Tuesday, July 7, 2015

blogging, buang masa, Benz Ali, bahaya

This time, saya combined few topics in one post. Senang.

Blogging.
Selama ni saya selalu rasa, saya hanya membuang masa jeh buat blog, blogging sepanjang masa. No, saya tak maksudkan ORANG yang buat blog adalah orang yang membuang masa, NOOO~~~ Mampos keghing saya kena bash ngan fans Fatin Liyana , Keknis sebab statement nih.

Apa yang saya maksudkan adalah, SAYA nih haa yang buang masa tulis blog, sedangkan ada je kerja berfaedah lain boleh buat. Maybe that's the reason dulu dulu saya asyik delete akaun blog. Orang kata, nak konsisten berdepan dengan jalan yang kita pilih kena ada "a big why" supaya kita tak goyah bila jalan pilihan kita dipertikaikan, dan tak putus asa bila berdepan cabaran.

Tapi sedar atau tidak, semua perkara ada pro and contra. Sama ada lebih kepada keburukan mahupon kebaikan, itu bergantung juga pada jati diri individu dan kesediaan masyarakat tersebut. (amboihh ayat kemain kahkah) 

Sampai satu masa tuh, saya ada terbaca sebuah coretan dari judul Antithesis, karya Benz Ali. 


Ringan-ringankanlah tangan tanpa segan dengan membawa sebuah buku, kalau mahu pergi ke mana-mana. Di Malaysia, kita ada banyak betul masa menunggu. Sangat membazir jika masa menunggu bas, masa lampu merah, cuma digunakan untuk menyumpah dan marah. Sekurang-kurangnya sehelai dua muka surat, kita dapat habiskan dalam masa-masa menunggu ni.
Menulis dan terus menulis sama ada di Facebook atau di Blog. Limit aku menulis dalam sehari mestilah lebih dari 1,000 patah perkataan. Bermaksud sebulan adalah 30,000 patah perkataan. Ini adalah sebuah jumlah yang awesome untuk melatih kepenulisan kau.

Kalau tadi, saya cakap kita kena ada "a big why" bila memilih sesuatu perkara. So, tak salah kalau saya pilih Bloging adalah salah satu kaedah untuk saya melatih gaya penulisan dan berfikir saya :)



Benz Ali.
Saya tak kenal pon siapa Benz Ali nih, tapi memandangkan nak habiskan baucer buku yang masih berbaki RM100, so saya rembat jelah buku nih.

First of all, gaya dia berfikir is quite inspiring. TAPI, BAHAYA sometimes.

What is good about his book "Antithesis" is,
Dia menggalakkan usaha dan ikhtiar dari individu itu sendiri, instead of kita hanya menganga mulut tunggu untuk disuap. Well, that's a great thing that comes out from a youngster mind. Bila mana masyarakat mengecam ketidak-progresifan (wujud ke perkataan ni luls) para jiwa muda terutama mereka yang dari golongan mahasiswa, dia (Benz Ali) mengetengahkan tembok sebenar yang menghalang kami (mahasiswa) untuk menjadi progresif, iaitu Universiti itu sendiri.

Kerap juga dalam penulisannya, dia (Benz Ali) menggalakkan penggunaan logical thinking bila berdepan dengan sesuatu isu, supaya hujah boleh dipatah dengan hujah. And this, i couldn't agree more.

Tapi, pemikiran yang sangat ekstrem membuatkan saya bimbang kadang kadang.
Once again, BILAMANA kita terlalu bergantung kepada logical thinking tanpa batasan, ini yang membimbangkan saya. Dengan ilmu yang cetek, saya bimbang boleh jatuh murtad or something worse.

But still, pendapat, buah fikiran bukanlah sesuatu yang kita harus terima bulat bulat. So, mana yang baik, saya ambil, mana yang tak berapa setuju, saya jadikan sebagai bahan untuk dibahaskan. Tidak gituhh ??


Apa apa pon, membaca lah apa bentuk jenis bacaan sekali pon, ianya tidak salah. Tetapi bagaimana anda mentafsirkan bacaan anda menjadi sesuatu yang positif itu yang penting.

Selamat membaca :)


Saje nak ber-selfie =='

Jika anda mudah tersinggung, jangan beli buku ini. -Penerbit

1 comment:

  1. Farah bagus nya karangan awakkk !
    Bagus bagus .. marilah farah kita beraktif blogging :)
    Jum kita wat giveaway naikkan trafik blog kikikiki awak saya bergabung heh !

    ReplyDelete