Showing posts with label likuhidupchoi. Show all posts
Showing posts with label likuhidupchoi. Show all posts

Friday, July 12, 2024

Perbelanjaan makan sehari

Hahah. Haritu otak saya terasa macam nak run matematik congak. Makanya, mari lah kita kira berapa anggaran perbelanjaan untuk makan dalam sehari. 


(Please note that, masa saya draf ni, 10 July, hari Rabu, setakat saya dan Sofea sahaja ada di rumah.)



Ringkasan Menu 10 July 2024

1/ Pancake mini               — RM1.20 

2/ Jagung rebus                — RM1.50

3/ Pear                              — RM1.50

4/ Nasi Daging                 — RM10.00

5/ Spaghetti Bolognaise   — RM7.10 

6/ Air minuman               — RM1.40 

7/ Susu Sofea                   — RM2.90 

8/ Cream Crackers           — RM1.50 

TOTAL = RM27.10 


Disebabkan saya ni sejenis otak matematik, so saya kena ada ‘jalan pengiraan’ jugak walaupun setakat congak dalam kepala πŸ˜…


So here it is, ‘jalan kira’ untuk belanja makan sehari umi dan Sofea, 10 July 2024. 


Menu 1 — Pancake Mini 

1 bancuhan (Tepung gandum ~0.50. Telur ~0.70. Butter ~0.60. Baking powder ~0.25. Susu full cream ~1.85. Esen vanila ~0.60) anggaran kos ~ RM4.50, boleh dapat untuk 4 hari. Jadi anggaran sehari ~ RM1.20 


Menu 2 — Jagung rebus 

Beli dekat pasar RM6 ada 4 tongkol. Rebus 1 tongkol ~ RM1.50 


Menu 3 — Pear 

Beli 2 biji RM5.90. 

Potong separuh biji, saya genapkan anggaran ~ RM1.50 


Menu 4 — Nasi Daging 

Yang ni beli dari jiran, sebungkus RM10. 


Menu 5 — Spaghetti Bolognaise 

Spaghetti 3.38 / pek (4 portion makan). Masak 3 portion, ~ 2.60 

Sosej 3 biji. 1.20 

Ayam isi. 28.90/2kg. Anggaran 250g ~ 3.70  

Bawang holand 1/2 biji, saya anggarkan - RM1 lah senang πŸ˜‚

Sos Prego Bolognese 1 tin 5.80

Total, 14.30. TAPIIII, spaghetti bolognese ni saya masak semalamnya. Lepastu ada lebih, simpan chiller, harini just panaskan. So saya anggarkan balance tu separuh portion, ~ 7.10


Menu 6 — Air Minuman

Kami tiada coway. Jadi beli air minuman 1 carton RM10 ada 12 botol 1.5L 

Anggaran minum sehari 2.5L, jadi ~ RM 1.40


Menu 7 — Susu Sofea 

Harini Sofea minum 19 oz susu. Tapi susah nak anggarkan. Jadi saya kira ikut satu pek susu dia RM 28.90 boleh tahan sehingga 10 hari. Maka sehari anggaran, ~ RM 2.90


Menu 8 — Cream crackers

Biskut ni anggap macam jajan kudap-kudapan Sofea. Saya bagi on demand je. Anggaran 4 keping biskut Cream Crackers, ~ RM1.50



So total, belanja makan untuk 10 July 2024, adalah anggaran sebanyak RM27.10. 


Banyak jugak eh walau setakat berdua je umi dan Sofea. Berapa lah pulak anggaran belanja sehari untuk keluarga yang besar. 


Teringat haritu pernah makan bertiga, kami suami isteri dan Sofea di satu kedai nasi ayam di Sandakan. Total adalah, RM29.50. 

Tapi itu belanja untuk sekali makan. Bukan sehari. Banyak boleh jimat bila masak sendiri. 


Jadi dekat sini ada beberapa perkara yang boleh ditekankan.


1/ Walaupun isteri tidak bekerja dan tidak membantu apa-apa dalam penjanaan income sekeluarga, tapi kalau isteri memasak sendiri, tetap dikira isteri membantu dalam perbelanjaan keluarga. Para suami kena hargai usaha isteri. Tambah-tambah ini adalah usaha setiap hari tanpa rehat.


2/ Buat sendiri lebih jimat berbanding beli luar atau beli ready-made. Sebagai contoh untuk menu mini pancake dan menu cream crackers, walaupun perbandingannnya tak sama, tapi bila buat sendiri mini pancake boleh dapat untuk beberapa hari. Tapi jumlah yang sama hanya dapat beberapa keping biskut yang boleh dimakan dalam sehari sahaja. 


