Monday, April 27, 2020

Semangat Tun Perak

Hi guys, I’m back!

Okay sebelum apa-apa berlaku, let me clarify something.

Entry kali ni sebenarnya dah lama dah I tulis. Cuma tak post-post je lagi. Tak percaya? Tengok screenshot dekat bawah.

2015 guys! Almost 4 tahun setengah jadi pekasam dekat draft 🤣

Okay straight to the point,
Semangat Tun Perak actually nama lagu Kolej Tun Perak, salah sebuah kolej kediaman dalam Universiti Putra Malaysia. Of course I used to stay there lah, before I intern – duduk luar kampus – then habis intern duduk kolej lain.

So, for your brief information, UPM used to have 17 colleges (in Serdang Campus) and 1 college (in Bintulu campus). Tapi tak ingat lah start bila, UPM kind-of ubah system I don’t know, so dekat kampus Serdang cuma tinggal 9 kolej sahaja. I highlight untuk kampus Serdang sahaja sebab I belajar dekat Serdang, bukan Bintulu.

Untuk sistem baru ni, Kolej Tun Perak combined with another college called Kolej Pendeta Za’ba. And kolej ni dipanggil Kolej Pendeta Za’ba. No more dah kita dengar nama Kolej Tun Perak or KTP dekat UPM after this. Sama juga lah dengan kolej-kolej lain. They combined and use one name only. Kalau tanya I nama dan turutan kesemua 17 kolej sebelum ni, I boleh jawab. Tapi kalau tanya I nama-nama 9 kolej sekarang ni, I tak boleh jawab. Haha. I tak tahu nama kolej mana yang dikekalkan, and mana yang tak digunakan lagi.

Since KTP pon dah takde. Logo KTP pon dah tak digunakan. I think, lagu Semangat Tun Perak pon dah tak dinyanyikan dah kot Haha. But why not kan kita share lirik dia. (Actually nak keluarkan semua entry yang ada dalam draft je 😂)

.
.
.


SEMANGAT TUN PERAK

Kami siswa siswi Kolej Tun Perak
Bersedia pantang dicabar
Menyahut seruan agama dan bangsa
Berbakti kepada nusa tercinta

Kecemerlangan agenda utama
Trampil diri budaya kita
Pragmatik sentiasa jaya minda wawasan
Bersatu harmoni citra gemilang

Bangga rasa di hati ini
Kolej Tun Perak yang kami cintai
Penghuninya berdikari
Hidup dalam harmoni

Kolej Tun Perak
Kolej ku terkenal
Kolej Tun Perak
Nama kebanggaan

Di sinilah bermulanya
Warisan pembela bangsa...
Di sinilah bermulanya
Warisan pembela bangsa!

.
.
.

Kalau tanya I macam mana lagu dia... err rasa macam dah lupa je Hahaha 😅

Gambar-gambar bawah ni gambar throwback masa first year. Hujung 2014. Tengok gambar pon dah tahu kan gambar lama. Kualiti camera phone dulu tak secanggih sekarang 😅

Muka muka freshie student KTP 😂

See you guys next time!

Signed off,
F.

No comments:

Post a Comment