Showing posts with label Buying List. Show all posts
Showing posts with label Buying List. Show all posts

Friday, June 21, 2024

DIY-toy for toddler #Part6

Toy untuk June 2024. 


Inspirasi dari SINI.



Tapi saya takde cup jelly, so saya ganti apa yang ada dekat rumah, iaitu penutup botol. 


Aktiviti ni rasanya sesuai untuk anak umur 2-3 tahun. Sofea baru 1 tahun 11 bulan. Jadi dia tak berapa tangkap lagi flow nak main macam mana, eventho saya dah explain dah pun. 


But issokay. Purpose pertama saya ada lah nak bagi Sofea kenal ‘new’ sensory iaitu pompom ball tu sendiri. 


Usia Sofea sekarang ni dia dah faham dah mana yang boleh masuk mulut, dan mana yang tak boleh masuk mulut. So boleh dah laa nak introduce pompom balls tu. Tapi still kena pantau. Sebab kadang, datang jugak angin dia nak try gigit or jilat πŸ˜‚ 


Pompom balls tu saya beli dekat Shopee jugak! KLIK SINI  


Love,

— f. 


Ps. Klik label ‘Toddler activity’ dekat bawah entry ni untuk baca contoh-contoh DIY-Toy yang saya pernah buat sepanjang 2024 ni 😁 

Pencinta buku

Umi sejenis pencinta buku. Kalau boleh nak ada mini library dalam rumah.


Dari buku kanak-kanak, sampai lah ke buku dewasa. Dari buku fiksyen, sampai lah ke buku ilmiah. 


Semua variasi nak ada. 


Tapi paling penting, cintakan buku seiring dengan cintakan budaya membaca. 


Macam Sofea ni, sampai terbalik haa dia baca buku πŸ˜‚



Buku-buku Sofea ni umi baru collect 4 buah. Moga Allah luaskan rezeki abah Sofea, supaya umi abah boleh tambah lagi koleksi buku untuk Sofea 🀲🏻



Buku-buku ni beli dari shopee. Semua seller yang sama je. Boleh klik dekat sini 🫰🏻 


Love, 

— umi.


Ps: Sofea, 1 tahun 11 bulan, Sandakan. 

Wednesday, June 19, 2024

Tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom

Haritu buat tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom. 


Rasanya tak perlu tulis resepi kot dekat sini, sebab memang ambil sebiji dari Youtube Che Nom Tomyam Putih Ala Restoran Thai 


Cuma bezanya, saya takde lengkuas dengan cendawan tiram, jadi saya tak letak.

Lepastu saya tambah bawang putih 3-4 ulas, just ketuk je macam tu tak perlu hiris atau cincang, sebab Sofea suka bawang, jadi saya tambah lah beberapa. 

Dan tambah carrot jugak. 

Oh ye, jus limau nipis tu pakai pati limau nipis yang jual dalam botol.

Lagi satu, tambah ayam (protein tambahan). Sebabtu nama dia Tomyam Putih USA (udang sotong ayam) 😌 



Alhamdulillah, buat masa ni tak pernah lagi mengecewakan masak tomyam putih che nom ni. Walaupun kadang tu takde daun limau purut, saya langgar je, buat jugak. Tapi kalau ada, lagi aroma πŸ˜‹ 


Badan tak berapa nak sedap sebab semalamnya selsema, lepastu lately ni musim hujan sejuk je bumi Sandakan. Memang layan tekak makan Tom Yam Putih dengan nasi putih panas panas, sekali dengan telur dadar 🀲🏻


Saya jenis yang sekali masak, mesti asingkan sikit anggaran 1 portion makan, simpan dalam freezer. Buat stock frozen di hari malas nak masak πŸ˜‚ 


So dalam kes macam ni, selalunya bahagian-bahagian protein macam USA tu saya akan letak last sekali. Lepas dah settle semua bahan masuk dalam periuk, dah rasa kuah dia okay, asingkan sikit kuah dengan isi sayur dalam satu bekas, lepastu simpan dalam freezer. Yang balance dalam periuk tu, baru letak protein USA. 


Nanti, bila nak panaskan stok tomyam putih frozen tu, just tambahkan jelah protein USA. Entah laa, saya rasa lagi fresh buat macam tu. 


