Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Friday, November 22, 2024

Kelas Tauhid bersama Sofea

Umi : Cepat dikk, umi nak solat (Maghrib) pulak lepas ni. 

Sofea : Aalaaaa…

Umi : Ehh mana boleh. Umi kena solat. 

Sofea : …okayy

Umi : Umi kena solat 5 kali sehari. Semua orang kena solat 5 kali sehari. 

Sofea : Okay..


Macam fahammm je budak ni kan😂 



Love

— umi. 


Sofea, 2y4m, Sandakan. 

Wednesday, November 13, 2024

Sofea : 28 months

Menyesal pulak umi pasang lagu Ernie Zakri — Masing-masing tu. 

Terus budak kecik ni mintak pasang hari-hari fefeeling galau. Halahhhh😂 



Secara keseluruhan dan umumnya, sebulan ni Sofea sweet sangat. Entah laa. Umi rasa sejuk je layan perangai Sofea. Kalau boleh nak peluk dia hari-hari taknak lepas. 


Tapi menghampiri genap 28 bulan ni, umi burnt out. Mungkin sebab dah terlalu lama abah Sofea PJJ, jadi mental dan emosi serba serbi tak kena. Ofc, tempias kuat terkena pada Sofea. 


Bila mental dan emosi umi ‘meragam’, Sofea pun akan sama-sama meragam, lagi lah bertambah ‘meragam’ mental dan emosi umi. Tapi apa pun, itulah dunia. Tempat kita sentiasa diuji. Ujian buat umi untuk besarkan anak seorang diri jauh dari suami. 


Apa-apa pun umi saaaaayanggggg Sofea (sambil peluk Sofea)🩷🤍 


Love,

— umi 

Tuesday, November 5, 2024

Sofea : 27 months


Comel sebenarnya bila mulut dia dah boleh form simple sentences. 


Tapi tulaa, umi pulak pening sebab mulut dia duk potpetpotpet. Umi ni sejenis sukakan ketenangan. Sedangkan drive kereta pun off radio/lagu, dekat rumah pun selama ni tak on sangat tv, tiba-tiba dapat anak jenis bercakap non-stop😂


Tapi nak kena ada boundaries. Sebab umi sejenis auditory sensory mudah trigger. Bila dah sensory overload ni, mula lah jadi serabut cepat je nak baran. Jadi nak tanak kena belajar urus semua ni. Dalam pada meraikan anak yang tengah petah bercakap, umi kena susun atur mental umi supaya tak mudah terganggu dan terkesan. 


Love,

— umi. 

Sunday, November 3, 2024

Sofea : 26 months


Ingatkan masa Sofea 25 bulan, umi dah cukup struggle dah. Rupanya tidak ya. 


Sebagaimana Sofea emosi dia macam roller coaster 🎢, 

Macam tu lah jugak umi emosi macam roller coaster 🎢. 


Menguji betul fasa ni🥺


Belum cerita Sofea demam-muntah-cirit. Abah Sofea pulak jauh nun di Sarawak. Dengan umi pun sama jangkit muntah&cirit. Nasib satu hari je umi kena. 


Alhamdulillah, masih survived. Allah bantu🤲🏻🫶🏻 


Love,

— umi. 

Thursday, October 17, 2024

Art berat by Umi : orangutan

Umi siap-siap lukis, umi tanya Sofea ni apa?


Sofea jawab, orangutan. 


Kiranya takde lah gagal mana lukisan umi kan kalau Sofea boleh cam hahah 😂 



Love, 

- f. 


Sofea, 2 tahun 3 bulan 

Sandakan.

Saturday, July 13, 2024

Sofea : 24 months

HAPPY TWO YEARS 

MY SWEET SOFEA ❤️🩷🤍 



Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je lagi umi contraction nak lahirkan Sofea. Tau-tau dah setahun. Tau-tau dah dua tahun sekarang 🥹


Makin banyak akal, dan ragamnya. Dan masih banyak yang umi perlu tambahbaik dalam diri umi untuk Sofea. 


