Thursday, May 2, 2024

Antara momen yang umi akan rindu

Antara momen yang umi akan rindu — tidurkan Sofea. 


Lately, Sofea is being such a sweet little girl. 


Bedtime routine Sofea.


Umi buatkan susu. 

Setting katil. 

Baringkan Sofea dekat bantal.

Susun be-bear dia baring bersebelahan dia. 

Selimutkan Sofea, tapi pastikan kaki terkeluar sikit. 

Sebut ‘iloveyou’ sambil flying kiss. 

Cium pipi kanan,

Cium pipi kiri, 

Cium dahi,

Kalau rasa nak bergurau sikit, umi cium lagi dahi dia berkali-kali.

Tutup lampu,

Umi baring sebelah dia. 

Umi bacakan Al-Fatihah. 

Umi bacakan doa tidur. 

Umi selawat syifa berkali-kali. 

Umi zikir ‘Lailahaillallah’ & ‘Ya Allah’ berkali-kali sampai umi agak letih, lepastu umi stop. 

Kalau Sofea belum tidur, umi cium pipi dia sebelah, then umi pura-pura lelapkan mata. 


Macam malam ni, settle semua tu, Sofea palingkan badan dia membelakangkan umi, tak lama lepastu umi intai sikit tengok dah tertidur. 

Mungkin dia nak rasa menyandar ke badan umi kot. 


For sure, umi akan rindu momen semua ni 🩷🀍


Umi ingat lagi, sebelum ni Sofea tidur nak beriba je. Pagi petang siang malam, tak bagi chance langsung umi nak baring. Dia marah, dia nak umi duduk, then dia tidur atas riba. Sampai sakit badan umi. Kadang-kadang terjaga dari  tidur dalam keadaan masih terduduk. 


Tapi bila tengok dia baring atas riba tu, umi tahu, umi akan rindu semua ni. 


Kadang-kadang terdetik dalam hati umi, jadi manja umi selamanya ye, boleh? 

Tapi tak pasti lah bagus atau tidak umi wish macam tu. 


One day if you read this Sofea, and if I’m still alive, bila-bila datang jelah pada umi, kalau rasa nak baring atas riba umi lagi. I’m always available for you 🩷🀍



Love,

- umi. 


Ps. Sofea, 21 bulan. 

Sunday, April 28, 2024

DIY-toy for toddler

Toy yang ketiga umi buat untuk Sofea. 




Cuma yang ni upgraded version dari yang first one. 

Boleh refer sini. Link 

Cara buat pun sama je dengan yang toy yang pertama tu. 


Kalau yang first one tu, Sofea main sebelah tangan je. Toy pun statik atas permukaan. 


Tapi this version, Sofea kena main menggunakan kedua-dua tangannya. Tangan sebelah nak kena pusing-pusing roll tu, sebelah lagi nak kena masukkan cotton bud dalam lubang warna yang sepadan. 


My advice, guna tissue roll yang keras sikit. Supaya tak mudah kena penyek πŸ˜…πŸ˜‚


Harap bermanfaat!


Love,

- f.  

Sunday, April 21, 2024

Pengalaman bersalin anak pertama di Langkawi

Rasa macam kelakar pulak. Anak dah 21 bulan dah, baru sekarang nak cerita pengalaman bersalin πŸ˜‚


Tapi sebab saya jumpa screenshot status saya yang lama, jadi saya rasa macam sayang pulak nak delete macam tu je. So lebih baik tampal sini. 


Yang saya share ni bukan lah pengalaman semasa di hospital ye. Tapi pengalaman untuk persiapan sebelum bersalin dan pengalaman mental selepas bersalin. 


Untuk pengetahuan, saya bersalin di hospital kerajaan di Langkawi, dan berpantang sendiri dengan suami tanpa keluarga. 


So, enjoy reading!














Kita akhiri entry kali ni dengan reveal berat 10 hari selepas bersalin. 😌



Berat saya sebelum mengandung dalam range 41-43kg. 


Love,

- f.

Saturday, April 20, 2024

Sofea says : abiiidaa & amiituu

Sofea ni dah macam ada tanda-tanda nak boleh sambung dua perkataaan. 


Abiiidaa, means habis dah

Amiituu, means ambil tuh


Taktau lah kalau bagi Sofea, it is ONE word.


Tapi sebab sebelum ni dia sebut ‘abii’ sahaja (means, Habis) & ‘amii’ sahaja (means, Ambil), so I guess bila Sofea sebut abiiidaa & amiituu tu dikira two separate words lah kan?


Issokayy, panjang lagi perjalanan, banyak lagi masa. 


Tugas umi kena rajin borak dengan Sofea 24/7. 


Tapi umi letih… πŸ˜…


Sofea sekarang banyak betul akalnya, dan banyak jugak becoknya. Tak terdaya umi nak melayan πŸ˜…πŸ˜‚


Tapi demi anak umi yang celik pandai ni, umi gigihkan 🀲🏻πŸ’ͺ🏻🩷🀍



Love,

- umi.



Ps.


Sofea suka main suap makanan ‘halimunan’ ke umi. Umi pun acah-acah lah mengunyah πŸ˜…


Lepastu Sofea dah suap umi berkali-kali, dia cakap ‘abiidaaa’. Means, habis dah makanan dia πŸ˜‚


Sofea, 21 bulan 

Wednesday, April 17, 2024

Lipat baju bersama Sofea

Umi lipat baju dekat bilik Sofea. Sofea tak tolong pun, dia sibuk main mainan dia πŸ˜…πŸ˜‚


Lepastu dia nampak baju swimming dia. Terus dia nak bukak baju dia, and nak pakai baju swimming dia.



Umi : Ehh tak bolehh. Kena tunggu abah balik baru boleh pakai baju ni. 


Sofea masih dengan percubaannya nak bukak baju dia (tapi dia tak reti pun lagi). 


Umi tetap kena pujuk elok jugak ni sebab dah dengar dia dah rengek-rengek manja. 


Umi : Sofea… abah tengah kerja. Nanti tunggu abah balik, Sofea pakai baju ni, lepastu mandi kolam sama-sama dengan abah ye…?


She calms down a little bit. Lepastu sambung main sensorang. Fuhhh lepas satu bab. 


Lepastu umi lipat baju ni.



Sofea : ABAHHHH!!!


Umi : Ye…. Abah punya baju….


Hmmm budak dah makin celik ni. Umi nak lipat baju pun tak tenang. Tapi sempat lah jugak umi ambil gambar baju untuk buat content dalam blog 🀣


Okayy itu jelaa ceritanya πŸ˜‚


Love,

- umi.