Saturday, August 8, 2020

L A Z I M I

Sedangkan cantik itu subjektif
Tapi pasaran menetapkan kesamaan.

Sedangkan pelangi tujuh warnanya
Tapi putih tetaplah teratas.

Sedangkan kini 7 billion bernyawa
Tapi dikira hanya yang cerah.

Sang guru berlelah membetulkan
Sang murid mengikut keramaian.

Sedangkan cantik itu subjektif
Sedangkan ramai yang tahu
Sedangkan sentiasa diingatkan

Tapi sukarnya menungkah arus
Akhirnya redha melazimi diri

Sedangkan.

F. — 18 Julai 2020

No comments:

Post a Comment