Showing posts with label Growth Developmental. Show all posts
Showing posts with label Growth Developmental. Show all posts

Friday, July 26, 2024

Aktiviti dengan anak #003

Tajuk aktiviti 003 

— Squeeze the water out 


Target umur : 1.5 tahun+ 


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & psikomotor (motor kasar) 

2/ Deria & pemahaman 

3/ Bahasa, Komunikasi & Literasi



Bahan-bahan diperlukan : 

- Tray/bakul besar (optional) 

- Jug plastik atau baldi kecil, berisi air 

- Span 

- Cawan atau botol air kosong


Langkah-langkah : 

1. Demo kan cara ambil air dari jug/baldi menggunakan span, dan ‘squeeze’ air dari span ke dalam cawan/botol air. 

2. Biar anak tiru dan cuba sendiri.

3. Bila air dalam cawan dah penuh, minta anak tuangkan kembali air ke dalam jug/baldi kecil. 

4. Perkenalkan kosa kata baru kepada anak — span, merah, kuning, tumpah, etc. 



Catatan : 

1. Untuk permulaan, saya guna cawan. Sebab nak bagi pendedahan pada konsep span. Later on bila dah mahir ‘squeeze’ boleh upgrade level dari cawan kepada botol atau apa-apa yang lebih kecil bukaan untuk laluan air. 

2. Kalau tak sanggup hadap air tumpah, boleh main dalam bilik air, atau sediakan waterproof mat, instead of alaskan dengan tray besar. 

3. Sofea spend almost 20 minutes, sebelum keadaan menjadi terlalu basah kuyup macam nak banjir πŸ˜…

4. Sofea, 2 tahun 11 hari.


Love,

— f.

Tuesday, July 16, 2024

Aktiviti dengan anak #002

Tajuk Aktiviti 002

— Hari Pertama Internship di Katering 🀣


Target umur : 2 tahun+


Bidang perkembangan : 

1/ Fizikal & Psikomotor

2/ Bahasa, Komunikasi & Literasi 

3/ Awal Matematik & Pemikiran Logik


Bahan-bahan diperlukan : 

- Besen/bekas air x 2

- Beberapa bola kecil

- Senduk besar

- Air 


Langkah-langkah : 

1. Isikan air ke dalam kedua-dua besen/bekas air. 

2. Letak beberapa bola kecil dalam satu besen. 

3. Tunjukkan cara untuk menyenduk bola dari satu besen ke satu besen. 

4. Untuk capai bidang perkembangan (2) & (3), boleh sebut warna bola, gunakan perbendaharaan kata baru dan kirakan bersama anak-anak.

5. Ulang beberapa kali dan biar anak explore. 



Catatan : 

- Air dalam besen tu jangan letak banyak sangat. Letak dalam 10-20% sahaja pun cukup. Biar nipis sahaja lapisan air dalam besen supaya mudah untuk anak sendukkan bola. Dalam video ni, saya terletak banyak, jadi agak susah untuk Sofea sendukkan. 

- Aktiviti ni inspirasi dari video anak kawan yang buat aktiviti di taska 😁

- Sofea main 30 minit, itupun saya terpaksa buat timer sebab dah basah sangat dekat lantai. Kalau tak, lagi lama lah kot πŸ˜‚ 

- Bekas kuning tu gigih cari dekat Mr DIY, RM7.90, saiz M πŸ˜‚ 

- Ye, Sofea pakai baju terbalik. Saya malas nak betulkan semula πŸ˜…

- Sofea, 2 tahun 4 hari.



Love, 

— f. 

Monday, June 24, 2024

Aktiviti dengan anak #001

Slot baru, episod 1 πŸ˜‚


Dia sama konsep macam DIY Toy tu. Cuma bezanya, diy toy tu, boleh main berulang-ulang, tanpa kena buat semula. 


Kalau ‘aktiviti dengan anak’ ni, mostly one-off try. Lepastu nak main lagi, kena prep lagi bahan. 


