Showing posts with label Sofea says. Show all posts
Showing posts with label Sofea says. Show all posts

Monday, June 24, 2024

Bank Perkataan Sofea : 100 yang pertama


Untuk menambah konten yang simple-mimple, umi pun screenshot laa 100 perkataan pertama Sofea dekat sini πŸ˜‚


Alhamdulillah. 


Dalam pada letih nak bukak mulut hari-hari πŸ˜…, umi gigihkan jua demi menambah lebih banyak lagi kosa kata dalam bank perkataan Sofea. 


So here it is.







Alang tu, umi catat jugak ayat yang Sofea boleh sebut dua atau lebih perkataan. 



So what’s next?


Entah lah. Umi takde plan pun sebenarnya ni. Cuma planning kalau boleh 100 perkataan pertama atau 2 tahun pertama, sebolehnya ajar dia Bahasa Melayu dulu. 


Macam pink, sebut merah jambu. 


Tapi dah achieve 100 words ni, memang ajar ‘pink’ jelah πŸ˜‚ 



Love,

— f. 


Sofea, 1 tahun 11 bulan 11 hari, Sandakan.

Tuesday, June 18, 2024

Sofea says a lot

18 June 2024 

23 hari PJJ & solo parenting 


Situasi 1. 


Sofea : abii ye uwe… abii ye uwe.. (ulang berkali-kali selagi umi tak respon) 


Umi tengah basuh pinggan dekat sinki, toleh kepala ke belakang, tengok jari Sofea tunjuk ke periuk nasi. 


Umi : Ohhh… habis dah buih… 


Umi tengah masak nasi. So time beras tu tengah masak mendidih kan banyak buih naik. Lepastu bila beras dah masak jadi nasi, dah takde buih, itu yang Sofea cakap ‘abii ye uwee’. 


😌



Situasi 2. 


Sofea : Yi… yi… yi… awang…


Umi blur. 


Umi : Ohhhh…. Bawang… nak lagi..


“Yi yi yi awang” maksudnya, Lagi… lagi… lagi… bawang…


Dasar hantu bawang betul budak ni πŸ˜‚ 



Situasi 3. 


Sofea : juu juu juu juuu… aniii!!!! 


Umi dah gelak dengar dia cakap. 


Umi : Yeeee jommm mandiiii~ πŸ˜‚


Umi selalunya kalau dah lambat nak keluar pergi hospital or klinik or mana-mana, mesti umi cakap ‘jom jom jom pakai kasut, umi lambat dah ni…’. 


So kali ni dia balas balik dekat umi πŸ˜‚

Sofea pulak yang paksa umi suruh cepat ‘jom jom jom jom mandiiii~’ 🀣🀣🀣



Banyak betul drama harini. 


Tengah hari tadi, umi suapkan Sofea lunch nasi putih & sup udang. Tengah separuh jalan makan, dia boleh angkat takbir nak solat dekat tepi umi. Umi cakap, ‘Sofea nanti dulu, makan dulu, baru solat’. Tapi Sofea buat dek. Dia teruskan solat nya. πŸ˜… Umi macam insaf sekejap. Umi dah bagi arahan yang melanggar syarak ke? πŸ˜…πŸ˜‚ Astaghfirullah πŸ˜…



Love,

— umi. 


Sofea, 1 tahun 11 bulan 5 hari, Sandakan.

Sunday, May 12, 2024

Sofea says : abun & uwee


Alkisah masa tengah mandikan Sofea. 


Umi letak sabun mandi atas tapak tangan Sofea. 


Sofea : Uwee (buihhh)


Umi : Bukannn. Ni sabunn (sambil tunjuk dekat tapak tangan Sofea). 


Sofea : Abunnn (sabun). 


Umi : Yang ni buihhh (tunjuk buih dekat badan dia). Pop pop pop!


Sofea : Uweee. Ameee! (Sama)


Umi : Haaa yelaa yelaa, samaa. 


Dia pulak mengajar umi, cakap sabun dengan buih tu sama πŸ™„ 


Aduuhaiii. Mana sama Sofea. Sabun tu sebelum tindak balas dengan air. Buih tu selepas tindak balas dengan air. Umi nak kena explain macam ni ke baru Sofea faham? πŸ˜… 


Love,

- umi.


Ps. Macam biasa. Gambar Sofea tengah tidur. Umi memang suka ambil gambar Sofea tengah tidur. Sebab tahu, umi akan rindu semua momen ni. Tapi ketara sangat baa mabuk susu kau tu sopeaaa. 

