Wednesday, May 14, 2014

Asasi Sains Pertanian Batch 9 2013/2014 Part 1

Okeh maybe tak terlambat nak share my one-year-experience-as-ASPer kat sinih walaupon dah 4 hari jadi ex-ASPerian. Dengan harapan boleh jadi sumber rujukan bakal bakal junior ASPer. Huhu haha hehe hoho

Untuk pengetahuan semua, ASPer stands for Asasi Sains Pertanian, the only foundation course in Universiti Putra Malaysia (UPM), located at Serdang, Selangor. And i was in ASPer Batch 9 2013/2014.  Well, satu misunderstanding yang sangat common adalah, mereka akan sangka masuk UPM nih memang confirm confirm jadi petani moden, petani kuno or whatever petani.

Well actually ITS ABSOLUTELY WRONG! Nama jeh asasi pertanian tapi masa degree you can choose which course you want to pursue :) Even medic sekali tau! ^^ Tapi nak citer pasal course yang available tuh lain kali lah ye. Tak tido malam kalau nak share sekarang huhu

Teringat masa mula mula daftar 25 May 2013, tarikh keramat tuhhh sbb birthday one of my bestfriends, and tarikh saya kena daftar Asasi. Excited+nervous and macam macam perasaan. Maklumlah, saya bukan dari pelajar sbp or mrsm, so takde pengalaman duduk jauh ngan family. Tup tap tup tap tiba tiba kena hantar kat Selangor. And kena survive sendiri, mana lah tak cuak kan =='

Since saya nih memang dulu dulu samseng sekolah samseng jalanan, so buat selambe badak jeh datang pendaftaran kul 11 lebih. Hasilnya, dapat lah stay kat KPZ - Kolej Pendeta Za'ba or Kolej Ke-Sembilan (boleh tekan link website rasmi KPZ atau blog kpz untuk tahu lebih lanjut 😄). Mana yang daftar awal, ditempatkan di K13 (Kolej 13). So itu hal diorang sape yang stay kat K13. And i'm gonna tell you guys whats the specialty of KPZ.

Seriously, for me KPZ memang serious awesome gilerrrr. Sebab...

  1. Satu bilik dua orang.
  2. Bilik yang sangat kondusif dengan kelegkapan yang boleh tahan lah.
  3. Suis plug tuh walaupon satu jeh untuk seorang penghuni, tapi takde hal lah nak bawak extension wire *wink wink*
  4. Low seniority. Means kami takde lah kena beriya sakan tegur senior senior tuh. Just berbudi bicara jaga tingkah laku. That's fine. Diorang tak kacau pon hidup saya so far. Plus that, mostly diorang lebih focus on first year degree students.
  5. Tandas boleh tahan bersih sbb hampir setiap hari makcik makcik cleaner sentiasa menjalankan amanah mereka sebaik mungkin. *tabik hormat*
  6. Sejukkk. Tapi dengan syarat, bersihkan dulu kipas hehe. Alaaa dua kali setahun cukup.
  7. Boleh sidai baju tanpa nak bertudung berbaju lengan panjang. Sebab design blok nya tertutup. So no worries. Just kena lari laju laju kalau ada announcement pekerja laki nak masuk blok hehe.

And banyak lagi, seriouss! Tuh baru citer keadaan bilik and blok. Belum lagi citer facilities KPZ tuh sendiri. Banyakkkk and lebih kurang jeh macam kolej lain. Perbezaannya, you guys kena discover sendiri. Baru adventure katakan.


Pemandangan dari bilik 110 Blok Bestari, Kolej Pendeta Za'ba.
Tapi nih gambar tahun lepas. Tahun nih punya serious rumput dy hijau memukau. 

Then, masa orientasi.
Orientasi Asasi ngan Kolej lain tau. Asasi punya 3 hari jeh, yang kolej seminggu. Orientasi Asasi best dengan macam macam input boleh dapat. Masa tulah, semangat berkobar kobar nak score 4flat lah, nak jadi produktif lah, nak tuh lah, nak nih lah. Trust me, masa orientasi, kamu akan rasa macam kamu boleh beat semua orang. Haha well lets see whats gonna be happened througout one year Asasi. Muahahaha.

