Monday, June 24, 2024

Aktiviti dengan anak #001

Slot baru, episod 1 😂


Dia sama konsep macam DIY Toy tu. Cuma bezanya, diy toy tu, boleh main berulang-ulang, tanpa kena buat semula. 


Kalau ‘aktiviti dengan anak’ ni, mostly one-off try. Lepastu nak main lagi, kena prep lagi bahan. 


Tapi dua-dua benda tuu, kita as parents kena participate and involved sekali dengan anak, baru anak rasa seronok.


So kita straight forward. 


Aktiviti 001 

— Jauhkan kotoran itu! (Kemaennn tajuk aktiviti punnn 🤣)


Target umur : 2tahun+ 


Bidang Perkembangan : Deria & Pemahaman Persekitaran 



Bahan-bahan diperlukan : 

- Pinggan polistrin putih (or mana-mana pinggan plastik boleh) 

- Serbuk lada hitam 

- Serbuk lada putih 

- Sabun basuh tangan (atau apa-apa sabun) 

- air 


Langkah-langkah : 

1. Isi air ke dalam pinggan sehingga hampir penuh. 

2. Taburkan serbuk lada hitam dan lada putih. 

3. Sapukan sabun ke jari atau tapak tangan anak. 

4. Perlahan-lahan celupkan jari atau tekapkan tapak tangan anak yang bersabun ke dalam pinggan yang ‘kotor’ itu. 

5. Boleh terangkan secara ringkas kepada anak. Sesuaikan laras bahasa mengikut usia anak. 

6. Boleh ulang 2-3 kali, dan boleh juga ulang aktiviti ini secara berkala. 





Catatan : 

- Saya buat dekat bilik air, time mandi, sebab malas nak hadap messy dekat luar. 

- Aktiviti ni inspirasi dari IG. Tapi lupa nak save link.

- Sofea 1 tahun 11 bulan. 


Love,

— f.

2 comments:

  1. Eh, ada kekotoran la dekat sini. Kalau kotor, kita kena bersihkan. Sini umi letak sabun dekat tangan sofea, sebab sabun dapat membersihkan kotoran. Okay dah letak sabun. 1 2 3 kotoran lariii!!!! Kotoran tak suka sabun, kotoran lari.

    And then tiap kali mandi/basuh tangan boleh relatekan mandi kena pakai sabun barula bersih, barula kotoran lariiii. Yeayyyy

    Tq umi dan sofea bagi ideaaaa

    ReplyDelete