Demi sebuah keluarga yang Allah redha, umi doakan yang baik-baik buat Sofea dan seluruh keluarga kecil kita 🤲🏻🤍 


Sehingga ke hari ini, Sofea masih mencari riba umi untuk duduk ataupun baring. Semoga sampai dewasa pun tetap rapat dengan umi macam sekarang ye, sayang. 


Umi, abah sayang Sofea dunia, akhirat. 


Love,

— umi. 


Wednesday, June 19, 2024

Tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom

Haritu buat tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom. 


Rasanya tak perlu tulis resepi kot dekat sini, sebab memang ambil sebiji dari Youtube Che Nom Tomyam Putih Ala Restoran Thai 


Cuma bezanya, saya takde lengkuas dengan cendawan tiram, jadi saya tak letak.

Lepastu saya tambah bawang putih 3-4 ulas, just ketuk je macam tu tak perlu hiris atau cincang, sebab Sofea suka bawang, jadi saya tambah lah beberapa. 

Dan tambah carrot jugak. 

Oh ye, jus limau nipis tu pakai pati limau nipis yang jual dalam botol.

Lagi satu, tambah ayam (protein tambahan). Sebabtu nama dia Tomyam Putih USA (udang sotong ayam) 😌 



Alhamdulillah, buat masa ni tak pernah lagi mengecewakan masak tomyam putih che nom ni. Walaupun kadang tu takde daun limau purut, saya langgar je, buat jugak. Tapi kalau ada, lagi aroma 😋 


Badan tak berapa nak sedap sebab semalamnya selsema, lepastu lately ni musim hujan sejuk je bumi Sandakan. Memang layan tekak makan Tom Yam Putih dengan nasi putih panas panas, sekali dengan telur dadar 🤲🏻


Saya jenis yang sekali masak, mesti asingkan sikit anggaran 1 portion makan, simpan dalam freezer. Buat stock frozen di hari malas nak masak 😂 


So dalam kes macam ni, selalunya bahagian-bahagian protein macam USA tu saya akan letak last sekali. Lepas dah settle semua bahan masuk dalam periuk, dah rasa kuah dia okay, asingkan sikit kuah dengan isi sayur dalam satu bekas, lepastu simpan dalam freezer. Yang balance dalam periuk tu, baru letak protein USA. 


Nanti, bila nak panaskan stok tomyam putih frozen tu, just tambahkan jelah protein USA. Entah laa, saya rasa lagi fresh buat macam tu. 


Alang tu, nak share bekas simpan protein udang sotong ayam dalam portion satu hari makan untuk umi dan Sofea berdua sahaja. 



Bekas untuk udang dengan ayam tu beli sini je. CLICK HERE 


Bekas tu tak besar pun. Ayam isi boleh la letak. Kalau bahagian tulang, tak sesuai. Yang sotong tu, saya pakai bekas recycle lain. Sebab bekas yang beli dekat shopee tu beli 5 je nak try test. Nampak macam okayy ngam. Actually banyak lagi space untuk udang tu. Tapi sebab makan berdua je dengan Sofea, so letak udang pun ikut perut kami jelah 😂 



Udang tu saiz sederhana ye. Duduk Sabah ni memang peti ais meriah seafood sokmo! Umi nak beli yang saiz besar RM35/kg pun macam tak sesuai pulak untuk Sofea. Besar besar sangat takut dia tak reti makan. So ambil saiz sedang pun okay dah. 


Itu jelah. Jumpa lagi 🫰🏻


Love,

— f. 

Tuesday, June 18, 2024

Sofea says a lot

18 June 2024 

23 hari PJJ & solo parenting 


Situasi 1. 


Sofea : abii ye uwe… abii ye uwe.. (ulang berkali-kali selagi umi tak respon) 


Umi tengah basuh pinggan dekat sinki, toleh kepala ke belakang, tengok jari Sofea tunjuk ke periuk nasi. 


Umi : Ohhh… habis dah buih… 


Umi tengah masak nasi. So time beras tu tengah masak mendidih kan banyak buih naik. Lepastu bila beras dah masak jadi nasi, dah takde buih, itu yang Sofea cakap ‘abii ye uwee’. 


😌



Situasi 2. 


Sofea : Yi… yi… yi… awang…


Umi blur. 


Umi : Ohhhh…. Bawang… nak lagi..


