Saturday, August 8, 2020

Kalau dah biasa...

Selalu kita dengar fitness coach pesan, "You are what you eat".

Tak bermaksud bila kita makan burger, kita adalah burger 😆 Bukan.
Maksudnya adalah, burger adalah pemakanan yang tidak seimbang, yang tinggi dengan lemak dan kolesterol. Jadi bila kita makan burger selalu, badan kita akan menerima lemak dan kolesterol lebih dari sepatutnya. Bila terlalu tinggi kolesterol, badan kita terdedah dengan berbagai jenis penyakit berisiko, contohnya sakit jantung.

Okay I bukan nak cerita bab kesihatan. Tapi I tertarik sangat dengan frasa "You are what you eat", sehinggakan I sedar sebenarnya it can be extended more than that — You are what you did.

Konsepnya sama macam "You are what you eat". Apa yang kita makan, itulah yang kita sumbatkan dalam badan kita. Sihat yang kita makan, sihat lah badan kita. Sakit yang kita makan, sakit lah badan kita.

You are what you did, melibatkan antara perbuatan dan rohani. Sihat yang kita amal, sihat lah rohani kita. Sakit yang kita amal, sakit lah rohani kita.

So I terfikir, what I did along the journey that makes me went so far? — Solat tak jaga. Masa tak hargai. Lagha dengan hiburan. Kesihatan diabai. Terlalu banyak sebenarnya untuk ditelan hakikat diri seorang Farahchoi.

Then, I realised that I did so much of useless things in my life. Useless sebab semua benda tu bila dimuhasabah berkali-kali, Allah tak redha pun. Malah ada perkara yang Allah murka, but I did. That's where I think it's about time to move on to the next phase. Dah berkali-kali Allah berikan hidayah yang I pinta dalam doa, tapi bila dapat, sesal harini, esok layan keinginan semula. Selagi hidup memang lah Allah boleh makbulkan doa kita. Tapi kalau kita mati sebelum sempat menghargai segala hidayahNya, tidakkah satu kerugian besar sebagai seorang Muslim dan Mukmin.

Haritu bila I nekad to dump aside all kind of music, tak kira Kpop, Jpop, Malay pop or English songs, I uninstall all music application dalam phone. I rasa bebas to be honest, kurang satu beban di dada. Later sedar tak sedar, while I'm cooking, while I'm doing dishes, or even going to sleep, I hummed some music that I used to listen. Kadang tu lagu lama-lama like 10-15 years ago. I was like — WOW! Kuatnya benda ni melekat dalam jiwa! I stopped listening to music already. Tapi badan I automatically 'producing' music to my brain. Then I tertanya, kenapa bila mengaji hari-hari since kids, bila I stop mengaji sebab terlalu lalai dengan dunia, tade pulak badan I automatically hummed to Quran verse that I read when I was kid?!

That was again I realised betapa sukarnya kita sebagai manusia untuk melawan nafsu, dan melawan godaan syaitan. Nafsu obviously serving us with things that are nice and delightful. That's why it's hard to resist nafsu. Because we loved it. Music is delightful. Berikhtilat is delightful. And it is nice! To listen to music while enjoying the scenery. To openly in friendship with some opposite gender. Wasn't it nice?

But we forgot the fact that — nice doesn't mean good.
Listening music is nice. But it isn't good. But iblis mengaburi jiwa kita that music is good.
Mengaji is good for our soul. But iblis mengaburi jiwa kita that mengaji is not good.

That's how — You are what you did. 
Jiwa you dah biasa dengan music. Rasa tak kena kalau tak dengar satu dua lagu. Maka terjadi lah beribu jenis alasan untuk membenarkan hati melayan perkara yang Allah murka.

So, slow down. Buang satu-satu. Later we realised how much the impact it gave to our life.
Tapi jangan tangguh-tangguh.

Sebab badan kita secara auto akan lazimi perkara yang kita lazimkan. Bila dah biasa, memang sukar nak buang. Macam kotoran degil. Kalau tak hari-hari basuh, kalau biar bertangguh, memang susah nak hilang. Bimbang kotoran tu memang abadi kekal. Dan mati dalam keadaan apa yang kita lakukan — Nauzubillah, moga-moga dijauhkan.

Lainlah kalau badan dah biasa lazimi solat dan zikir, nak tinggalkan sekali pun hati rasa tak kena — Subhanallah, itu memang kita dambakan.

Tapi,

Kalau badan dah biasa dengan rokok?
Kalau badan dah biasa makan fastfood?
Kalau badan dah biasa dengan benda lagha?
Kalau badan dah biasa mensia-siakan waktu?
Kalau badan dah biasa meninggalkan solat?
Kalau badan dah biasa memandang aurat?
Kalau badan dah biasa mengetepikan ikhtilat?
Kalau badan dah biasa mencintai perhatian manusia?
Kalau badan dah biasa melihat yang bukan mahram?
Kalau badan dah biasa berkata kotor?
Kalau badan dah biasa memegang yang haram?
Kalau badan dah biasa mempamerkan kemurkaan?

Tidak hairan kalau terwujud keperibadian, membenarkan yang salah, menafikan yang betul.
 

F. — 8 Ogos 2020


B A N G K I T L A H

Kau
Yang suci dari kotor
Yang ilmunya di atas gading
Yang baiknya dicemburui malaikat

Kau
Yang pilih jalan lumpur
Yang beramal dengan ingin
Yang memilih rupa segalanya

Kau
Yang menaiki jejantas tinggi
Yang gusar dihanyut arus
Yang berdiam seribu bahasa

Kau
Yang jiwa sentiasa membara
Yang perbaiki setiap laku
Yang berkurung di dalam gua

Kau
Yang caranya lebih kata
Yang rasanya itulah terdaya
Yang terlalu lemah dinoda

Adakah kau sedar

Yang maksum adalah Rasul
Yang alpa adalah manusia
Yang keji adalah iblis
Yang mulia adalah hambaNya
Yang mengadili adalah Satu

Kau
Bangkitlah

F. — 20 Julai 2020

L A Z I M I

Sedangkan cantik itu subjektif
Tapi pasaran menetapkan kesamaan.

Sedangkan pelangi tujuh warnanya
Tapi putih tetaplah teratas.

Sedangkan kini 7 billion bernyawa
Tapi dikira hanya yang cerah.

Sang guru berlelah membetulkan
Sang murid mengikut keramaian.

Sedangkan cantik itu subjektif
Sedangkan ramai yang tahu
Sedangkan sentiasa diingatkan

Tapi sukarnya menungkah arus
Akhirnya redha melazimi diri

Sedangkan.

F. — 18 Julai 2020