Wednesday, March 13, 2024

Sofea : 19 months



19 bulan. 

1 tahun 7 bulan. 


Haritu umi ada baca, salah satu tanda anak speech delay adalah kurang 50 patah perkataan yang boleh disebut ketika usia 2 tahun.


Jadi umi track lah berapa banyak dah perkataan yang Sofea boleh sebut. 


Untuk pengetahuan semua, untuk tahu perkataan tu boleh dikira sudah pandai sebut atau tidak, perkataan itu telah disebut berulang kali dan kalau boleh kanak-kanak ‘faham’ akan maksud atau penggunaannya. Tapi tak semestinya kena sebut full perkataan tersebut. Dapat sipi-sipi contoh perkataan ‘lari’ disebut ‘ayii’ tapi kanak-kanak faham dan tahu penggunaannya, that’s fine already. 


So bila umi track, Alhamdulillah Sofea dah boleh sebut 19 perkataan semasa 19 bulan 👏🏻 

Tak cepat, tak lambat. Masih on track 🤲🏻


So ini list dia. 

1. Abah

2. Umi (ami)

الله .3

4. Makan (mamam) 

5. Susu (thuthu)

6. Aduhh

7. Bear

8. Habis

9. Taknak

10. Sama-sama (ame!)


11. Pipi

12. Wahhh

13. Satu

14. Dua (uwe)

15. Tiga (ige)

16. Bye bye

17. Gigi

18. Baby (bibi)

19. Biru


Umi rasa ada lagi perkataan yang Sofea boleh sebut and faham maksudnya. Tapi umi malas perah otak lama-lama. So cukup lah 19 ni 😅


Love,

- umi. 


Ps. Lambat sebulan post. Sebab umi tetiba ‘busy’ 😌

No comments:

Post a Comment