Saturday, November 7, 2015

Unselfish Students

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah dengar mengenai tips menabung "berganda" yang tengah viral sekarang ni? [Boleh pergi ke link ini]



Cara menabung macam ni bagi saya kreatif, and rare! Selalunya bila kita menabung, peratus untuk kita guna semula duit tabungan tu tinggi. Tapi cara latest ni, bila kita menabung, melatih diri kita untuk komited tambahkan isi tabungan dari semasa ke semasa.

Yelah, nilai tabungan sesuatu masa bergantung pada tarikh atau haribulan. Berbanding cara "old school", kita hanya menabung bila ada duit lebihan belanja sahaja.

.

.

.

So, entry kali ni, "Unselfish Students", bertemakan konsep/prinsip "Kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita".

Lazimnya, dalam doa setiap pelajar mesti ada ayat, "Ya Allah, permudahkan lah urusanku, kecilkan lah dugaanku".

Saya ada baca something somewhere before. Sebenarnya tak digalakkan atau elakkan lah mohon untuk kecilkan dugaan, sebaliknya mohon untuk diberi kekuatan hadapi dugaanNya.

Hmm nak bagi penerangan islamiknya, saya tak pandai uhuks.

Tapi secara logiknya, kalau kita mohon untuk diberi kekuatan, means bagi lah cabaran sebesar mana pon kita boleh hadapi sebab Allah beri kita kekuatan untuk berdepan.

Tapi kalau kita mohon kecilkan dugaan, maknanya kekuatan diri kita takkan bertambah dan meningkat sebab ujian yang sebesar gajah dikecilkan oleh Allah, that's why kita boleh berdepan and survive.

.

.

.

Dalam dunia pelajar (especially), kita memang harapkan kerja and plan kita smooth seperti yang kita nak. Tapi pernah tak fikir, KITA mungkin menjadi PENYEBAB kerja orang lain jadi tak smooth and tergendala?

Ini lah yang nak dikaitkan dengan "bantu kerja orang lain, Allah bantu kerja kita".

Of course yang cliche ones, bila ada group assignment, elakkan lah dari datang lewat untuk group discussion, or lewat submit individu part dalam group presentation, etc. Sebab kalau tak, kita dah menyusahkan orang lain.

.

.

.

Cara selain itu, ialah perbanyakkan sedekah.

Okeh, saya faham, students mana ada duit, duit pinjaman PTPTN yang ada memang tak cukup nak tampung perbelanjaan sepanjang semester, dengan sekarang GST nya, semua benda nak naik harga (pointer jeh yang turun lulsss), peruntukan untuk IPT dikurangkan etc.

Tapi nak tak nak, kena usahakan juga membiasakan diri bersedekah. So, gabungkan teknik menabung "berganda" yang saya cakap awal tadi, dengan elemen sedekah.

Maknanya, ada dua tabungan, satu adalah "Saving", dan satu lagi adalah "Sedekah". "Saving" adalah untuk simpanan masa depan kita. Takde lah duit PTPTN habis sia-sia sebab takde saving ape ape pon even sikit. And "Sedekah" of course untuk bersedekah. Bila buat macam ni, balance lah sikit hal dunia dengan akhirat kita kan. huhu. Dan In Shaa Allah, Allah permudahkan kerja kita saat kita benar-benar tersepit. Yakin!

Kaedah tabungan nih adalah sama dengan yang atas tadi, cumanya ubah lah sikit.

Gila apa setiap hari nak menabung?! Sebulan RM465. Ibarat takyah makan sebulan. Olah lah mengikut kesesuaian.

CARA SAYA, adalah mengikut bilangan minggu.

Satu semester pengajian saya adalah, 14 minggu kuliah + 2 minggu peperiksaan akhir. Jumlahnya, 16 minggu (tidak termasuk cuti midsem, dan study week// terpulang pada masing masing nak kira sekali or tak).

Jadi, bila minggu pertama pengajian, RM 1 saya masukkan dalam "Saving", and another RM 1 saya masukkan dalam "Sedekah".
Minggu kedua, RM 2 saya masukkan dalam "Saving", and another RM 2 saya masukkan dalam "Sedekah".
And the list goes on until the week 16th.
By that time, the collected money should be RM136 for both "Saving" & "Sedekah". (apesal tetiba full english nih luls).
Bila dah complete 16 minggu, boleh lah proceed to plan masing-masing. Untuk "Saving", sama ada masukkan dalam bank, or laburkan dengan beli emas, orang masukkan dalam Tabung Haji etc, as long as itu untuk simpanan jangka masa panjang.
Untuk "Sedekah"? Tak perlu lah tunggu sampai cukup 16 minggu baru nak sedekah. ***errr boleh jugak nak wat camtu, ikut kreativiti masing-masing*** Boleh juga sedekah dari semasa ke semasa.

Kalau minggu pertama ada RM1,
masukkan dalam tempat nak refill air. Dikira bersedekah juga tu kan? Besar tau nilai RM1 tu. RM1 boleh refill sehingga 5 liter air mineral. Sejuk tekak member-member korang dapat study sambil minur air mineral. eheh

Minggu kedua pulak RM2,
boleh masukkan dalam tabung mana-mana surau. Nilai tak penting, yang penting niat kena ikhlas.

Minggu ketiga RM3,
try lah beli ikan goreng dan nasi putih dengan nilai tersebut, pastu gaul-gaul bagi kucing makan (especially kucing betina yang tengah bunting atau menyusukan anak, kesian wehhh huwaaa).

Minggu keempat ada RM4,
try lah cari mana-mana viral message mengenai kanak-kanak/haiwan yang perlukan pembedahan, then transfer online ke akaun bank yang dinyatakan. Again! Nilainya maybe kecil, tapi sangat bermakna tau :)

Minggu kelima pula RM5,
Boleh jugak kalau nak split nilai tu kepada dua bahagian. RM2 untuk sedekah mana-mana surau, baki RM3 nak belikan makanan untuk kucing-kucing.

And list goes on and on.

Try as creative as you can!

Takde lah kita sebagai pelajar hanya fikir pasal diri dan masalah kita je. Itu selfish namanya.

*Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan topik entry.*

Selamat malam, sayang-sayang sekalian :)

No comments:

Post a Comment