Showing posts with label solidfood. Show all posts
Showing posts with label solidfood. Show all posts

Friday, May 31, 2024

Sup udang immune booster

Antara menu yang mudah, dan menyelerakan untuk umi dan Sofea, selain menyihatkan — iaitu Sup Udang, inspirasi dari e-book Dr Mazliana Mazlan. 


Halalan toyyiban gittew 



Resepi Sup Udang Immune Booster 


Bahan : 

Minyak masak 

Bawang holand 

Bawang putih 

Halia

Air

Blackpepper 

Lobak merah

Udang 

Suun 

Garam

Daun sup 


Cara : 

1. Tumis bawang holand, bawang putih & halia sampai naik bau. (Bawang tu saya lebihkan sebab Sofea hantu bawang πŸ‘»)

2. Masuk air & blackpepper. Biar mendidih. 

3. Masuk lobak merah, udang dan suun yang telah dilembutkan dalam air. 

4. Letak garam secukup rasa. Tabur daun sup.


Ps.

— bawang putih tu saya just ketuk je, sebab Sofea suka makan bawang putih sebiji terus. 

— bawang holand pun saya potong memanjang. Sebab Sofea suka πŸ˜†


So menu ni memang dikira immune booster betul lah. Syukur Alhamdulillah, dalam pada Sofea ni agak memilih makannya, tapi resepi macam ni, boleh kata semua isi nya dia telan, kecuali halia je. Moga-moga Sofea membesar dengan kekal mencintai segala bawang sebagaimana sekarang 🀲🏻 


Love,

- f. 

Thursday, January 25, 2024

Ikan kerisi

Ikan kerisi pun nak cerita ye. Gambar pun dah lah tak semengah 🀣

Okayy ikan kerisi ni kategori ikan murah yang saya suka. 

Goreng kunyit, makan macam tu je dah syok. 



But pliss don jaj ikan kerisi goreng ku yang berminyak tu. Orang tak pandai masak kan, memang macam ni rupa dia πŸ˜…


So memandangkan ianya murah (gittewwww IANYAAA 🀣🀣🀣),

dan juga sedap, saya introduce juga pada Sofea. Tapi tulaa, kena extra carefull asingkan tulang-tulang halus tu. Memang banyak berzikir, banyak berdoa lah masa nak asingkan isi ikan dengan tulang dia sebelum nak bagi sofea makan ikan kerisi ni.


Andddd, surprisingly Sofea pun suka! How I wish ikan ni tade tulang langsung. Senang, bagi je terus seketul tu πŸ˜‚


Okay sekian, berjaya menambah lagi entry pada hari ini πŸ˜‚


Love, 

- f.

Monday, December 25, 2023

Every effort counts ❤️

25 December 2023

Monday

Sofea 17 months

Sandakan, 3 weeks


Well, sedar tak sedar, 3 minggu dah saya dan Sofea beradaptasi di rumah Sandakan. 


I’m doing my best here. Especially in cooking. Sebab memasak itu bukan kepakaran dan kelebihan saya 😌 Saya mengaku saya bukannya seorang yang pandai bahkan hebat dalam memasak. Sebenarnya memang tak pandai masak pun πŸ˜‚ Tapi cuba jugak lah sebab dah ada anak kan.


Untuk ibu ibu yang kurang mahir memasak seperti saya, don’t belittle yourself πŸ₯° Every effort counts ❤️ 



Love,

f.

Friday, February 17, 2023

Sofea : Intro solid food

Haritu kemain sembang kononnya nak aktif balik blogging. Lepastu menyepi sampai lah masuk tahun baru.

Lepasni tanak dah lah sembang nak aktif blogging lagi. Cakap tak serupa bikin. Buat malu diri je πŸ₯²

Kalau rajin, ada lah posting baru. Kalau tak rajin, bersawang jelah blog ni. 

So this entry nak share journey saya intro solid food kepada anak saya, Sofea, bermula usia 6 bulan.

Journey nya tak seberapa pun, tapi saya perlu untuk tampal sini supaya senang untuk rujukan kalau ada rezeki anak lagi. Tak perlu start from scratch, memandangkan memasak bukan kemahiran saya.

Okay bye, nak sambung buat last touch up next entry. 


Love,

f.