Tapi dua-dua benda tuu, kita as parents kena participate and involved sekali dengan anak, baru anak rasa seronok.


So kita straight forward. 


Aktiviti 001 

— Jauhkan kotoran itu! (Kemaennn tajuk aktiviti punnn 🀣)


Target umur : 2tahun+ 


Bidang Perkembangan : Deria & Pemahaman Persekitaran 



Bahan-bahan diperlukan : 

- Pinggan polistrin putih (or mana-mana pinggan plastik boleh) 

- Serbuk lada hitam 

- Serbuk lada putih 

- Sabun basuh tangan (atau apa-apa sabun) 

- air 


Langkah-langkah : 

1. Isi air ke dalam pinggan sehingga hampir penuh. 

2. Taburkan serbuk lada hitam dan lada putih. 

3. Sapukan sabun ke jari atau tapak tangan anak. 

4. Perlahan-lahan celupkan jari atau tekapkan tapak tangan anak yang bersabun ke dalam pinggan yang ‘kotor’ itu. 

5. Boleh terangkan secara ringkas kepada anak. Sesuaikan laras bahasa mengikut usia anak. 

6. Boleh ulang 2-3 kali, dan boleh juga ulang aktiviti ini secara berkala. 





Catatan : 

- Saya buat dekat bilik air, time mandi, sebab malas nak hadap messy dekat luar. 

- Aktiviti ni inspirasi dari IG. Tapi lupa nak save link.

- Sofea 1 tahun 11 bulan. 


Love,

— f.

Friday, January 26, 2024

Worth buying toddler toys


Antara mainan Sofea yang saya rasa berbaloi beli seawal anak usia 1 hari. 


Tapi saya beli ni tak silap masa Sofea sekitar 8 bulan. 


Masa tu memang budak tu tak pandai apa pun πŸ˜‚ 


Yang dia tahu, memusnahkan menara umi dia 🀣 Asal umi buat menara je, dia nak musnahkan. Lepastu masuk mulut πŸ™„


So kalau yang masih suka masukkan mainan dalam mulut, simpan dulu block yang kecik-kecik tu. Biarkan yang besar-besar. Lebih besar dari genggaman tangan dia. 


Sekarang ni Sofea dah 18 bulan. Tak sangka dah pandai skills stacking. Nanti tak lama lagi boleh tengok dia bina menara dengan proper pulak. Cepatnyaa besar anak umi sorang ni πŸ₯Ή


Tapi part suka musnahkan menara orang tu masih ada ye sampai sekarang ni. Gelak-gelak dia bila dapat jatuhkan menara yang umi dia buat 😌


So, personally toys macam ni recommended sangat!


Saya beli ni dekat Shopee, dekat link ni ——> https://shp.ee/9xpw64n 


Tapi seller ni macam dah tak aktif sekarang. Korang boleh cari yang seangkatannya 😁


Love,

- f. 

Thursday, December 28, 2023

Professional rubic player in the future, perhaps?

Sofea at 17 months old. 


Main rubic tu macam professional betul ye. 

I introduce this rubic to her at 13 months old I guess. Mula-mula tu memang tak pandai pun. Duk campak-campak jelah. Sampai berkecai haa.

Tapi key points for kids to learn are, by watching or observing. 

Kita buat, dia tengok, and then dia buat. 

So saya main rubic tu depan dia. Lama-lama dia tangkap cara nak gerakkan pergelangan tangan. 

Tade lah nak bagi dia pandai main rubic tu betul-betul. 

Tapi the skills tu yang kita nak. The gross motor skills.

Harini dia main pusing-pusing guna pergelangan tangan. Mungkin esok lusa dia dah pandai tukar position tangan, or mungkin dia dah pandai mahirkan fine motor skills main pusing-pusing guna jari pulak kan? Mana tahu nanti boleh jadi pemain rubic yang handal? Ehh kemain berangan kedepan betul umi Sofea ni. Tapi apa yang terbaik untuk anak, semua saya doakan untuk dia. 

Love,
- f.