Wednesday, January 24, 2024

Rutin harian dan jadual kerja rumah 2024

Orang kata Januari ni trial month. 


Jadi saya mulakan semangat tahun baru saya pada Februari ni πŸ˜‚


Moga-moga kekal rajin lah sehingga akhirnya πŸ’ͺ🏻 




Rutin harian dan jadual kerja rumah tu hanya lah sekadar guidelines. Ofc tak fix pun. Tapi sebab saya sejenis kena nampak depan mata, that’s why saya buat table siap, and tampal dekat dinding dapur. Senang! Mak-mak kan banyak habiskan masa dekat dapur (walaupun saya ni tak pandai masak 🀣).


Lagi satu, target saya nak kurangkan main phone. Walaupun sebenarnya sekarang ni dah kurang sangat dengan social media. Tapi banyak habiskan masa main games dalam shopee. At the same time, scroll barang-barang dalam shopee seolah macam gaji suami tu 15k sebulan 😌 


Untuk jadual kerja rumah tu, ikutkan nak padatkan supaya setiap hari ada je kerja kena buat. Tapi disebabkan suami sekarang duduk unit kapal, tak selalu ada rumah, jadi rasanya better kena ada rest days. Jadi kalau isnin/selasa tu tak sempat buat, boleh swipe dengan hari lain, kan. 


Macam cuci toilet tu nampak macam rajin je kan setiap minggu nak cuci πŸ˜‚ Tapi sebenarnya saya tak cuci menyeluruh pun. Mungkin minggu pertama, cuci sinki. Minggu kedua, cuci mangkuk tandas. Minggu ketiga sental lantai bilik air. Minggu keempat sental dinding. So semua ni boleh buat sambil mandi je, tak perlu nak ambil masa lama, dan takde lah sampai tinggalkan anak main sorang dekat luar bilik air tu terlalu lama. Kan.


Bytheway, bulan 12 rituh dah buat dah rutin harian. Tapi waktu tu Sofea dua kali nap siang sehari. Sekarang Sofea dah towards satu kali nap siang. Jadi yang lama ni kita tepek sekali lah sini. Senang nak clear gallery dalam phone 🀣 



Sekian, 

sekadar untuk menambah entry blog πŸ˜‚


Love,

- f. 


Ps: sebenarnya haritu baru lepas beli dust and mite vacuum. itu yang tetiba rajin nak buat jadual kerja rumah tuu supaya vacuum tu selalu guna, tade laa beli mahal-mahal tapi tak pakai πŸ˜‚ 

No comments:

Post a Comment