Saturday, January 27, 2024

Raikan perbezaan

Sejak ada anak ni, kerap jumpa orang share pasal tak perlu nak cerita semua benda dekat sosial media. 


Mungkin sebab dah dalam circle mak-mak. Mak-mak kan ‘terlebih’ ada masa nak tengok life orang ๐Ÿ˜…

Entah lah ๐Ÿคท๐Ÿป‍♀️ Since 2022, sampai lah sekarang, memang akan ada orang up status macam tu. 


Sejujurnya bagi saya, kalau orang share semua benda pun, sebenarnya tade lah semua benda pun. Kita je rasa semua benda. Haaa faham tak? ๐Ÿ˜‚


Dan secara sejujurnya bagi saya, saya suka je tengok orang share life memasing dekat Whatsapp status tu. (Social media saya dah tak berapa aktif, so ws status jelah yang saya banyak tengok life orang).


Setiap kenalan saya berkongsi perkara yang berbeza-beza. 


Ada kenalan yang pagi petang siang malam share pasal bisnes. So kita tahu mungkin dia seorang workaholic. 

Ada kenalan yang share pasal proses ubah suai rumah dia. So kita tahu mungkin itu lah effort, masa, wang ringgit paling banyak dihabiskan. 

Ada kenalan yang sentiasa share pasal memasak. So kita tahu mungkin itu lah cara dia healing dalam rutin seharian. 

Ada kenalan yang kerap share kerinduan nya pada anak yang pergi dalam kandungan. So kita tahu mungkin dia masih belum sembuh dari duka mentalnya. 

Ada kenalan yang share aktiviti lariannya. So kita tahu mungkin dia sentiasa ingin capai perkara baru. 

Ada kenalan yang banyak share pasal kucingnya. So kita tahu mungkin itulah makhluk yang paling memberinya ketenteraman. 


Banyak lagi kalau nak list down. Tapi saya sentiasa tekankan perkataan ‘mungkin’ dalam ayat saya dekat atas. Sebabnya walaupun diorang macam share semua benda, tapi hakikatnya kita hanya tahu permukaan je. Dasarnya belum tentu kita tahu. 


Tapi yang paling penting kita tahu setiap dari kita tak sama background dan ujian hidup.

Jadi raikan lah perbezaan itu. Banyak benda yang kita boleh belajar dari perjalanan dan kisah hidup orang lain. 


Untuk saya secara peribadi, 

Saya pegang pada dua perkara ini since 2022. 


Satu— persetankan mulut orang. Maaf agak kasar ๐Ÿ˜… tapi kalau kita nak layan mulut orang, kita ada 7 billion manusia dalam dunia ni. Larat ke nak layan setiap satu? So, buat bodoh, dan senyum ๐Ÿ˜Š


Dua— Nak share life, silakan. Nak jadi silent reader pun, silakan. Which ever sides you are, PALING PENTING JAGA HATI. 

Nak share, jaga hati, takut sampai jadi show off. 

Nak jadi silent reader, jaga hati, takut sampai jadi iri. 

Hati kita ni paling mudah berbolak-balik. Harini kita lah terpaling tahajjud, esok mungkin keluar rumah pun tak pakai stokin. Harini kita lah terpaling no salt no sugar pada anak, esok mungkin siap order McD yang patut diboikot tu untuk bagi pada anak. 


Jadi yang paling sentiasa saya pesan pada diri — JAGA HATI.

Apa pun yang kita buat, JAGA HATI. 


Lagi sekali buat semua yang membaca, raikan perbezaan setiap dari kita. Tak perlu lah kita nak condemn cara orang, selagi orang tu tak melanggar hukum syarie. Okay?


Love,

- f. 



No comments:

Post a Comment