Alang tu, nak share bekas simpan protein udang sotong ayam dalam portion satu hari makan untuk umi dan Sofea berdua sahaja. 



Bekas untuk udang dengan ayam tu beli sini je. CLICK HERE 


Bekas tu tak besar pun. Ayam isi boleh la letak. Kalau bahagian tulang, tak sesuai. Yang sotong tu, saya pakai bekas recycle lain. Sebab bekas yang beli dekat shopee tu beli 5 je nak try test. Nampak macam okayy ngam. Actually banyak lagi space untuk udang tu. Tapi sebab makan berdua je dengan Sofea, so letak udang pun ikut perut kami jelah πŸ˜‚ 



Udang tu saiz sederhana ye. Duduk Sabah ni memang peti ais meriah seafood sokmo! Umi nak beli yang saiz besar RM35/kg pun macam tak sesuai pulak untuk Sofea. Besar besar sangat takut dia tak reti makan. So ambil saiz sedang pun okay dah. 


Itu jelah. Jumpa lagi 🫰🏻


Love,

— f. 

Wednesday, June 5, 2024

DIY-toy for toddler #Part4

DIY Toy yang sebelum ni boleh click dekat link bawah. 


PART 1 — JANUARY 

PART 2 — FEBRUARY

PART 3 — MARCH


So kalini toy yang keempat, which means untuk April (tapi dah June baru ada kerajinan nak menulis, maafkan saya 😌)



Idea asal, diambil dari sini. CLICK HERE 


Note : segi tiga & segi empat tu buat yang sama panjang, so that kalau rotate banyak mana pun, still boleh fit dalam puzzle tu.


Saya warnakan pakai marker. Beli dekat shopee je. PAINTING MARKER PEN — CLICK HERE



Beli yang 24pcs terus. Memang beli untuk kegunaan buat diy toy Sofea. 



So far, Sofea suka. Walaupun bagi kita nampak simple je, cuma tiga shapes, tapi untuk budak, diorang suka sangat. Main ulang-ulang. Even sampai harini pun 😁


Sofea happy, umi lagi happy ☺️


Love,

- f. 

Wednesday, May 15, 2024

Restock pancake frozen


Taktau lah apa tujuan saya tulis posting ni. 

Mungkin untuk mempamerkan lagi ketidakbijaksanaan saya dalam memasak? πŸ˜…


Tapi Sofea, if one day Sofea tengok umi pandai masak serba serbi apa sahaja Sofea minta umi masakkan, ketahui lah, umi pun bermula dari seorang yang serba serbi tak pandai masak. 


Bak kata omputih, I work my ass off to be what I am today. 


Tapi sebagai orang Islam, alhamdulillah, usaha kita semalam Allah izinkan berjaya harini. 

Yang penting usaha sentiasa kena ada. 


Tiber tazkirah pulak kan dalam entry pancake je pun πŸ˜‚


Okay back to the topic. 


Sofea setahun sepuluh bulan ni dah tak makan sangat pancake. Tapi saya still restock dalam freezer sebab untuk anak yang saya ngasuh. Kot kot dia hilang selera taknak makan apa yang maknya bekalkan, so boleh panaskan je pancake frozen ni. Buat masa ni, tak pernah lagi dia reject apa yang saya bagi. Haha. Tapi bagus jugak pancake frozen ni. Extra quick breakfast. Boleh sapu dengan chocolate spread, dah settle! 


Resepi pancake dekat sini. LINK SINI 



Saya buat saiz mini kali ni. Nampak comey sikit. Lepastu simpan dalam sealed bag macam gambar atas tu. Kalau boleh jangan bertindih sangat. Sebab nanti dia melekat susah nak pisahkan. Tag sesiap manufacturing date gitteww haha. So boleh tahu limit nya 3 bulan je sampai 13/8/2024. Lepas daritu kalau tak habis, kena buang lah. 


Sealed bag ni food grade. Boleh pakai berkali-kali. Basuh pakai basuh pakai. Make sure kering betul betul sebelum nak guna kayy. 


Beli dekat shopee je, dari seller ni. LINK SINI


Nama : Reusable Food Sealed Bag 

(Lebih kurang macam tu lah)



Plastic dia tebal. So takde lah mudah koyak. Beli pelbagai saiz terus, senang. Boleh isi macam macam.


Okayy itu je entry nya. 


Bye!


Love,

- f.