3/ Untuk yang suka meminjam duit orang, tapi liat nak bayar, sedangkan yang memberi hutang pun hidup dalam kesederhanaan. Sekecil mana pun nilai yang dipinjam, tetap ada harga dalam belanja makan harian si pemiutang. 


4/ Menu yang dijadikan contoh ini, adalah campuran ‘real food’ dan ‘processed food’. Gabungan menu dari makanan yang sihat dan menu yang kurang menyihatkan untuk dijadikan rutin. Makanan yang sihat ofc lebih mahal daripada makanan yang kurang sihat. Tapi kalau dah jatuh sakit, tiada nilai yang boleh dibeli untuk kembali sihat. Cubalah untuk amalkan gaya pemakanan yang seimbang. 


Sekian, dari seorang farahchoi yang tidak mahir serba serbi, tapi kita cuba sedaya upaya πŸ’ͺ🏻 


Love,

— f. 

Thursday, September 16, 2021

Perbelanjaan tunang farahchoi & soulmate 2018

Tunang tahun 2018, tahun 2021 baru nak tulis HAHA πŸ˜‚

Dah banyak yang lupa dah sebenarnya ni. Tapi nasib baik ada tulis sikit dalam bullet journal lama sebagai catatan. So why not up topik belanja tunang ni dekat sini, untuk ingatan di hari tua. Gittew ✨ 

Masa tunang dulu, memang buat simple, tade sewa pelamin. Pelamin homemade je haha. Makanan pun mak tiri yang buatkan. Pacak kanopi satu balai ke dua balai tak ingat. Baju beli yang bajet je. Time tu memang niat, asal jalan je majlis tunang ni. Sebab dugaan nak tunang pun dah macam hape. Belum lagi dah tunang πŸ˜‚

Tengok laaa, belum tunang lagi weh, dah start tulis ayat-ayat puitis menusuk hati gittew πŸ˜‚

Actually my husband yang ajak nak tunang. At first, SAYA TANAK! Haha. Yelaa dugaan nak tunang kan selalu mencabar. Tapi sebab dia insist jugak nak, so kita akurkan aje lah πŸ˜‚ Sekali hamekk kau dugaan sepanjang tunang tuu dah macam kapal tunggang terbalik dah πŸ˜‚ Baru dia tahu langit tinggi ke rendah πŸ˜‚

So ni perbelanjaan untuk tunang farahchoi & soulmate pada 30.12.2018.

Cincin tunang : RM 600
Cincin risik (belah rotan) : RM 300
Hantaran lelaki : RM 300
Hantaran perempuan : RM 300
Pelamin : DIY
Baju lelaki : 0
Baju perempuan : RM 99
Makan (~50 orang) : RM 500
Perjalanan pihak lelaki : RM 300
Kanopi : Sponsor
Goodies : Sponsor

TOTAL = RM 2,399 + RM 500 (akak sponsor)

Masa tunang ni rasa macam dah habis berjimat dah. Tapi sekarang ni bila tengok balik, boleh tahan mahal jugak hahah.

Sebab ni first time saya ambil tahu secara langsung bab-bab majlis ginihh. Sebelum ni mana kisah hahah. So memang clueless habis sebenarnya.

Teringin jugak nak tahu orang lain punya total hangus untuk majlis diorang. Kalau korang ada share perbelanjaan untuk majlis korang, boleh lah drop dekat komen untuk saya baca hihi

Love,
f.

ps. Gambar-gambar banyak yang saya dah delete masa gaduh dengan bekas tunang haha. Teruk jugak laaa gaduhnyaa sampai tahap delete semua gambar, delete semua chat dengan dia. Tapi antara gambar dengan chat WhatsApp, saya lagi sedih part delete chat πŸ₯² sebab banyak kenangan dalam WhatsApp tu. Banyak words of couragement, and kisah kematangan kami berdua huhu. Tapi takpe lah, benda dah berlalu, move on aje lah.

So dekat sini, saya tampal laa sikit gambar saya curi dari archieve instastory HAHAH.


Hiasan dulang hantaran ni saya buat sendiri dengan kakak tiri saya. Tapi sebab saya tak pandai, so dia laa yang banyak ajar. Saya cuma sambung and siapkan.


