Tuesday, December 26, 2023

Resepi pancake gebu dan lembut!

Resepi pancake ni saya godek dari dalam google ni jugak. Lupa dah website mana. 


Tapi walaupun dah buat since 2020, still tak mencapai kepuasan. Dia tak jadi gebu pun!


Rupanya, ada satu keywords yang resepi tu tak mention, iaitu — PEKAT/LIKAT


Pastikan adunan pancake tu kena pekat atau likat. Baru boleh jadi gebu. Selama ni saya buat agak cair, sebabtu tak menjadi sangat. Yihhh!


Okay lah jom share resepi!


BAHAN-BAHAN


Bahan kering :

1 cawan tepung gandum

2 sudu teh baking powder

Secubit garam

2 sudu besar gula


Bahan basah :

1 cawan susu Full Cream

2 sudu besar butter yg dicairkan

1 biji telur Gred A

1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA :

1. Satukan bahan kering, sebati. 

2. Satukan bahan basah, blend atau boleh guna mixer. 

3. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit. Blend/mix. 

4. Rest kan adunan, 15 minit. 

Note: Sini part penting. Sebelum rest, pastikan adunan tu pekat/likat. kalau cair, tambah tepung sedikit demi sedikit. 

5. Panaskan non-stick pan, guna api kecil. 

6. Tuang adunan biar naik gebu. Bila dah berbuih, maksudnya dah sebelah bawah dah masak, boleh terbalikkan. 

7. Hidang dengan topping pilihan hati dan kesayangan ❤️




Resepi ni untuk orang dewasa macam kita. Tapi untuk anak, saya start introduce ke Sofea lepas setahun ke atas. Bawah setahun saya cuba amalkan no salt no sugar.


Ps. Orang tak pandai masak kan, nak buat pancake pun 3 tahun duk try and error 😂


Love,

- f.

No comments:

Post a Comment