-mata sebab nak have fun. Tang ni lah boleh buat budget kita lari sebab nak berseronok je.

Mungkin ada yang kata, "aku masuk U bukan nak bersosial, tapi nak belajar" , "mak ayah aku hantar aku ke U suruh belajar, bukan join program sana program sini" . Ya, betul. Even Dr Muhaya sendiri dahulunya masa zaman belajar menitikberatkan soal pelajaran daripada aktif berpersatuan. Tapi awak yakin ke awak boleh fasih berkata-kata, lembut berbicara, dan petah berilmu seperti Dr Muhaya? Ini lah yang saya maksudkan join persatuan untuk dapatkan ilmu. Ilmu tak semestinya mengenai course yang kita belajar. Ilmu tu dari pelbagai aspek bro.

Tapi kalau awak memang dah berkemahiran hebat seperti Dr Muhaya, Tun Dr. Mahathir, takpe lah kalau taknak join. Takde paksaan pun. And takde istilah orang yang tak aktif koko, takde peluang untuk dapat kerja. Jangan salah faham ye, rezeki tak bergantung kepada aktifnya kita berpersatuan, tapi berpersatuan itu mampu membentuk awak menjadi seorang yang lebih cemerlang.

Untuk saya, saya pilih untuk berpengakap. lulss okeh ni peluangnya untuk saya promote persatuan saya kahkah okeh over. Persatuan pengakap dalam UPM (atau IPTA) dipanggil Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Seronoknya saya tentang Pengakap ni sebab ia ada kat mana-mana negara, seluruh dunia. So kalau korang pandai and tahu procedure and sanggup habis duit sikit, boleh fly ke luar negara join program dengan scout kat luar sana. Tapi kalau tak pon, sekitar Malaysia pon cukup dah. IPT-IPT lain pon ada juga KLKM ni, so boleh cooperate nak buat program sama-sama :)


Salah satu aktiviti "underground" saya dengan beberapa geng KLKM UPM adalah,
panjat Bukit Broga masa study week. *luls study week tu yang tak menahan* [here]


4.0 Sentiasa optimis, dan berfikiran positif :)


Kenapa kena optimis & berfikiran positif?

Firstly, kebiasaannya orang yang berfikiran positif ni jarang sakit or demam, or whatsoever. Bila badan sihat, senang korang nak belajar.

Dalam dunia U, awak tertinggal satu kuliah, awak rugi banyak perkara. Belum lagi pasal markah kehadiran. Tak cukup kehadiran tak boleh sit for exam. Itu yang payahnya.

And lecturer saya ada pesan, "satu jam di kuliah bersamaan dengan 3 jam study sendiri". So pentingnya kita untuk hadir ke kuliah walaupun kuliah hari tu hanya satu jam.

Keduanya, bila kita optimis dan berfikiran positif, kita akan cenderung pandang sesuatu perkara itu sebagai peluang.

Ini penting sangat sebab dalam hidup ni kita berdepan banyak sangat cabaran dan ujian. Tapi yang membezakan awak dengan orang lain adalah, bila benda buruk berlaku orang lain akan down. Tapi awak jadikannya sebagai peluang. *wink wink*



Ketiga, seseorang yang optimis ni kebiasaannya jenis yang tenang. Takde gelabah tak tentu pasal bila korang sensorang jeh dalam kuliah tu. Ini berlaku mungkin sebab korang tak sempat nak daftar subjek dalam kelas yang sama dengan geng korang. Bila nak daftar, kuota dah penuh, so menangis lah korang masuk kuliah takde geng.

Tapi, kalau korang optimis, korang boleh survive sebenarnya. Macam mana survive nye korang daftar masuk U sensorang tak perlu lah nak ajak geng geng sekolah lama korang suruh teman, macam tu jugak lah korang boleh survive belajar tanpa geng dalam kuliah. Hidup dalam U ni sebenarnya, sendiri-sendiri je bro sis. Kawan-kawan adalah pemudah cara. Takde kawan susahlah korang nak tahu tips ke, nak fahamkan apa yang tak faham ke. Tapi takde lah sampai bergantung hidup dengan kawan. 

Last but not least, sentiasa lah optimis dengan apa situasi sekalipun sebab hidup korang akan lebih bahagia.

Saya ada salah satu pengalaman bagaimana bila saya optimis, saya rasa lebih bahagia. Kakak second year sebelah bilik saya pernah lah ajak saya berkali-kali untuk berjemaah. Tapi tiap kali tu jugak lah saya bagi alasan katanya nak bersiap cepat pergi kelas. Alasan tu sebenarnya tak tipu pun, memang nak bersiap cepat sebab ada kuliah. Tapi dalam masa yang sama, saya bimbang kalau solat berjemaah, saya kena jadi imam. Mampos keghing lah saya sebab saya memang takde ilmu & pengalaman nak jadi imam ni huhuhu. Tambah pula masa tu saya tak hafal surah lepas solat adushhh. Sampai lah bila study week, dia ajak lagi sekali nak berjemaah and dah nama study week kan so memang takde alasan lah kata busy, so saya pon "orait" setuju. And dalam kepala saya masa tu, "Allah mungkin nak tunjuk saya something nih, yes might be". Sepanjang haritu, setiap solat fardhu kitorang berjemaah sama, and dia yang imam nya *fuhhh* lulsss.