Memang last minute sungguh sebenarnya. Dua hari lagi nak tunang. Dah laa minggu study week πŸ₯² 


Ni semua hantaran dari pihak saya. Semua tu tempah dari merata tempat. Jangan tanya dengan siapa sebab tak ingat dah hahah. Yang buah je buat sendiri hehe


Dalam banyak-banyak yang ni laa paling saya rasa terliur sekali. Dalam hati duk pikir kenapa laa tak tempah dua. Sekarang bila tengok balik, terliur laa pulak πŸ˜‚


Pelamin ni homemade. Hasil tangan taktahu laa berapa ramai hahah 


That’s it. Penutup 2018 yang indah gitcheww ✨ 

Wednesday, August 4, 2021

Berkongsi Hak

As my relationship with husband has always been long-distanced since the beginning, so most of the time we just talk through the phone. Rasanya boleh dikira dengan jari berapa hari je kami berjumpa and spend time together. Sobs 😒

We started our relationship on February 2018. And few months later, he proposed for engagement. At first, SAYA TAKNAK! Haha. Sebab rasanya semua orang tahu dugaan tunang ni mencabar. I was scared to go through that phase of relationship. Tapi dia nak jugak, so kita akur kan aje lah πŸ˜‚

I know that I’ve been writing a lot (somewhere in my phone) through the hardships of our relationship since before and during engagement. But seems like I can’t find it. Tercari-cari jugak lah dekat mana saya simpan semua ‘karya’ tu. Karya sangat! Kau ingat kau A. Samad Said? πŸ˜…

Somehow I found this. From my old WhatsApp group that I made just for my engagement preparation back then in 2018.


I remembered this from one of our phone calls, he said “nak buat macam mana sayang... negara dah beli nyawa abang...”

I tried to recall this, tapi masih tak jelas what is all about.

To tell the truth, I never questioned his career. But I assume that I might question him why is it difficult for us to be like normal couples out there. Boleh settle cari barang tunang sama-sama. Boleh ada for each other closely. So maybe that is why he said that ‘negara dah beli nyawa abang’.

Fast forward, we engaged on December 29th, 2018, a month later.

Ini adalah titik tolak untuk saya sentiasa ingat yang saya berkongsi ‘hak’ dengan seluruh 32 juta rakyat Malaysia. Something that I have to learn and adapt very well for a long time, just like the other para isteri tentera. Sebab tentera adalah aset negara. And I am marrying to aset negara.

To all para isteri tentera, you all are really amazing. Sabarnya kamu memberi inspirasi kepada kami yang setahun jagung ni untuk sama-sama berjuang di belakang tentera kita.

Love,
f.

Monday, June 8, 2020

Cov-Eid Mubarak 1441 H

Hello guys!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Walaupun harini dah 16 Syawal, tapi masih dikira sebagai bulan raya kan kan kan πŸ˜†

So entry kali ni nak cerita pasal Raya of course! Dan Puasa. Dan Covid-19 😊

To be honest, Covid-19 ni memberi 1001 hikmah pada semua, especially pada I sendiri. Ramadhan dan Syawal kali ni memang lain dan memberi satu suntikan semangat pada I. Hadirnya Covid-19, wujudnya PKP dan PKP Bersyarat, I jadi slow down sikit fikir pasal hal-hal dunia.

Supposedly lepas je I habis belajar bulan 2 haritu, I dah boleh mula job hunting. Tapi biasa lah manusia biasa yang lemah dan tak berdaya ni, I rest dulu dalam 2-3 minggu sebelum mulakan misi job hunting. Dalam duk leka nak rest kejap, TIBA-TIBA! Jeng jeng jeng!

Malaysia mengalami gelombang kedua Covid-19 pada awal March haritu dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) dilaksanakan. Jadi bermula 18 Mac PKP dilaksanakan, ramai yang terjejas terutamanya dari segi pendapatan. I punya plan nak job hunting pun terjejas sebab apply banyak dah, tapi satu pun tak sangkut πŸ˜‚ In fact, I dengar ramai yang kehilangan kerja. Allahu, semoga kesabaran mereka semua ini Allah lipat gandakan kemudiannya, aminn.

So sepanjang PKP, I mula belajar memasak. Tapi makan seorang apa lah sangat kan. Pusing-pusing lauk yang sama. Siap bahagi dalam beberapa bekas lepastu simpan dalam freezer, tak perlu lah masak setiap hari. Dasar pemalas! Hahahah πŸ˜†

Tapi atas faktor-faktor tertentu, I decide untuk balik rumah kat Kuantan (I antara yang stranded dekat Selangor sebab baru habis belajar), memandangkan ayah I seorang je kat Kuantan. I tak sanggup nak memikirkan ayah I seorang je masa raya nanti ecewah alasan hihi. Nasib baik ada Gerak Malaysia (7-10 Mei) untuk mereka-mereka yang terkandas boleh merentas negeri pulang ke rumah. So Ramadhan 17th, I'm coming home to Kuantan!

