Sunday, April 26, 2020

01/2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMMM !!!!!!

Tahu tak situasi bila kita nak lawan rasa takut nak masuk rumah yang dah bertahun kosong? Haa macam tu lah I jerit baca bismillah tadi.

Mana tak nya, blog ni dah 3 tahun setengah bersawang. Kalau rumah ni confirm dah ada penghuni lain. Harapnya esok I check blog I, post I hari ni masih ada lah. Yelah mana lah tahu blog I dah tak cam tuan, so dia delete post yang I tulis hari ni. Sedihh.

Bytheway, I update blog ni masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-40, Fasa ke-3. Lagi dua hari nak masuk Fasa ke-4.

Betul lah orang cakap, PKP ni betul betul buat semua orang buang tabiat. Yang tak suka memasak, dah mula belajar memasak. Yang tak pernah main tiktok, dah mula aktif bertiktok. Yang dah lama tak update blog, dah mula blogging semula. Hahaha

So, nothing to share here right now except just nak benchmark yang hari ni I dah berjaya update blog. Dah kemas sikit sawang-sawang yang ada kat dalam blog ni. Lepas tu, tampal sikit wallpaper murah, dengan frame gambar kapal kat pintu masuk atas sana. Hahaha


Rupa pintu masuk farahchoi.blogspot sebelum dan selepas kemas 😂


Okay, until then, hope you guys will see me again here Hahaha

Signed off,
F.

No comments:

Post a Comment