Orientasi kolej lagi lah seronokkk. Takde istilah nak raging raging nih. Sebab senior/mtm KPZ tersangat lah baik. Maybe sebab kitorang budak Asasi yang stay KPZ nih semuanya perempuan jeh, so tak sampai hati nak tengok budak budak cute comel lote nih menangis nangis maybe. Hohoho. Trust me again, takde yang teruk. Even yang ala ala night walk masa malam terakhir tuh still fun bagi saya. Nak ketawa rasa. *ecehhhh berlagaqqq*

Masuk jeh sesi pembelajaran adalah moments yang sangat menarik and best and tak boleh dilupakan. Masa nih lah you guys will create as much as possible experiences and moments with friends, lecturers, Asasi staffs, Hicomms and everyone. Seriously, rinduuuuuu sangat. One year isn't enough for us to gaduh gaduh, masam masam muka, malu malu kucing, or whatever else. Maybe sedikit pergaduhan tuh tak boleh nak dielakkan. Sometimes, fights are much better lessons than loving right.


Salah satu tempat kami menuntut ilmu, Kompleks Akademik E, or better known as KAE.
**credit to Intan Huwaina for this nice pic**



Pemandangn dari tingkat atas KAE. Nun bangunan kat kanan tuh bangunan ASASI 1.

Tapi kalau setahun just nak focus on study, memang rugi lah. Please lahh, balance everything, dunia-akhirat, keperluan-kehendak, study-outing, saving-shopping, serious-seronok, bergurau-respects, and much more. Ini lah permulaan untuk you guys to face everything. And macam nih jugak lah kena diterapkan masa degree and so on.


Creating memories as mush as we can. So we were celebrating Fati's and Jiha's birthday.
Sambil sambil ber-BBQ dengan kuliahmates, kita bergambar dulu sesama girls jeh :P

Okeh back to the landasan, sistem pembelajaran kat sinih boleh tahan packed and boleh tahan renggang. Depends pada waktu tertentu. And depends jugak pada keaktifan hicom. Untuk batch 9 nih, penuh pancaroba. Macam macam berlaku. Sometimes i always thought that why it must be on my batch? Why? Tapi pengalaman katakan.

With lecturers that mostly berpangkat kan "doktor", bersijilkan PhD, master, i was quite nervous at back time if my performance wasn't good enough, honestly. Tapi serious, another new experiences, sebab sesetengah lecturers adalah foreigner! Masa sem 2, daripada 6 subjek yang belajar, 4 daripadanya diajar oleh lecturer foreigner! Memang otak tepu dengan English jeh masa tuh.

The reasons why "boleh tahan packed"
Asper ada 2 test and 1 final exam for every semester. And satu semester ada 16 minggu which 4 bulan. Pembahagiannya, 14 minggu untuk sesi pembelajaran, and another 2 weeks for final exam week. Okeh, final exam ada minggu khas dy, so 2 test tuh campak kat mana? Test 1 diadakan pada malam minggu 4/5 and test 2 pada malam minggu 9/10.Haha this is one of the reason, why saya cakap boleh tahan packed walaupon takdelah sepacked budak budak matriks huhu. 

Masa mula mula dulu memang tunggang langgang jap jadual. Sebab pagi kuliah still berjalan seperti biasa, habis kul 4 petang mostly. Then siap siap, kul 8 malam datang balik untuk sit for test. Nampak macam, "ohh takde lah pack mana" kan? Haha untuk saya yang otak tah pape waktu tuh, serious tak tipu, memang tunggang langgang nak sesuaikan diri. Sebab kalau "nasib baik", masa test week tulah, ada presentations, ada amali pertanian, ada amali bio/chem/phy which is mostly kena hantar pada hari yang sama or sehari selepas tuh. So bila nak study untuk test nya? Masa tuh jugak lah saya belajar jangan study last minute. Tapi buat jugak =='