Kalau lalu terowong ni mesti rasa thrill, tak tahu kenapa πŸ˜„


Dari 18 Ramadhan sampai lah sekarang, I masak sendiri okayy untuk ayah I. Walaupun kadang tu macam tak menjadi lauknya hihi, tapi bagi I ianya satu achievement sebab I memang sebelum ni tak pandai masak! opps πŸ™Š

Sejak tahun lepas lagi ayah I duduk seorang di rumah, mak I dah meninggal, and anak-anak semua merantau di negeri orang. tapi once in a while, kami cuba balik lawat ayah. Disebabkan ayah duduk sorang, and ayah I memang kalah dalam bab memasak (lelaki tak pandai masak is acceptable, kalau I yang tak pandai ni confirm netizen kecam πŸ™Š haha), so barang kat dapur memang tak up-to-date.

Bila I sampai rumah 10 Mei haritu, I memang tak larat sangat nak masak untuk berbuka, tambah-tambah lagi bahan masak kena beli dulu, dan waktu pun dah pukul 4 lebih. Ayah I decide haritu untuk bungkus je lauk berbuka. Lepas berbuka, misi I nak "make-over" dapur, bilik tidur I dan ruang tamu pun bermula! I tengok banyak giler bahan masakan yang dah tarikh luput πŸ˜‚ Memang esoknya berguni-guni lah I beli barang kat pasar raya πŸ˜†

Ini gambar rak dapur basah sebelum kemas. 


Ini lepas I dah siap kemas and update. Siap buat tagging lagi tu! Nampak lah berseri-seri sikit kan πŸ˜†


Kejadian sebelum dan selepas kemas. Berpeluh tiak sis. Ni baru satu rak buku kembar, ada lagi satu rak buku bukan main lebau dia πŸ˜„ Yang tu pun dah siap kemas jugak, cuma tak ambik gambar πŸ˜„

Sepanjang beberapa minggu ni, memang penat sangat nak kemas+masak semuanya seorang diri. "Kemas + masak seorang diri" may sound understatement, since orang tak tahu the real situations.

Okay briefly  arwah mak I meninggal 10 years ago, in 2010. Then two years later, ayah I kahwin dengan mak tiri I  therefore lepas je I habis SPM in December 2012, I moved out to Melaka, duduk dengan mak tiri I. And then I sambung Asasi and Degree since 2013 sampai 2020. So sepanjang cuti semester, I memang balik Melaka je. Sebab family I including my father semua dekat Melaka. Kami memang dah jaaaaaaaarrranggg sangat balik Kuantan, except for Raya tu pun setahun sekali. 
Nak ditakdirkan Allah, jodoh ayah I dengan mak tiri I tak panjang. In 2019, they separated. Ayah I pun balik rumah Kuantan semula seorang diri, memandangkan adik beradik I semua kerja kat Melaka. And I pulak ada another year to complete my study in Selangor. Bila dah habis belajar bulan 2 haritu, I thought nak continue part time dulu sebulan dua (I memang buat part time masa belajar), and then baru balik rumah sebelum raya. Tiba-tiba PKP hahahah rancangan tergendala πŸ˜… Tapi Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk balik rumah menggunakan platform yang betul, since I thought maybe this is the only chance I have to spend time with my father after so long I've been away.

Apa yang I nak highlight dekat sini — rumah ni dah hilang sentuhan kasih seorang isteri since my mother passed away in 2010. Dapur macam tak gaya dapur sebab dulu I tak pandai masak! πŸ˜†
Tambah pula, dah 7 tahun I tinggalkan rumah ni — so it does feel like "kosong". Bila tahun lepas ayah I balik rumah ni semula, I can see banyak perubahan yang ayah buat. Kemas itu, susun ini, alih sana sini. Tapi, apa lah sangat kudrat ayah I yang dah meningkat usia tu. Sampai masanya, ayah I dah cepat rasa letih.

Bila I balik last month, I kemas and masak, I rasa penattt sangat, tambah lagi bulan puasa. Of course ayah I ada tolong sikit-sikit. Mana yang ringan-ringan tu, I let him be, because older generation ni dah biasa buat kerja. Kalau kita tak bagi diorang buat kerja, somehow orang-orang tua ni boleh kecik hati. This is what my professor told during lecture. Tapi kalau part shopping barang dapur, this is my job. How come I nak risikokan ayah I dengan virus Covid-19 kan. So better I go by myself.

