Showing posts with label Toddler Activity. Show all posts
Showing posts with label Toddler Activity. Show all posts

Friday, March 7, 2025

Aktiviti dengan anak #004

Haritu ada baca, aktiviti mewarna ni bagus. Selain didik anak untuk fokus (mewarna within the lines), dapat juga memanjangkan lagi daya fokus anak. Lagi cermat anak mewarna (takde comot-comot terkeluar sana sini, tolak tepi kemahiran berseni dan mewarna), lagi tinggi daya fokus dan ‘self control’ anak. So rasanya, aktiviti mewarna mungkin boleh dijadikan rutin seminggu sekali, or sebulan sekali, or dua-tiga bulan sekali. Depends pada jadual dan rutin kita😘



Tajuk aktiviti 004 : 

— Warna warni kehidupan gittew😆


Target umur : 2 tahun+


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & Psikomotor (motor halus)

2/ Kreativiti & Estetika 


Bahan-bahan diperlukan : 

- Kertas/buku kosong/ buku mewarna 

- Pensel warna / crayon dan seumpamanya 


Langkah-langkah

1. Mulakan dengan lukis bentuk yang mudah seperti bulat, petak dan seumpamanya. 

2. Untuk permulaan, lukis dua bentuk yang sama. Satu bentuk untuk diwarna oleh anak, satu lagi bentuk untuk kita yang mewarna supaya anak boleh mencontohi fokus dan cara kita mewarna. 

3. Bagi anak ruang dan peluang untuk habiskan mewarna tanpa kita bantu. Tapi boleh guide untuk anak penuhkan ruang-ruang yang masih lopong. 

4. Dari semasa ke semasa noleh lukiskan bentuk-bentuk yang anak minat seperti haiwan, kenderaan, watak kartun dan sebagainga, sehingga lah anak boleh fokus mewarna dalam buku mewarna yang lebih kompleks dan besar lukisannya.


Catatan

- Sofea ketika ini 2 tahun 7 bulan. 

- Saya takde beli crayon or pensil warna baru. Saya pakai je apa yang ada (highlighter, marker berwarna, pen, crayon semua tu) kasi jahanam😅 Tujuan utama adalah nak bagi dia belajar fokus terlebih dahulu, sambil betulkan posture tangannya.

- Sengaja saya lukis lukisan untuk saya lebih besar dari dia. Sebab kononnya nak bagi habis serentak. Nanti saya habis mewarna dulu, dia ingat dia punya pun dah settle jugak, padahal banyak lagi lopong.

- Yang gambar Doraemon kat atas 👆🏻 tu Sofea warna ikut kreativiti dia😅






Love,

— f. 

Friday, July 26, 2024

Aktiviti dengan anak #003

Tajuk aktiviti 003 

— Squeeze the water out 


Target umur : 1.5 tahun+ 


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & psikomotor (motor kasar) 

2/ Deria & pemahaman 

3/ Bahasa, Komunikasi & Literasi



Bahan-bahan diperlukan : 

- Tray/bakul besar (optional) 

- Jug plastik atau baldi kecil, berisi air 

- Span 

- Cawan atau botol air kosong


Langkah-langkah : 

1. Demo kan cara ambil air dari jug/baldi menggunakan span, dan ‘squeeze’ air dari span ke dalam cawan/botol air. 

2. Biar anak tiru dan cuba sendiri.

3. Bila air dalam cawan dah penuh, minta anak tuangkan kembali air ke dalam jug/baldi kecil. 

4. Perkenalkan kosa kata baru kepada anak — span, merah, kuning, tumpah, etc. 



Catatan : 

1. Untuk permulaan, saya guna cawan. Sebab nak bagi pendedahan pada konsep span. Later on bila dah mahir ‘squeeze’ boleh upgrade level dari cawan kepada botol atau apa-apa yang lebih kecil bukaan untuk laluan air. 

2. Kalau tak sanggup hadap air tumpah, boleh main dalam bilik air, atau sediakan waterproof mat, instead of alaskan dengan tray besar. 

3. Sofea spend almost 20 minutes, sebelum keadaan menjadi terlalu basah kuyup macam nak banjir 😅

4. Sofea, 2 tahun 11 hari.


Love,

— f.

Tuesday, July 16, 2024

Aktiviti dengan anak #002

Tajuk Aktiviti 002

— Hari Pertama Internship di Katering 🤣


Target umur : 2 tahun+


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & Psikomotor

2/ Bahasa, Komunikasi & Literasi 

3/ Awal Matematik & Pemikiran Logik


Bahan-bahan diperlukan : 

- Besen/bekas air x 2

- Beberapa bola kecil

- Senduk besar

- Air 


Langkah-langkah : 

1. Isikan air ke dalam kedua-dua besen/bekas air. 

2. Letak beberapa bola kecil dalam satu besen. 

3. Tunjukkan cara untuk menyenduk bola dari satu besen ke satu besen. 

4. Untuk capai bidang perkembangan (2) & (3), boleh sebut warna bola, gunakan perbendaharaan kata baru dan kirakan bersama anak-anak.

