Monday, January 8, 2024

DIY-activity for toddler

Permulaan untuk 2024. 


Learning toys buatan sendiri. Simple and minimal budget. But please excuse the childish editing 😂 Ada entiti yang tidak sabar sudah menunggu di tepi untuk bermain 🤣



Saya cedok idea dari satu page di Instagram. Boleh rujuk link ni : IDEA ASAL.


Sejujurnya saya rasa kalau buat sendiri ‘mainan’ atau ‘learning toys’ untuk anak, kita akan lebih kreatif dengan hasil pembelajaran anak nanti. 


Contoh untuk aktiviti ni, selain anak boleh improve kemahiran motor halus, kita boleh ajar anak warna, perbezaan dan sebutannya. Macam saya buat ni bentuk huruf, boleh je buat bentuk bunga, atau haiwan, atau kenderaan, atau awan atau apa sekali pun. Semua tu boleh tambah kosa kata anak.


Jangan ingat mainan buat sendiri ni macam tiada input yang besar untuk anak. Sebenarnya mainan buatan sendiri ni lah paling berharga dan tinggi nilainya. Sebab ada bonding time dengan anak masa kita nak ajar anak main mainan tersebut. Itu yang paling penting ❤️


Next entry In Shaa Allah saya akan share macam mana satu mainan tu boleh tahan lebih berbulan-bulan dan kekal memberi ‘excitement’ pada anak walaupun ianya mainan lama.


See you soon!



Love,

- f. 

No comments:

Post a Comment