Thursday, April 30, 2020

Kawan-kawan dah kahwin, I je tak tahu lagi bila

Hello guys! Tajuk entry macam sedih je kan Hahaha. Actually tak tahu nak letak tajuk apa, sebab entry ni semuanya throwback cerita 2018 dan 2019.

Tahun 2018, dua kawan I kahwin - Syu dan Wawa. Tahun 2019, Al dan Lina kahwin.

Syu dengan Al ni I kenal dekat Persatuan Kelanasiswa UPM. Kalau tengok entry-entry I yang lama, I ada cerita pasal KLKM UPM. So dalam KLKM UPM, orang yang I rapat adalah Al dan Syu. Eventho lain course, tapi kitorang rapat sampai boleh tido sama-sama, jalan sama-sama, riadah sama-sama, sambut Raya Haji sama-sama, banyak lah. So kalau dah rapat, mesti ada group Whatsapp sendiri kan. Ini lah dia, kitorang bertiga dalam satu group Whatsapp. Dua dah kahwin, I je tak tahu lagi bila Haha πŸ˜†πŸ˜†

Untuk Wawa dan Lina pulak, kawan coursemate, kawan sekolej, ini lah yang paling rapat. Kitorang bertujuh sebenarnya. So kalau dalam group Whatsapp, dua dah kahwin, lima lagi tak tahu bila 😝


6 Oktober 2018. Taiping. Majlis Syu

First yang kahwin adalah Syu. Antara I, Syu dengan Al, kitorang expect Syu yang paling last kahwin sebab sepanjang dekat U, Syu yang paling takde scandal, yang paling perangai adik-adik. Tapi alih-alih dia yang kahwin dulu 😭

Gigih I dengan Al nak menapak ke Taiping sana. Al datang dari Johor, bermalam dekat Selangor, then esoknya pick I dekat UPM and terus gerak ke Taiping, then petangnya balik ke Serdang semula. Tapi Al bermalam dulu kat Serdang, esok baru gerak balik Johor. Al lah yang penat sikit.

(Please take note that since June 2018, kawan kawan batch I semua dah grad, I je belum sebab extend, so that's why I still stay in UPM tahun 2018-2019)

The first get hitched! Syu πŸ˜„

Masa jumpa tu, perangai Syu masih lagi keanak-anakkan. Happy jumpa kitorang sampai lompat-lompat πŸ˜‚

Practice duduk seorang dulu tak salah kan? Nampak keterujaan muka tu πŸ˜†

.
.

24 November 2018. Kluang. Majlis Wawa

Kedua, Wawa. Dekat selatan pulak. Apalah nasib dapat kawan kawan yang duduk jauh hujung benua. Bila kahwin jenuh nak drive jauh-jauh πŸ˜…

Tapi majlis Wawa ni I dengan kawan-kawan plan bermalam dekat sana. Datang sebelum Wawa nikah, bermalam sana, esoknya Wawa sanding, lepas tu kitorang balik. Tapi sebab I kan extend, masih belajar, so hari Wawa nikah tu I ada kelas. Lab pula tu, 3-6 petang. Memang tak boleh buat apa lah jawabnya. Kalau pagi sempat lah I gerak dengan kawan I lepas Zuhur.

Tapi nak dijadikan cerita, lab petang tu topik tak berapa berat. So experiment sekejap je. By 4.30 macam tu, dah settle. So I dengan seorang kawan I (yang nak gerak sama-sama) plan, Asar dulu then terus gerak. Nasib baik dah prepare gosok baju kurung siap siap sebelum pergi lab, in case kalau sempat nak gerak petang, so senang lah sarung je terus. Memang rushing gila time tu πŸ˜‚

Kalau ikutkan perjalanan ambil masa dalam 3 jam lebih macam tu. Tapi sebab gerak pon dah nak malam, and I memang jenis kalau drive jauh malam-malam I akan extra careful and slow down sikit. Tambah pula bawa anak orang sekali, lagi lah berhati-hati nak drive. So, I dengan kawan I tak sempat sampai sebelum Wawa nikah. Kitorang sampai lepas semua dah settle, tinggal nak makan and bergambar je dekat pelamin. Tapi  kawan I yang lain dah sampai petangnya.