5. Ulang beberapa kali dan biar anak explore. 



Catatan : 

- Air dalam besen tu jangan letak banyak sangat. Letak dalam 10-20% sahaja pun cukup. Biar nipis sahaja lapisan air dalam besen supaya mudah untuk anak sendukkan bola. Dalam video ni, saya terletak banyak, jadi agak susah untuk Sofea sendukkan. 

- Aktiviti ni inspirasi dari video anak kawan yang buat aktiviti di taska 😁

- Sofea main 30 minit, itupun saya terpaksa buat timer sebab dah basah sangat dekat lantai. Kalau tak, lagi lama lah kot 😂 

- Bekas kuning tu gigih cari dekat Mr DIY, RM7.90, saiz M 😂 

- Ye, Sofea pakai baju terbalik. Saya malas nak betulkan semula 😅

- Sofea, 2 tahun 4 hari.



Love, 

— f. 

Monday, June 24, 2024

Aktiviti dengan anak #001

Slot baru, episod 1 😂


Dia sama konsep macam DIY Toy tu. Cuma bezanya, diy toy tu, boleh main berulang-ulang, tanpa kena buat semula. 


Kalau ‘aktiviti dengan anak’ ni, mostly one-off try. Lepastu nak main lagi, kena prep lagi bahan. 


Tapi dua-dua benda tuu, kita as parents kena participate and involved sekali dengan anak, baru anak rasa seronok.


So kita straight forward. 


Aktiviti 001 

— Jauhkan kotoran itu! (Kemaennn tajuk aktiviti punnn 🤣)


Target umur : 2tahun+ 


Bidang Perkembangan : Deria & Pemahaman Persekitaran 



Bahan-bahan diperlukan : 

- Pinggan polistrin putih (or mana-mana pinggan plastik boleh) 

- Serbuk lada hitam 

- Serbuk lada putih 

- Sabun basuh tangan (atau apa-apa sabun) 

- air 


Langkah-langkah : 

1. Isi air ke dalam pinggan sehingga hampir penuh. 

2. Taburkan serbuk lada hitam dan lada putih. 

3. Sapukan sabun ke jari atau tapak tangan anak. 

4. Perlahan-lahan celupkan jari atau tekapkan tapak tangan anak yang bersabun ke dalam pinggan yang ‘kotor’ itu. 

5. Boleh terangkan secara ringkas kepada anak. Sesuaikan laras bahasa mengikut usia anak. 

6. Boleh ulang 2-3 kali, dan boleh juga ulang aktiviti ini secara berkala. 





Catatan : 

- Saya buat dekat bilik air, time mandi, sebab malas nak hadap messy dekat luar. 

- Aktiviti ni inspirasi dari IG. Tapi lupa nak save link.

- Sofea 1 tahun 11 bulan. 


Love,

— f.

Friday, June 21, 2024

DIY-toy for toddler #Part6

Toy untuk June 2024. 


Inspirasi dari SINI.



Tapi saya takde cup jelly, so saya ganti apa yang ada dekat rumah, iaitu penutup botol. 


Aktiviti ni rasanya sesuai untuk anak umur 2-3 tahun. Sofea baru 1 tahun 11 bulan. Jadi dia tak berapa tangkap lagi flow nak main macam mana, eventho saya dah explain dah pun. 


But issokay. Purpose pertama saya ada lah nak bagi Sofea kenal ‘new’ sensory iaitu pompom ball tu sendiri. 


Usia Sofea sekarang ni dia dah faham dah mana yang boleh masuk mulut, dan mana yang tak boleh masuk mulut. So boleh dah laa nak introduce pompom balls tu. Tapi still kena pantau. Sebab kadang, datang jugak angin dia nak try gigit or jilat 😂 


Pompom balls tu saya beli dekat Shopee jugak! KLIK SINI  


Love,

— f. 


Ps. Klik label ‘Toddler activity’ dekat bawah entry ni untuk baca contoh-contoh DIY-Toy yang saya pernah buat sepanjang 2024 ni 😁 

Wednesday, June 5, 2024

DIY-toy for toddler #Part5


Untuk DIY-Toy bulan Mei, masih menggunakan konsep yang sama masa April, iaitu shapes puzzle. 

Tapi kali ni, saya buat satu bentuk ‘shape’ sahaja. 


Tujuannya supaya saya boleh main selerak-selerak pasang, kemudian bagi Sofea betulkan semula. 



Seronok tengok dia bebel-bebel bahasa dia sambil betulkan shapes puzzle tu 😂


Love,

- f. 


Ps. DIY-Toy yang sebelumnya boleh tekan link di bawah. 


PART 1 — JANUARY 

PART 2 — FEBRUARY

PART 3 — MARCH

PART 4 — APRIL