Monday, January 29, 2024

Review : Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10

Ceritanya semalam, semangat duk bukak cadar, nak vacuum katil. 

Sekali baru perasan, Ahad hujung bulan kan rutin saya cuci microwave ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️ 


Boleh refer post ni pasal jadual kerja rumah. Click here


Tapi takpe la, kalau tak, tak jadi lah entry harini ๐Ÿ˜‚ Lagipun rutin tu boleh swap next week.


Sebenarnya memang dah lama dah nak ada vacuum khas untuk tilam, sofa, karpet. Kali ni baru ada rezeki. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป



Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10 ni saya beli dekat Shopee Russell Taylors official store.


Saya beli waktu promo, dapat harga RM 118.91, termasuk shipping ke Sabah dan extended warranty sehingga 12 bulan. 



Masa mula-mula dapat ni, suami yang rasmikan. Habis semua dia test. Dekat tilam, dekat karpet ๐Ÿ˜‚ katanya okay. Sedutan kuat ๐Ÿ‘๐Ÿป


Semalam baru saya dapat merasmikan ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป


Wayar nya panjang, bagi saya. Tak perlu extension, saya boleh vacuum  keseluruhan katil queen saya direct dari plug dekat dinding. 


And yes, sedutan dia kuat. Puas hati nak vacuum. 


Memandangkan dia ada uv-ray, untuk keselamatan kita, uv tu hanya activated kalau vacuum tu diletakkan rata atas permukaan tilam. Kalau kita tunggang terbalikkan vacuum tu masa tengah on, uv tu tak activated. Macam mana nak tahu? Sebab ada lampu. Kalau activated, lampu dia on. Kalau tak activated, lampu dia off. Sesuai laa untuk mak-mak macam saya bila nak vacuum tu sentiasa ada budak kecik menempel ikut sama kacau ๐Ÿ˜‚ Sofea ni bukannya takut vacuum. Dari dia start merangkak, bila umi dia on vacuum, lajuuu je dia kacau umi dia ๐Ÿ˜Œ



Untuk bersihkan habuk-habuk dan kotoran dari filter vacuum tu pun senang je. 



Bukak dia punya container habuk tu, lepastu boleh cabut dah filter dia. 



Filter tu pun boleh ceraikan dan basuh ๐Ÿ˜ Ini part yang saya suka! Nasib boleh basuh, sebab dekat filter BANYAK GILER habuk dan kotoran. Tapi saya lupa nak snap gambar sebelum basuh. Excited sangat nak cuci kan ๐Ÿ˜‚ Basuh pun tak lama. Tak perlu nak lidi-lidi bagai. Tapi make sure kasi bersihkan bahagian celah-celah yang saya dah arrow kan tu. Situuu yang banyak gila habuk dan kotoran ๐Ÿคฎ



Rugi pulak tak amik gambar sebelum dan selepas. Susah nak tunjuk perbandingan dia. 


Overall, Russell Taylors Dust Mite Vacuum VM-10 memuaskan hati saya buat masa ni. Harga masih dalam kategori marhaen untuk performance yang saya ceritakan tadi.


Kalau korang masih rasa mahal, boleh bayar guna SPAYLATER. Saya pun guna SpayLater je wakk. Saya buat 3 bulan. So setiap bulan dalam less RM 50, kira okay lah kan. 


Tujuan saya beli ni sebab haritu badan Sofea habis naik kesan gigit-gigit gatal. Kesiannn. Teruk area badan dia. Taktau lah apa punca, yang pasti daripada katil. Sebab time bangun tidur je naik kesan gigit tu. So saya ikhtiar beli ni dulu. Next time ada rezeki lebih, mungkin boleh cari vacuum sedut air tumpah pulak. Sebab Sofea pun jenis tidur dengan botol susu. Mungkin susu-susu dia ada tumpah dekat tilam, itu yang jadi punca gatal tu. 


Sekian, untuk harini. Semoga Allah bantu saya besarkan Sofea sebaiknya, dan semoga Allah bantu urusan seharian kalian juga ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Love,

- f. 

No comments:

Post a Comment