Saturday, May 11, 2024

Sofea says : mimot


Pagi-pagi lagi Sofea duk ulang perkataan yang sama. 


Sofea : mimottt… mimottt…


Umi blur. Apa yang mimot ni? Mammoth 🦣 ke? Advanced sangat hang ni Sofea. 


Then, sepantas kilat sel-sel otak umi berhubung.


Umi : Ohhh… selimut! (Sambil umi tengah betulkan katil, lipat selimut.


Sofea : mimottt (gelak kecil sebab umi teka betul)


Umi pelik jugak, selama ni umi sebut selimut, takde pulak dia repeat balik apa yang umi cakap. 

Ini tiba-tiba out of nowhere, dia boleh sebut mimot. 

Mungkin sebelum ni, dia hadam je dulu, lepas otaknya makin berkembang, sekarang baru dia boleh zahirkan haa gittew laa kot. 


Perkataan ke berapa dah ni? Tak pasti pulak umi. 

Yang pasti since dia pun dah sebut ‘abiiidaa’ & ‘amiiituuu’ tuu, dah achieve 50 dah pun. Alhamdulillah 🀲🏻


Love,

- umi. 


Ps. Sofea, 21bulan. 


Ps. Sofea dalam gambar genap 1 bulan. 

Saturday, April 20, 2024

Sofea says : abiiidaa & amiituu

Sofea ni dah macam ada tanda-tanda nak boleh sambung dua perkataaan. 


Abiiidaa, means habis dah

Amiituu, means ambil tuh


Taktau lah kalau bagi Sofea, it is ONE word.


Tapi sebab sebelum ni dia sebut ‘abii’ sahaja (means, Habis) & ‘amii’ sahaja (means, Ambil), so I guess bila Sofea sebut abiiidaa & amiituu tu dikira two separate words lah kan?


Issokayy, panjang lagi perjalanan, banyak lagi masa. 


Tugas umi kena rajin borak dengan Sofea 24/7. 


Tapi umi letih… πŸ˜…


Sofea sekarang banyak betul akalnya, dan banyak jugak becoknya. Tak terdaya umi nak melayan πŸ˜…πŸ˜‚


Tapi demi anak umi yang celik pandai ni, umi gigihkan 🀲🏻πŸ’ͺ🏻🩷🀍



Love,

- umi.



Ps.


Sofea suka main suap makanan ‘halimunan’ ke umi. Umi pun acah-acah lah mengunyah πŸ˜…


Lepastu Sofea dah suap umi berkali-kali, dia cakap ‘abiidaaa’. Means, habis dah makanan dia πŸ˜‚


Sofea, 21 bulan 

Wednesday, April 17, 2024

Sofea says : ippe

Ippe is kipas for Sofea, with E : apple.


Tapi kebelakangan ni, lampu kipas semua dia bantai sebut ‘ippe’. 


Tak memasal umi nak kena buat kelas pembetulan untuk Sofea, duk main suis lampu suis kipas nak bagi dia dapat bezakan lampu dengan kipas. 


Lepastu dah mixed up jadi ‘impu’ (kipas+lampu) 


Aduuuuhaii. Kat mana salah umi? πŸ˜‚



Gambar throwback. Sofea, 18 bulan. Apa yang excited sangat tu umi lupa dah. Tapi budak ni memang mulut becok pun…. dekat rumah πŸ˜…


Love,

- umi. 

Monday, April 8, 2024

Sofea says : uwee

Di suatu pagi yang nyaman, umi tengah basuh botol susu Sofea, sambil ditemani Sofea di sisi. 


Sofea : uuu-weee


Umi : Hmm…. Basuh botol… botol susu…


Sofea : ……….


Dinding : ……….


Botol susu : ……….


Umi : ………. Ohhhhhh BUIIHHH πŸ˜‚


Sofea : Uuu-weeee (dengan nada riang sebab umi dapat teka dengan betul)


HAHAHAHAHAH kesian Sofea dapat umi yang otak loading πŸ˜‚πŸ€£


‘Buih’ ni antara perkataan awal yang umi introduce kepada Sofea. Sebelum Sofea setahun umi selalu sebut “buihh…. pop pop pop!”


Sekarang Sofea nak masuk 21 bulan baru dia boleh sebut ‘buih’ dengan spontan πŸ₯° 



Love, 

- umi.



Ps: tu gambar throwback 10 Jan 2023. Sofea, nak masuk 6 bulan.