Saturday, June 13, 2020

Menyahut seruan fynnjamal + my Al-Mulk journey !

So masa PKP mula dilaksanakan 18 Mac haritu, I memang dah sebulan habis belajar, and masih tiada kerja tetap. I duduk rumah jelah, sebab arahan kerajaan pun #stayathome kan πŸ˜…

Bagi I #stayathome tak susah pun. Sebab I introvert — menyendiri lebih menyelesakan berbanding beramai-ramai. Eh yeke tu introvert? Macam lone ranger je πŸ˜‚

Apa-apa pun, masa first two weeks PKP (Fasa 1), I rasa heaven sangat. Sebab I dapat buat semua benda yang I tak dapat buat sepanjang I belajar — marathon movie, main games, layan youtube. For those yang tak tahu, I ni kaki game jugak! πŸ˜…

And then two weeks passed.

Game Pokemon dah habis main.
Game Plant vs. Zombies pun dah habis.
Game-game lain pun dah bosan.
Harry Potter movie marathon done.
Fantastic Beasts pun dah tengok dua-dua. (For your information, I seorang Potterhead 😁)
Video-video youtube pun dah puas layan.

And then, masa PKP Fasa 2, I terbaca satu instastory fynnjamal. Lebih kurang macam ni lah bunyi nya — kalau sebelum ni masa adalah alasan kita, sekarang bukan lagi alasannya.


Deep. Sumpah menyentak jantungku. Betul lah apa yang fynnjamal cakap. Kalau sebelum ni, kita selalu bagi alasan tade masa nak beribadah, tade masa nak perbaiki diri. Sekarang masa adalah apa yang kita ada. #stayathome tade buat apa. Lebih-lebih lagi I yang tak kerja. Apatah lagi work from home.

So I cuba figure out something yang beneficial to me. Tak terlalu berat. Tak terlalu ringan. Tapi I nak benda tu berharga untuk jiwa I yang baru berjinak-jinak untuk berhijrah. Then datang satu ilham, nak hafal surah Al-Mulk. I fikir dalam hati, mungkin ini cara Allah makbulkan doa-doa I supaya I sentiasa berada di atas landasanNya.

That was how I sahut cabaran fynnjamal.

Al-Mulk, 30 ayat jumlahnya. I tak tahu fadhilat Al-Mulk ni apa. Tapi yang I tahu selalu orang baca sebelum tidur. And banyak kebaikannya kalau kita jadikan sebagai amalan.

So, start awal April haritu I cuba hafal surah Al-Mulk ayat demi ayat. It was very hard of course. Tapi susah lagi kalau nak konsisten. Hijrah itu sebenarnya jauh lebih mudah dari istiqomah. So I rasa, kalau mula-mula I dah kalah, apatah lagi nak istiqomah. So I jadikan setiap fasa PKP tu sebagai penanda aras. Kalau nak straight hafal sampai ayat 30 memang susah. Tapi bila I tengok setiap fasa PKP, berapa banyak ayat I boleh hafal, I jadi lebih bersemangat. Macam tu lah kalau kita nak buat apa-apa jenis perubahan sekali pun. Kalau main jalan melolong macam tu memang lah akan jatuh. Kita kena pandai letak strategi. Sebab diri kita, kita lebih tahu kelebihan dan kelemahan kita.

Tapi, ada masa I jatuh jugak. Masa I period awal Ramadhan haritu, hormone I jadi tak stable. Itu normal bagi I. Tapi yang sukarnya, bila hormone tak stable, mood I pun kelaut. So momentum hafalan Al-Mulk I stuck dekat ayat 18, for almost two weeks. Frust sangat! Sebab otak I nak hafal, tapi I kalah dengan nafsu.

Agaknya Allah cuba bantu I. Few times I macam ‘dapat hidayah’.

First — I terdengar audio mengaji surau area rumah. Setiap kali sebelum masuk waktu, surau taman rumah I ni memang selalu pasang audio Quran, since I kecik lagi. Surprisingly, tiga kali (untuk hari lain-lain), I terdengar audio surah Al-Mulk. Dah lah sama dengan audio yang I selalu dengar kat apps Quran dalam phone I. Time tu tiba-tiba bersemangat semula. Hanya Allah je tahu betapa sebaknya hati I — I rasa macam Allah tengah jaga iman I 😭

Second — Beberapa hari kemudian, selepas I mula semula misi hafalan I, I tertengok video tips menghafal dari fynnjamal. Contoh ayat yang diguna dalam video tu adalah dari surah Al-Mulk. I was like — Allahu. I never expecting this to be honest.

