Untuk menambah konten yang simple-mimple, umi pun screenshot laa 100 perkataan pertama Sofea dekat sini 😂
Alhamdulillah.
Dalam pada letih nak bukak mulut hari-hari 😅, umi gigihkan jua demi menambah lebih banyak lagi kosa kata dalam bank perkataan Sofea.
So here it is.
Alang tu, umi catat jugak ayat yang Sofea boleh sebut dua atau lebih perkataan.
So what’s next?
Entah lah. Umi takde plan pun sebenarnya ni. Cuma planning kalau boleh 100 perkataan pertama atau 2 tahun pertama, sebolehnya ajar dia Bahasa Melayu dulu.
Macam pink, sebut merah jambu.
Tapi dah achieve 100 words ni, memang ajar ‘pink’ jelah 😂
Love,
— f.
Sofea, 1 tahun 11 bulan 11 hari, Sandakan.
No comments:
Post a Comment