Tuesday, September 22, 2015

Bazar Persatuan KLKM UPM 2015/2016

Assalamualaikum, Hai,
Dan Salam Pengakap!

Hehe

Last time, saya ada promote poster KLKM UPM sempena Bazar Persatuan bagi pelajar tahun pertama. (Tapi kemasukan ahli baru tak terhad kepada pelajar tahun 1 sahaja tau)

Jadi kali ni boleh lah kot saya nak share few gambarsss yang sempat snap. Mostly gambar kat buaian. Sebab tu port yang best nak bergambar lulsss *sis bukan photographer bertauliah nak amik gambar setiap masa*

Memandangkan saya dah mula masuk tahun kedua (masa bazar haritu), jadi sepanjang panjang saya promote haritu memang kerap jumpa member member lama, especially kawan kawan asasi dulu. Ada yang sebab promote persatuan diorang, and tak kurang juga yang dah jadi MTM *woot woot*

*MTM stands for Majlis Tertinggi Mahasiswa, high committees for college residents*

Bila dah jumpa tu, memang saling membahan lah ye masing-masing. And ada yang kalau boleh elak nak jumpa. Ehh?! Hahaha...

Nak ceritanya booth kitorang ni kelihatan "meriah" sebab atas beberapa bantuan luar seperti pihak Pusat Koko sendiri. Nak harapkan tenaga 7-9 orang warga KLKM UPM nak ceriakan booth, memang taklahhh. Buaian buluh tu pon entah nampak or tak sebab kitorang letak kat belakang booth. (Memang tu syaratnya).

Anddd tak lupa juga nak ucapkan ribuan penghargaan kepada warga Kelana C // Kelana Selangor di atas kesudian tuan-tuan meluangkan masa membantu kami. Banyak kekurangan kami dalam menyediakan keselesaan, tapi mereka tetap beri komitmen yang terbaik, walaupun mereka hanya datang atas sukarela. Jadi jasa kalian akan kami kenang sepanjang hayat~~~ *ecehhh hehe*


TNC HEPA pon rasmikan tau buaian ni. Siap bagi thumbs up lagi kau jahh!


Meera bersama MTM K17. *Senyum tu biarlah ikhlas sikit tokk*


Abam-abam ASPER yang berjaya.


Kami pon membuka peluang untuk sesiapa sahaja untuk cuba buaian kami tau hehe :)


Bukan setakat 2. Tiga lelaki dewasa pon boleh ditambung oleh buaian ni!



So, ini sahaja coretannya. Saya ingat nak sambung dengan cerita Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award) tapi mata macam mintak lena sekarang je huhu.

No comments:

Post a Comment