Third — Again from fynnjamal. I banyak layan fynnjamal sebab I termotivasi dengan jihad hijrah dia. As someone yang ada dosa-dosa yang Allah hijabkan, teguran dari fynnjamal bagi I lebih lekat di jiwa untuk I sentiasa perbaiki diri.

Suatu hari tu, I layan igstory fynnjamal macam biasa. Dia screenshot satu potongan ayat Quran dan terjemahan. I tak perasan nama surah tu sebab dah terhalang dengan ibu jari I sebab nak tahan story daripada bergerak sendiri πŸ˜… Bila I baca terjemahan — ehh macam familiar. Then I baca ayat Quran tersebut — ehh ni Al-Mulk. Then baru I sedar bawah ibu jari I ada tulis surah Al-Mulk. Lagi sekali I rasa sebak sangat!

Sebab Al-Mulk adalah first surah panjang yang I hafal. Even Yassin yang I selalu baca setiap pagi Jumaat masa perhimpunan sekolah dulu pun I tak boleh baca tanpa tengok buku kalau sorang-sorang. And tiga kali insiden yang berlaku melibatkan the first and the only surah panjang at the moment yang I hafal by heart — Al-Mulk. Sebabtu I rasa sentimental. Allah Maha Melihat. Allah Maha Memahami. Allah Maha Menyayangi.

I selalu berpegang — Setiap yang berlaku ada hikmah. Setiap yang berlaku, baik ke buruk ke, Allah yang izinkan, Allah yang aturkan, Allah dah tetapkan. Kalau setiap daun yang gugur di atas tanah itu sebenarnya Allah dah aturkan, sama jugak kita sebagai hambaNya. I fikir, seremeh-remeh perkara — scroll timeline ig — sebenarnya Allah yang aturkan jari I terus scroll sampai jumpa video/story fynnjamal. Kalau kita buat benda buruk sekali pun, Allah yang izinkan benda tu berlaku.

Tapi! I berpegang jugak — doa adalah senjata orang mukmin. Kita sebagai hambaNya, minta lah apa sahaja. Allah sentiasa Mendengar. Setiap doa-doa kita, Allah Mendengar. Dan Allah Maha Mengetahui bila waktu terbaik untuk Dia makbulkan. Sebabtu sentiasa lah berdoa. Untuk orang lain, dan untuk diri kita. Berdoa supaya jangan sekali Allah izinkan hati kita terpesong. Berdoa supaya Allah sentiasa pelihara iman kita. Mungkin waktu kita suci, kita tak rasa apa-apa. Sebab itu bukan waktu terbaik untuk kita dapat doa tu. Tapi syaitan takkan pernah berhenti menghasut. Mungkin di saat kita terdetik untuk buat dosa, masa tu Allah tunaikan permintaan kita selama ni, untuk pelihara diri kita. Keajaiban doa itu terletak pada Yang Memegangnya πŸ’–

————————–———————————————

Hari ni, dah tiga hari berlalu since I berjaya hafal full surah Al-Mulk. Alhamdulillah, 30 ayat dalam 2 bulan 10 hari! Bersyukur sangat sangat! Alhamdulillah!


I dah ada plan dah sebenarnya next misi menghafal nak continue dengan surah apa, tapi I rasa I tanak share dulu what the surah is. For me, the progress is valuable than the target itself. Of course target nak hafal complete satu surah tu dah cukup bermakna dah! Tapi I rasa I akan lebih menghargai satu-satu kejayaan tu kalau I menjiwai progress nya.

Apa-apa pun, I nak cakap — kalau I yang cikai ni pun berjaya hafal surah 30 ayat, I tahu you guys pun boleh. Yang penting adalah — efforts and determination πŸ˜‰

Oh by the way,

Baru-baru ni I terbaca fadhilat surah Al-Mulk. Banyak rupanya! So why not I share dekat sini. You guys boleh tekan link (sini). I tak boleh nak copy and paste dekat blog I sebab itu adalah penulisan orang lain. Tak proper dalam etika penulisan. Buat baik pun kena tahu etika juga ye! Niat tak menghalalkan cara πŸ˜‰

All the best untuk segala usaha penghijrahan! Semoga Allah permudahkan, amin.

Oh lagi satu! 😁

Lately ni, bila I cuba dengar audio Quran yang surau taman rumah I pasang, tak dengar dah surah Al-Mulk πŸ˜• Yang dipasang surah yang I tak familiar — sedih la cenni πŸ˜…

 

Signed off,
F.

p.s : jangan lupa baca fadhilat Al-Mulk dalam link yang I share tu! cepat!

No comments:

Post a Comment