Friday, January 5, 2024

Productive mother

Apa sebenarnya definisi seorang ibu yang produktif?

Kalau Google maksud produktif ni adalah membuat atau menghasilkan sesuatu yang dalam kuantiti banyak atau besar. 


Jadi adakah kalau ‘produktif mother’ makna nya membuat atau menghasilkan banyak kerja dalam satu masa?


Tapi tahu kan kerja seorang ibu ni tiada cuti, dan tiada rehat? Bekerja 24 jam sehari dan 365 setahun. Jadi macam mana nak jadi ibu yang produktif kalau seorang ibu itu adalah manusia yang ada sisi kelemahannya. 


Entah laa, rasa macam bercanggah. 


Nak cakap pasal produktif ni, kalau sembang pasal machine atau AI boleh lah kan? Tapi machine pun tak on 24 jam. Ada masa kena ‘cool down’ jugak. 


Ini kan manusia. 


Jadi, bagi saya, saya prefer untuk anggap produktif untuk seorang ibu adalah berjaya membuat sesuatu perkara dengan tenang.


Seperti ketika anak tidur, seorang ibu dengan tenangnya dapat membuat apa sahaja kerja yang mungkin tertangguh sebelum ini. 


Ia boleh jadi memasak. 

Atau membalas whatsapp. 

Atau bermain candy crush. 

Atau mandi dan mencantikkan diri. 

Atau mengemas rumah. 

Atau menelefon sahabat. 

Atau tidur bersama anak di sisi. 


Apa sahaja yang sangat diperlukan pada ketika itu, yang hanya dapat dicapai dengan tenang tanpa kesukaran dan kesulitan. 


Itu lah produktif untuk seorang ibu.


Photo credit to IG : babylanguage


Love,

- f.

No comments:

Post a Comment