Tapi kadang tu I pun busuk hati jugak hahahah πŸ˜†
Bila I nampak couples or family beli groceries, I rasa macam ergghhh πŸ™„ macam lah sebelum ni diorang tak pernah beli groceries sorang-sorang masa PKP Fasa 1 dan 2. NGADEWW JEWW LEBEWWHH NEHH NAK KENEWW BERTEWWMAN BAGAIII πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Tapi I tahu, Allah memang nak I belajar something dengan 'surviving along' ni  minda I jadi lebih terbuka bila tengok orang-orang lain yang settle urusan harian seorang diri. You know  kita takkan tahu macam mana orang susah boleh survive hidup dalam kedaifan selagi kita sendiri tak hidup dalam kedaifan.

Back to Ramadhan story, wahh panjangnya berleter πŸ˜‚
I am happy that I cook for berbuka everyday by myself! Lauk simple je sebab untuk mengisi dua perut sahaja πŸ˜† Both my father and I pulak tu jenis yang makan sikit dah kenyang. Senang kan? Hihi 😁


Antara lauk berbuka yang I masak  simple je kan 


Kadang tu lauk berbuka nampak meriah sebab jiran-jiran bagi lauk, kuih and buah-buahan. Murah rezeki diorang ni. Kalau I setakat satu lauk, dengan satu jenis air jelah 😁

And for kuih raya pun, I sempat buat satu je. Itu pun yang simple  popia nestum. Asal ada, boleh lah kenn 😁 Oven arwah mama ada dengan kakak ipar I kat Melaka, so itu jelah kuih raya yang I larat nak buat.

But for Hari Raya, I memang tak sempat nak prepare rendang ketupat bagai 😒 First time nak buat ketupat and rendang, I takut tak jadi, so I tanak ambil risiko. Tambah pula tu, I perasan time management I untuk masak fail sangat. Even prepare for berbuka yang satu lauk je pun rasa macam tak cukup masa hahah. Alhamdulillah, now I learnt how to manage time properly hihi 😁


Ramai kata kuih popia nestum ni senang je, level budak-budak sekolah pun boleh buat. Tapi sebenarnya ni first time I buat sendiri πŸ˜„


Ni menu raya pertama I  buttermilk chicken! πŸ˜„

Disebabkan I rasa tak lengkap pulak raya tanpa rendang, I belajar jugak buat rendang raya kali ni walaupun lambat. So here it is my rendang masa Syawal ke-13 πŸ˜„

Rendang ayam ni I guna resepi Khairulaming punya hihi πŸ˜† (boleh tengok dekat sini !) Tapi I still tak puas hati, sebab I rasa rendang ayam I buat ni macam fail 😭 Dah lah garnishing tade 😞 Next time kena improve lagi lah jawabnya.

For baju raya, I tak beli pun baju raya. Pakai lah apa yang ada pagi raya tu, lepastu video call dengan adik beradik yang lain. Habis call, tidur 😴 Hahaha

Oh nak cerita sikit pasal baju kurung yang I pakai masa raya ni πŸ˜„ Baju kurung ni I suka tau sebenarnya. Sebab unik. I tak pernah ada baju kurung hitam, this is the first one. Lagi special bila I sendiri yang jahit baju ni, masa I pergi bengkel asas menjahit baju kurung, masa 2017. Baju kurung ni hasil tangan I yang ketiga hihi. Tapi malangnya habis je bengkel tu, I terus stop menjahit. So, sekarang macam dah lupa semua yang I belajar haha. Sedih lah jugak sebenarnya. 

Tapi kannn,  I tak tahu lah mana yang silap, kain dia sempiittt 😭 Sape cakap I dah gemuk, I sumpah dia gemuk jugak πŸ˜† So kalau pakai baju ni, memang tak boleh nak jalan sangat. Kalau tak, macam itik tergedek-gedek πŸ˜‚ Aduh frust betul.

Ada gaya model felt board tak? hihi 😁


So ini jelah dulu I nak share untuk entry kali ni. Walaupun baaaanyakkk lagi sebenarnya, tapi macam dah panjang sangat, so kita stop sini lah. I doakan semua dalam keadaan yang baik-baik. Memandangkan PM dah umum PKP Pemulihan mulai 10 Jun ni dah boleh merentas negeri, ramai yang plan nak balik kan. So hati-hati ye semua! Mana yang belum puasa 6, sempat lagi nak puasa 6 hihi πŸ˜„

See you then!

Signed off,
F.