Masa ni sebelum Wawa nikah. Tak sempat nak tengok 😒

Time ni ngam-ngam baru sampai sebenarnya. Sampai-sampai je terus diorang ajak bergambar.

Masa sanding. 

Kitorang memang plan nak pakai tema warna yang sama. Tapi bincang dalam Whatsapp - sorang punya baby blue tu tak tahu lah sama tak dengan baby blue dalam imaginasi orang lain. Maka terhasil lah macam ni πŸ˜‚

Kalau orang Johor kahwin ada adat "tol" kan? So ini kejadian sebelum menjaga "tol" bagi pihak Wawa πŸ˜„

.
.

1 September 2019. Kota Tinggi. Majlis Al

Ketiga, Al. Pon dekat selatan sana, 6 jam ++ perjalanan πŸ˜‚ (waktu ni I tengah intern dekat Subang). Tapi, dalam banyak-banyak majlis kahwin kawan I, Al je yang I sempat datang tengok majlis nikah. I gerak ke Kota Tinggi hari Sabtu, bermalam sana, esok pagi majlis nikah, lepas Zuhur sanding, then I gerak balik Subang semula. Al buat majlis simple but still nice 😍

Waktu afdhal untuk bergambar dengan pengantin perempuan adalah waktu pengantin perempuan betul-betul siap make-up πŸ˜†


Memandangkan first time I tengok secara live kawan I kahwin, so sentimental sikit perasaan waktu tu. Macam tak percaya ini lah kawan yang dulu pernah tidur sekatil (dengan Syu), sekarang dah bertukar status. 😭

Perasan tak baju I sama masa baju Wawa kahwin? Memang sama pon πŸ˜†

Syu sampai lambat sikit. Tapi rasanya macam ada ambik gambar bertiga sama-sama. Cuma tak tahu lah dekat phone siapa πŸ˜…

Ohh lupa nak cakap, masa Al kahwin, Syu datang dengan membawa isi dalam perutnya 😍

.

.

21 Disember 2019. Tangkak. Majlis Lina

Latest is Lina. Dalam geng kitorang, Lina ni paling tak disangka-sangka lah akan kahwin dulu (selepas Wawa). Jumpa jodoh pon sekelip mata je, then terus tunang, tahun yang sama kahwin.

Untuk majlis Lina, I pon tak sempat tengok Lina nikah πŸ˜… Sebab Lina nikah petang. Unexpectedly, lepas Zuhur tu banyak pula perkara yang berlaku. So I dengan mostly kawan-kawan I sampai malam. Kitorang memang plan untuk bermalam, nak borak-borak panjang. Orang kata report session setelah lama tak jumpa πŸ˜‚ Last borak panjang sampai tertidur masa Wawa kahwin setahun yang lepas πŸ˜…

Cantik tau pemandangan sawah dekat belakang tu 😍

Actually kan, banyak tau gambar kitorang ambik masa Lina kahwin ni. Tapi sebab I rasa insecure tengok baju yang kitorang pakai, macam mengundang kecaman netijen, so I letak satu jelah gambar. Aci lah kan daripada takde πŸ˜‚

Oh ya lagi satu, masa ni Wawa dah bawak baby Affan sekali 😍 Kitorang dah jadi auntiesss. Tapi I takde gambar dengan baby Affan sebab I bukan baby-friendly πŸ˜†

.
.
.

Next?

Tahun 2020 ni, kalau ikutkan dari report session masing-masing masa Lina kahwin haritu, akan ada lagi yang menyusul. Siapa dan berapa orang tu, Wallahu'alam. Tapi sekarang ni PKP dah dilanjutkan sehingga 12 Mei. So tak tahu lah perancangan semua orang berjalan seperti biasa atau macam mana. You know, kita merancang, Tuhan pun merancang, dan Tuhan adalah sebaik-baik Perancang.

Apa-apa pon, semoga perancangan yang baik dipermudahkan πŸ’–




Signed off,
F.

2 comments: