Monday, September 28, 2015

Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award) di UTHM

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Pengakap!

Eheh gigih jugak saya ni nak cerita pengalaman kem kat UTHM haritu. Tapi tengok jugak lah kerajinan diri ni nak cerita se-details mana luls.

Sebagai ahli Kelana KLKM, kami warga KLKM UPM dijemput (not sure istilah dijemput ni betul ke tak luls) untuk menghadiri Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kem ni berlangsung selama 4 hari 3 malam, dari 16 hingga 19 September 2015.
First time saya pergi kem 4 hari. Paling lama pon 3 hari jeh kot rasanya.

First thing yang saya dapat dari kem ni sebagai pengajaran adalah, "Kenapa lahh saya tak join Pengakap dari dulu lagi?~~~" TT_TT

Padahal dari umur 5-6 tahun lagi didedahkan dengan dunia Pengakap (sebab abang saya masa sekolah rendah join Pengakap), so dari kecik dah tahu Pengakap ni pasal apa sebenarnya. Boleh kata semua lagu yang abang saya belajar kat sekolah, saya pon tahu jugak kahkah.

Walaupun tadi saya kata saya didedahkan dengan dunia pengakap dari kecik, tapi saya takde lah tahu sampai details mana pon. Sebab yang join jamboree semua tu abang saya, bukan saya lulss.

Okehlah, yang lalu biarkan berlalu. Sekarang ni kita moving forward!

Kami KLKM UPM ni semangat sikit datang awal. Malam sebelum program dah bertolak ke UTHM. So malam tu kitorang stay di surau. Esok pagi baru sesi pendaftaran diri.


RABU, 16 September 2015

Pagi - Sesi pendaftaran KLKM mengikut daerah. Antara daerah yang hadir ialah KLKM UPM, KLKM USM, KLKM UTHM, KLKM UIA, KLKM KKTMR, KLKM POLISAS, KLKM PSAS, KLKM POLITEKNIK MUKAH. Kami dibahagikan kepada 12 krew yang dinamakan mengikut susunan abjad. Dan saya dalam krew ke-3, iaitu Charlie!


Sesi pendaftaran di foyer Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan


Kalau perasan, keadaan cuaca masa ni agak ber-jerebu.
And masih ada beberapa daerah KLKM yang belum tiba masa ni.


Antara jurulatih yang hadir masa Kursus 5K. Scary woo~

Kemudiannya, istiadat menaikkan bendera. Istiadat ni sekejap je kami lakukan sebab kebetulan hujan turun. Lebat pulak tu! *Maybe sebab jerebu, so hujan tu macam memulihkan sedikit cuaca masa tu, harapnya begitu*


Ini masa istiadat menaikkan bendera.
Boleh nampak langit tuh gelap menanti masa mencurahkan air ke bumi.
Kitorang kat tepi ni mampu berdoa jelah supaya jangan turun lagi hujan time ni.


Hujan lebat selepas istiadat bendera.
Mana yang tak sempat sampai ke foyer, terpaksa pinjam kanvas bergerak ramai ramai ke foyer.

Petang - Lepas solat Zuhur & Asar secara jamak & qasar (bagi krew dari luar daerah UTHM), kami membuat modul pertama kami, iaitu membina menara kawalan. Setiap krew dapat design menara yang berlainan. Saya nak tunjuk satu-satu memang tak berkesempatan lah ye.


Menara kawalan in the making! Krew berapa saya tak pasti pulak huhu.


Antara muka-muka bahagia sebab menara kawalan diorang berjaya didirikan. huhhh


Antara menara yang berjaya dinaikkan~

Dengan bangga dan gembiranya berjaya membina menara kawalan.

And ini pula, crew saya. Crew Charlie. Agak sedih sebab menara kami tak berjaya didirikan huhu.

Malam - Selepas solat Maghrib & Ishak berjemaah, kami ada slot pengisian untuk istiadat pagi (tak silap luls).


Tazkirah pendek selepas solat Maghrib berjemaah.


Slot bersama Tuan Affendy Zabkha, Ketua Kursus


Masing-masing mata dah rabak sebenarnya nak tido.
Tapi cover depan camera taknak kantoi luls.


Tutorial cara melipatkan bendera ketika istiadat.

Malamnya, kami tidur agak lewat. Sebab menyiapkan beberapa tugasan. Macam saya sendiri, tidur dalam pukul 5 pagi, sebab nak pastikan diri mandi dulu baru tido. At least bangun Subuh nanti tinggal nak ambil wudhu' and solat je.


KHAMIS , 17 September 2015

Pagi - Seawal 6.30 pagi, kami ada sesi kawad tongkat. Tapi maklumlah, first day, semua masih tak boleh adapt dengan suasana. So agak lambat dari yang dijadualkan. Mana yang lambat (iaitu saya sendiri), kena turun berapa kali entah saya tak kira pulak huhu.

Malangnya, saya takde pulak gambar masa latihan kawad tongkat tu. *sigh*

Kemudian selepas beberapa tentatif, kami ada modul projek perintis, membina jambatan pula.

Jambatan in the making!

Dalam sibuk berprogram, kesihatan & kebajikan perlu dijaga.
Ini peranan QM perlu pastikan ahli-ahli krew supaya tidak skip jadual makan.

Dah siap bina jambatan, testimoni kena buat.
Supaya jambatan atau mana-mana projek perintis selamat digunakan.

Ehh saya bukan nak tunjuk kereta Myvi kuning tu.
Saya nak tunjuk lagi satu model jambatan yang dibina.

Testing testing 1 2 3 ! In Shaa Allah selamat digunakan :)

Petang - Setelah selesai membina jambatan, kami kemudiannya membuat sedikit aktiviti ringan-ringan (mungkin haha). Ada sebahagian krew yang akan membuat stretcher, manakala sebahagian krew lain akan membuat jongkang jongkit. Kemudiannya, aktiviti orienteering dan membaca peta.

Ini adalah salah satu contoh stretcher.
*Hmm untunglah orang ni mahir dalam ikatan hmm*

Stretcher siap dibina! Macam best je uhuk uhuk.

Antara jongkang jongkit yang dibina.

Jongkang jongkit dari krew lain.

Macam seronok jeh haihhh.

Aktiviti orienteering dan membaca peta.

Berbekalkan peta dan kompas, kami kena cari lokasi dan bearing beberapa tempat yang jurulatih minta.

Malam - Malamnya kami ada modul pengurusan protokol majlis. Kami diberi tugasan untuk handle sebuah majlis penutupan. Tapi malangnya sepanjang latihan majlis rasmi tu, para jurulatih "mengganggu" perjalanan majlis. Tujuannya untuk kami belajar dari kesilapan, of course, dan tangkas membuat keputusan ketika saat-saat genting.

Acah-acah tengah majlis rasmi. Tapi sistem lighting "diganggu" oleh jurulatih.

Pengacara majlis pon kena kacau sampai mic kena ambil oleh jurulatih. Huhu kesian mc stress.

Tengah malam - Sesi pertukaran krew bertugas. Bermula tengah malam sehingga malam esoknya, krew saya pula mengambil tugas. And kebetulan time krew saya jadi krew bertugas lah tetiba banyak pulak tugasan, esoknya saya dah mula berat kepala pening-pening. Apalahhh nasib badan uhuhu.

Tapi tugasan still kena siapkan pada masa yang ditetapkan. Once again, tidur dalam pukul 5 pagi TT_TT

Sesi peralihan tugas bagi jurulatih dan krew.

JUMAAT , 18 September 2015

Pagi - Seawal 6.30 pagi seperti biasa, kami ada sesi kawad tongkat. Tapi kali ni saya bangun tepat pada masanya. Thanks to abang mana lahh yang bunyikan siren bagi satu tapak kem dengar. So memang takde alasan lah untuk lewat lagi kali ni. 6.30 tepat saya dah terpacak bersedia untuk kawad tongkat luls.
Tapi sedihnya takde gambar huhu.

Next, kami sediakan barang-barang penting untuk bergerak ke dewan Al-Farabi untuk modul rawatan kecemasan, dan sebelah petangnya ada modul ikhtiar hidup.

Nak bergerak ke dewan Al-Farabi tu kami berjalan kaki jeh tau.

Beberapa barang-barang yang penting untuk slot ikhtiar hidup petangnya nanti pon kena angkut sendiri.

Ini adalah slot latihan rawatan kecemasan.
Percayalah, masa slot ni ramai yang tumbang, ketiduran haha even saya sendiri.
Rabak mata wehh dua malam berturut-turut tidur dalam 1 jam jeh.

Sesi latihan rawatan kecemasan dari ahli krew saya, krew Charlie!
Petang - Sesi ikhtiar hidup pula!

Ehh gambar krew saya rupanya! Haha

Nak menyalakan api adalah salah satu perkara yang susah nak buat.
Saya pon tak pernah try lagi huhu
 

Tempat berteduh yang mudah dan simple oleh krew lain. *Sorry tak ingat krew mana*

Ehhh! Krew saya lagi lah lulsss. Semangat!

Ehhh! Saya lahh! LULSSS. Tekun nau aku nih menganyam nyeee~~~
Bytheway masa nih kepala dah berat gila. Nak bangun kena slow slow.
Kalau main bangun jeh, silap silap boleh pitam time tu jugak.

Roti lilit in the making!

John! Macam sedap jeh ayam tuh~ Hehe

Ayam Kenny Rogers dalam proses! Kehkeh

Perghhh apabila abam hakak pengakap memasak, mengalahkan hotel 5 bintang!
Terliuq baqhang!


Malam - Macam biasa, kalau dah malam terakhir kem mesti ada malam kebudayaan kan. Tapi malam tu dipanggil Malam Pengakap!

Persembahan yang best dari krew Alpha & Bravo!

Diorang ni sporting sporting belaka. Kagum saya.

SABTU , 19 September 2015 (hari terakhir)

Pagi - Seperti biasa seawal 6.30 pagi, kami ada sesi kawad tongkat. Kali ni practice betul betul step by step macam mana nak kawad tongkat. And thanks lagi sekali kepada abang mana entah yang bunyikan siren tu huhu. Tapi saya rasa saya tahu siapa orangnya. lel.
Next adalah majlis penutupan~

Ucapan majlis penutupan oleh ketua kursus, Tuan Affendy Zabkha.

Pemberian sijil oleh PM Dr Abdul Rashid,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM,
kepada wakil daerah KLKM UPM.

Yang nih hmmm bagilah chance letak sekali muka Medan ni walaupun
 baru kenal dia sehari sebelum pergi kem.
Takpe, Pengakap kan bersaudara uhuhuhu.

Maka tamat sudah Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) di UTHM.

Di sebalik tabir~ Kami cool. Kami sporting.





Secalit kenangan kami warga KLKM UPM seramai 11 ahli di kursus 5K UTHM. (kurang sorang dalam gambar luls)


Muka tak ready nak bergambar. Sabar jelah.

Kurang sorang ahli hilang ke mana entah.
Ape ape pon, LAUNGKAN! KLKM UPM!




Itu sahaja coretan yang tak seberapa. Nak cerita secara lebih details bimbang tak tido malam pulak huhu. Tapi sejujurnya saya rindu nak rasa hypertension kem tuh. #Ehh?! luls. Tapi serious, ini adalah antara kenangan, pengajaran, ilmu dan kemantapan yang tak boleh dibeli di mana-mana.

Walaupun datang dengan rasa berbelah bahagi sebab tak bersedia dari segi ilmu (dari segi mental, saya dah pasrah dah kalau kena marah kaw-kaw huhu) , tapi pulangnya saya ke daerah KLKM UPM semula terasa sayu sangat. *taktau lah nape ayat terlebih touching, tapi ini adalah luahan ikhlas ehehe* 

Harapnya diri ini sebagai Kelana tidak berakhir begitu sahaja setelah memperoleh BP Award nanti. In Shaa Allah.

Dan harapnya apabila berjumpa lagi dengan geng geng yang datang kursus 5K ni, boleh lah bertegur sapa :) walaupun saya ni pemalu orangnya uhuk uhuk


Sebelum melabuh tirai, saksikanlah video montaj oleh saudara Muzhafar, sepanjang kursus 5K berlangsung~

<<click here for video>>

Sekian,
FARAH ATHIRAH
KLKM UPM
Krew Charlie 5K UTHM

***Segala gambar yang tiada kredit "farahchoi" adalah hak milik Facebook page Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) UTHM 2015.


2 comments:

  1. gmbr sy hidup api pun ade yer... haha... #KLKM PMU

    ReplyDelete