Thursday, September 9, 2021

What makes I write

I’m a person yang lebih selesa luahkan buah fikiran melalui penulisan.

Nak kata kecik kecik dulu minat subjek penulisan, tak jugak πŸ€” (aku paling benci buat karangan HAHA)
Tapi taktahu lah start bila, saya mula berminat nak menulis.

Masa blog tengah zaman hype tahun 2011/2012 dulu, saya pun terjebak buat blog. Tapi blog yang sekarang ni adalah blog yang ketiga tauu.

First blog, tahun 2011 saya buat kalau tak silap. Saya pun tak ingat. Lepastu saya delete, saya bukak Wordpress. Tak lama lepastu saya delete lagi. Then kali ketiga ni, saya bukak dekat Blogger ni, sampai lah sekarang.

Sebab dulu masih kecelaruan identiti nak tulis apa, so buat blog pun macam tade hala tuju. Tu yang delete blog kijee πŸ˜‚

Sekarang bila dah banyak makan garam (kononnya dah matang lah tu), so dah mula nampak purposes of life, lebih disiplin sikit lah. Gittew. Tade dah delete-delete blog je kijee Haha.

Yang saya perasan since 2016/2017, saya dah mula ada passion “express the thoughts thru writing”. Kalau ikutkan waktu tu zaman saya jatuh. Heartbroken. Ditikam belakang. Rasa keseorangan. Hilang arah tuju. So dari situ laa saya start menulis.

Penulisan saya pun waktu tu banyak yang tuju pada diri sendiri. Macam bagi kekuatan lah, kononnya. Haha
So platform saya express buah fikiran saya waktu tu, Instagram lah paling senang. Tambah pulak bila dah busy study, memang blog ni lama dah terabai πŸ˜‚

Dari situ jugak lah saya develop skill menulis saya. Siap buat draf cerita fiksyen lagi kayyy. Tapi tak siap πŸ˜‚ Buat separuh jalan. Macam biasa, farahchoi dan kerja separuh jalan berpisah tiada 🀝

Masa tengah mencari identiti nak menulis ni, ada dua blogger/penulis yang saya suka and jadikan idola, iaitu Fynnjamal dan Cikepal πŸŽ‰ Kadang tu try jugak nak ikut cara diorang, tapi tak mampuuu. Level diorang power power 😭

Benda yang saya suka pasal diorang ni,
Cikepal — penulisan yang santai
Fynnjamal — penulisan yang sampai
Cikepal punya penulisan, memang gaya macam tengah borak member member.
Fynnjamal pulak banyak bawak topik yang berat, and kena berfikir, tapi a-mah-zing-ly, penulisan dia tu orang faham.
Bagi saya talent dua orang ni sangat mahal. Kita yang marhaen ni boleh pupuk, tapi struggle sikit lah.

Tapi kadang tu, kalau hari-hari follow fynnjamal dengan cikepal, boleh terikut jugak sikit-sikit cara diorang tulis. Sikittt jelaaa πŸ€ͺ

Cumanya yang saya sedar, cara penulisan saya dekat Blog masih agak formal. Sedangkan kalau saya bebel dekat igstory, santai je sebenarnya. Tade lah macam robot sangat kalau tulis πŸ˜…

Love,
f.

No comments:

Post a Comment