Belum cerita kalau hicomm or pihak Asasi buat program. Dengan Hunger Games, War Games. Penat tapi berbaloi :)

Untuk "boleh tahan renggang",
Sebabnya, kitorang tak belajar direct terus dari kul 8 sampai 4 petang. Mostly akan ada gap 1 atau 2 jam. So basically, sehari dalam 2 atau 3 lectures. Untuk case saya lah, masa sem 3, hampir setiap hari Selasa kuliah cuma satu jeh. Even sampai takde langsung sehari suntuk. Hmm actually bukan setakat boleh tahan tau, rasa bahagia tahap dewa mungkin. Okehh over :( 

Untuk bab makan, so far alhamdulillah takde lah sampai rasa nak mati kelaparan. Foodcourt memang dekat dengan KPZ. Untuk K13 siap ada kafe sendiri. Kat Pusat Asasi pon ada jual jual makanan. Semua student Asasi kan dapat tajaan KPT dalam 1K setiap sem(depends pada yuran universiti masing-masing). Cukup sangat kalau pandai berjimat. Macam saya, hmmm no comment haha.

Kalau stress, petang petang boleh turun Bukit Ekspo. Tempat riadah warga UPM. Nak ushaa abang abang sado pon boleh jugak. Okeh tak baikk huhu.


Part of Bukit Ekspo's scenery.

Dari segi transportation pulak, bimbang jugak masa mula mula masuk dulu takut takut transportation dy tak bagus ke. Tapi overall, 4 daripada 5 bintang saya berikan. TAHNIAHHH!!! Haha. Nak outing keluar dari UPM pon siap ada bas ke KTM Serdang lagi bedahhh. Dari situh barulah kena tanggung sendiri naik KTM, kalau nak pergi Midvalley ke, Times Square ke, KLCC ke, Putrajaya ke or ape ape lah. Paling dekat, pergi The Mines Mall. Tak payah naik komuter. Just seberang jalan. Kalau nak pergi kuliah, lagi lah berduyun duyun bas disediakan. Masalah pengurusan masa diri sendiri jelah.

Yang kurang satu bintang sebab, hmmm no comment. Tak boleh dinyatakan di sinih. Takut kena saman haha. Maybe lain orang lain pendapat.

Hmm ape lagi nak di share kan? Rasa macam dah semua kan. Okehh bye bye. Love you ^^


Few of Asasi Sains Pertanian Batch 9 2013/2014. After the closing of Hunger Games week.





Well untuk extra bedtime stories, boleh lah roger roger blog kawan saya sorang nih ^^ Syaimaa Said 


**post nih takde lah nak share moments mana pon, just mukadimah ecehhh buang masa you guys jeh nak baca**

7 comments:

  1. Salam . Saya amik asasi . Khamis ni register . Dan saya pun dapat KPZ . First2 saya rasa macam ala nape tak dapat kolej 13 sbb saya baca kat blog2 semua kata kolej 13 best . Most of student asasi semua stay situ . Tapi lepas baca blog ni saya rasa KPZ is much better ��

    ReplyDelete
  2. salam hai adik..akk nora wakil dari Kolej Pendeta Za'ba, UPM.. walaupun blog ni da lama, sy masih gembira membaca & mendengar respon dari ex-student kpz..just nk minta hidupkan link pada perkataan Kolej Pendeta Za'ba tu boleh dgn link seperti dibawah ?

    http://kpz.upm.edu.my/ ? ini adalah web rasmi KPZ, UPM.. & jangan lupa juga follow blog KPZ untuk mengetahui maklumat terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Website Rasmi : http://kpz.upm.edu.my/
      Blog KPZ : https://kpz9upm.blogspot.com/

      Delete
    2. Waalaikumussalam. Maaf kak, ambil masa yang lama untuk reply komen. Saya dah update link pada perkataan Kolej Pendeta Za'ba 😄

      Delete