And guess what, lepas dari tu saya mula hafal doa lepas solat. Selama ni bila turun surau nak berjemaah kita dengar imam laki baca doa rasa biasa je. Tapi bila akak sebelah bilik ni baca, terdetik lah dalam hati kalau dia perempuan boleh, why not saya pon boleh? So dengan berbekalkan pendengaran dan ingatan ayat-ayat yang akak tu baca, saya pon google lah doa lepas solat :)

Mungkin ini sebabnya kenapa Allah hadirkan jiran sebelah bilik yang tak henti ajak berjemaah. Supaya saya berusaha lebih nak buat banyak pahala ^^


5.0 Terokai dunia. Dengan batasan.


Zaman U ni lah masa yang sesuai nak travel sana travel sini. Sesetengah orang pelik kenapa students U yang takde duit and kebanyakan buat pinjaman PTPTN boleh buat trip sana sini. "Tak reti nak berjimat ke?" Memang dah lumrah kot aktiviti macam ni dalam kalangan mahasiswa/i.

Bagi saya takde salah. And digalakkan sebenarnya. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. CUMA! Biarlah dengan batasannya.

Batasan tempat. Batasan duit. Batasan pergaulan. Tak perlu travel jauh-jauh. Cari yang dekat okeh dah. Tempat bukan isunya. Yang penting what are the quality things you gain there.

Tapi "terokai dunia" tak bermaksud travelling semata-mata. It could be anything!

Kadang-kadang pergi jogging waktu petang pun dikira meneroka dunia.

Senang kata. Jangan terlalu terperap dalam bilik. Keluar! Dan lihatlah dunia! *nyanyi ciked lagu Assalamualaikum dunia*


Gambar ni diambil di Bukit Ekspo UPM, awal tahun 2014.
Kalau musim bunga, memang cantik tau tempat ni.


6.0 Bentuk diri menjadi yang terbaik


This is the best time for you to build yourself and your identity.

Sebabnya, di Universiti atau IPT korang akan berjauhan dengan family, dan dikelilingi dengan rakan-rakan. Masa tu kalau korang terkena kejutan budaya, family takde di sisi nak bagi nasihat or teguran, and kawan-kawan pun mungkin sama-sama culture shock atau tak berani nak tegur member sendiri. So yang ada hanya lah diri korang sendiri dan Yang Esa.

Masa ini lah yang terbaik untuk korang bina kekuatan diri korang. Jadi seorang yang mempunyai insaniah yang cemerlang. Korang buat sesuatu perkara bukan atas sebab paksaan atau sebab family suruh, tapi korang sendiri yang pilih. Jadi, korang kena pandai cedok yang baik, dan benamkan yang buruk dalam-dalam.

Bina lah benteng dan tembok yang buat orang kagum melihat korang. Especially bila graduate. Kalau boleh kita hapuskan pepatah "Universiti adalah kilang". Tak bangga ke babe kalau bakal majikan puji kita, "Ohhh graduan UPM bagus rupanya". kehkeh


Tapi jangan sekadar benteng je tau. Tiang dan tapak pon kena kuat. Dengan cara dekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa :)


Salah satu cara nak bina kekuatan adalah dengan pergi SKYTREX! lulsss


7.0 Sayangi Universiti sepertimana sayang family


Of course lah kita kena sayang Universiti kita, kalau tak siapa lagi kan. lulsss

Tapi korang kena tahu, 3 atau 4 tahun korang di Universiti, ke mana sahaja korang pergi, nak atau taknak korang tetap akan bawa nama Universiti. Malu lah babe kalau dekat facebook confession kutuk kutuk Universiti sendiri tapi bila jumpa sedara mara, dengan bangganya kata belajar kat U fulan fulan, tumpang populariti U.

Mungkin bila korang start masuk U, korang akan rasa ketidakpuasan hati dengan itu dengan ini. Standard lah tuh, kat mana-mana ada kekurangannya. Nak suarakan ketidakpuasan ada caranya. Jangan sampai membenci.

Sebabnya, apa-apa yang berlaku pada korang sepanjang tempoh pembelajaran, orang-orang di U korang lah yang tahu dan boleh bantu korang dahulu. Tak kira lah member ke, pakcik guard, staf U ke, or staf kolej ke. Diorang yang ada bersama korang sepanjang 3-4 tahun ni. Baru lah kemudiannya inform ke family.

Kalau tak setuju or bantah dengan sesuatu perkara itu hak masing-masing. Tapi jangan sampai bash kutuk caci maki membenci tau!

Zaman Asasi. Hujung-hujung sem. Bergambar di depan Dewan Besar.

Cukup kot 7 pesanan umum untuk bakal mahasiswa dan mahasiswi nak berdepan dengan cabaran dunia Universiti.

Sebelum kita tutup pembacaan kita dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr,
nahhh hakak nak belanja satu video kenang-kenangan hakak dengan kawan-kawan Asasi hakak. KAHKAHKAH




[link here]

2 comments:

  1. Thank you Kakak nasihat yang sangat bagus 👍saya ni excited bercampur takut nak masuk UPM ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi 😄 All the best mula belajar nanti. Tambah-tambah sekarang tengah Covid-19 dan musim PKP, lagi mencabar 😊

      Delete