“Yi yi yi awang” maksudnya, Lagi… lagi… lagi… bawang…


Dasar hantu bawang betul budak ni 😂 



Situasi 3. 


Sofea : juu juu juu juuu… aniii!!!! 


Umi dah gelak dengar dia cakap. 


Umi : Yeeee jommm mandiiii~ 😂


Umi selalunya kalau dah lambat nak keluar pergi hospital or klinik or mana-mana, mesti umi cakap ‘jom jom jom pakai kasut, umi lambat dah ni…’. 


So kali ni dia balas balik dekat umi 😂

Sofea pulak yang paksa umi suruh cepat ‘jom jom jom jom mandiiii~’ 🤣🤣🤣



Banyak betul drama harini. 


Tengah hari tadi, umi suapkan Sofea lunch nasi putih & sup udang. Tengah separuh jalan makan, dia boleh angkat takbir nak solat dekat tepi umi. Umi cakap, ‘Sofea nanti dulu, makan dulu, baru solat’. Tapi Sofea buat dek. Dia teruskan solat nya. 😅 Umi macam insaf sekejap. Umi dah bagi arahan yang melanggar syarak ke? 😅😂 Astaghfirullah 😅



Love,

— umi. 


Sofea, 1 tahun 11 bulan 5 hari, Sandakan.

Wednesday, June 5, 2024

Sofea, anak solehah


Impian semua ibu bapa,

Untuk miliki anak yang soleh solehah dunia dan akhirat. 


Tapi sejauh mana kita usaha,

Untuk membentuk anak yang soleh solehah dunia dan akhirat?


Parenting ni kan, 

Antara perkara yang kita kena faham, 

Ianya bukan sebuah konsep cause-and-effect. 


Kita buat 1, kita dapat 1. 

Kita buat A, kita dapat A. 

Bukan. 


Parenting ni,

Seperti perkara-perkara lain, 

Asasnya pada tawakkal. 


Tapi bukan semata itu. 

Ada dua perkara perlu terlebih dahulu dilaksanakan sebaiknya — Doa & Usaha,

Kemudian, tawakkal.


Ramai kata, 

Susunannya — Usaha, Doa & Tawakkal. 

Tapi, hasil pembacaan Seni Berfikir Yang Hilang,

Saya lebih berkefahaman untuk Doa dahulu, seiring Usaha, dan dilengkapi dengan Tawakkal.


Ada parents, dah sejuta kali doa, dah bermacam usaha, 

Tapi kalau Allah nak jadikan anak itu adalah ujian buatnya, 

— maka jadi lah, anak itu melanggar syariat dan menolak didikan ibu bapa. 


Ada parents, hidupnya bergelumang kemungkaran, 

Tapi kalau Allah nak jadikan dia adalah ujian buat anaknya, 

— maka jadi lah, anak itu tetap soleh dan solehah menutup aib ibu bapanya.


Kita lupa, bukan kita yang berkuasa untuk bentuk anak. 

Namun, kita kena sentiasa ingat, anak itu hadirnya sebagai amanah. 

Amanah itu yang harus dipikul dengan DOA & USAHA, 

Tapi takdir apa yang ditentukan untuk anak itu, kita TAWAKKAL dan redha. 


Umi bukanlah alim yang baik. 

Tapi tipu lah kalau umi tak sejuk hati. 

Melihat Sofea melakukan ‘aksi’ solat umi dan abah yang dirakam dalam otaknya saban hari — umi terharu. 


Mungkin terlalu awal untuk beremosi, tapi — 

‘Parenting is a lifetime amanah’. 

Tiada had masa untuk emosi,

Tiada had masa untuk doa,

Tiada had masa untuk usaha. 


Moga-moga Sofea menjadi anak yang solehah, berpegang teguh pada Islam, mencintai Rasul lebih dari dunia, dan sentiasa dalam redha Allah, dunia hingga ke akhirat. Aamiinn Ya Rabbal Alamin 🤲🏻 


Love,

— umi. 


Ps. Buku Seni Berfikir Yang Hilang, karya Ustaz Hasrizal, adalah antara penulisan yang hebat untuk akal dan fikiran kita.