Showing posts with label Dapur F.. Show all posts
Showing posts with label Dapur F.. Show all posts

Friday, October 25, 2024

Chocojar homemade

First try sebenarnya ni. 

Jadi takde formulasi yang gempak-gempak untuk rasa coklat yang premium. 




Tapi kita tampal jugak sini sebagai tanda dan bukti yang umi Sofea rajin orangnya🤣


Duduk Sabah ni, jangan expect bulan bintang lah nak dapat bakery supplies dengan mudah. Jadi apa yang ada depan mata, kita grab je.


Macam bubble rice tu, puas dua minggu duk pusing tapi jumpa yang colourful tu je. 

Tapi dua minggu kemudian, kedai yang sama baru restock choc pop/ball😑


Nak beli macam membazir sebab bubble rice colourful tu banyak lagi. So hadap jelah eh. 



Love, 

- f. 


Ps. Sorry, kita rakyat marhaen je. Bukan influencerrr. So takde gambar aesthetic. Terima jelah editing gambar ku yang macam ala-ala zaman awal kemunculan Instagram dulu-dulu🤣

Laksa Penang Che Nom + petis homemade

Bukan kaleng-kaleng ye buat laksa penang Che Nom dengan petis homemade zisss 💁🏻‍♀️ 


Mangkuk umi. 

Mangkuk Sofea. Tapi budak tu tak makan sangat 🙄


Resepi petis homemade diambil dari SINI

(jangan mintak resepi yang saya buat. saya lupa nak catat, tapi yang pasti kaldu bubuk tu saya tak letak😅)


Resepi laksa penang Che Nom of course dari Youtube Che Nom 


Sebenarnya seumur hidup, ni baru kali kedua buat laksa penang. 


Kali pertama dulu tahun 2020 or 2021. Kali kedua, 2024 ni. Lama bethol ye gap tu. Disebabkan duduk Sabah susah betul nak dapat petis, puas pusing tak jumpa-jumpa, itu yang buat sendiri petis homemade, lepastu simpan dalam freezer. 



Sis is bangga kayyy. 


Love,

- f.

Friday, July 12, 2024

Perbelanjaan makan sehari

Hahah. Haritu otak saya terasa macam nak run matematik congak. Makanya, mari lah kita kira berapa anggaran perbelanjaan untuk makan dalam sehari. 


(Please note that, masa saya draf ni, 10 July, hari Rabu, setakat saya dan Sofea sahaja ada di rumah.)



Ringkasan Menu 10 July 2024

1/ Pancake mini               — RM1.20 

2/ Jagung rebus                — RM1.50

3/ Pear                              — RM1.50

4/ Nasi Daging                 — RM10.00

5/ Spaghetti Bolognaise   — RM7.10 

6/ Air minuman               — RM1.40 

7/ Susu Sofea                   — RM2.90 

8/ Cream Crackers           — RM1.50 

TOTAL = RM27.10 


Disebabkan saya ni sejenis otak matematik, so saya kena ada ‘jalan pengiraan’ jugak walaupun setakat congak dalam kepala 😅


So here it is, ‘jalan kira’ untuk belanja makan sehari umi dan Sofea, 10 July 2024. 


Menu 1 — Pancake Mini 

1 bancuhan (Tepung gandum ~0.50. Telur ~0.70. Butter ~0.60. Baking powder ~0.25. Susu full cream ~1.85. Esen vanila ~0.60) anggaran kos ~ RM4.50, boleh dapat untuk 4 hari. Jadi anggaran sehari ~ RM1.20 


Menu 2 — Jagung rebus 

Beli dekat pasar RM6 ada 4 tongkol. Rebus 1 tongkol ~ RM1.50 


Menu 3 — Pear 

Beli 2 biji RM5.90. 

Potong separuh biji, saya genapkan anggaran ~ RM1.50 


Menu 4 — Nasi Daging 

Yang ni beli dari jiran, sebungkus RM10. 


Menu 5 — Spaghetti Bolognaise 

Spaghetti 3.38 / pek (4 portion makan). Masak 3 portion, ~ 2.60 

Sosej 3 biji. 1.20 

Ayam isi. 28.90/2kg. Anggaran 250g ~ 3.70  

Bawang holand 1/2 biji, saya anggarkan - RM1 lah senang 😂

Sos Prego Bolognese 1 tin 5.80

Total, 14.30. TAPIIII, spaghetti bolognese ni saya masak semalamnya. Lepastu ada lebih, simpan chiller, harini just panaskan. So saya anggarkan balance tu separuh portion, ~ 7.10


Menu 6 — Air Minuman

Kami tiada coway. Jadi beli air minuman 1 carton RM10 ada 12 botol 1.5L 

Anggaran minum sehari 2.5L, jadi ~ RM 1.40


Menu 7 — Susu Sofea 

Harini Sofea minum 19 oz susu. Tapi susah nak anggarkan. Jadi saya kira ikut satu pek susu dia RM 28.90 boleh tahan sehingga 10 hari. Maka sehari anggaran, ~ RM 2.90


Menu 8 — Cream crackers

Biskut ni anggap macam jajan kudap-kudapan Sofea. Saya bagi on demand je. Anggaran 4 keping biskut Cream Crackers, ~ RM1.50



So total, belanja makan untuk 10 July 2024, adalah anggaran sebanyak RM27.10. 


Banyak jugak eh walau setakat berdua je umi dan Sofea. Berapa lah pulak anggaran belanja sehari untuk keluarga yang besar. 


Teringat haritu pernah makan bertiga, kami suami isteri dan Sofea di satu kedai nasi ayam di Sandakan. Total adalah, RM29.50. 

Tapi itu belanja untuk sekali makan. Bukan sehari. Banyak boleh jimat bila masak sendiri. 


Jadi dekat sini ada beberapa perkara yang boleh ditekankan.


1/ Walaupun isteri tidak bekerja dan tidak membantu apa-apa dalam penjanaan income sekeluarga, tapi kalau isteri memasak sendiri, tetap dikira isteri membantu dalam perbelanjaan keluarga. Para suami kena hargai usaha isteri. Tambah-tambah ini adalah usaha setiap hari tanpa rehat.


2/ Buat sendiri lebih jimat berbanding beli luar atau beli ready-made. Sebagai contoh untuk menu mini pancake dan menu cream crackers, walaupun perbandingannnya tak sama, tapi bila buat sendiri mini pancake boleh dapat untuk beberapa hari. Tapi jumlah yang sama hanya dapat beberapa keping biskut yang boleh dimakan dalam sehari sahaja. 


3/ Untuk yang suka meminjam duit orang, tapi liat nak bayar, sedangkan yang memberi hutang pun hidup dalam kesederhanaan. Sekecil mana pun nilai yang dipinjam, tetap ada harga dalam belanja makan harian si pemiutang. 


4/ Menu yang dijadikan contoh ini, adalah campuran ‘real food’ dan ‘processed food’. Gabungan menu dari makanan yang sihat dan menu yang kurang menyihatkan untuk dijadikan rutin. Makanan yang sihat ofc lebih mahal daripada makanan yang kurang sihat. Tapi kalau dah jatuh sakit, tiada nilai yang boleh dibeli untuk kembali sihat. Cubalah untuk amalkan gaya pemakanan yang seimbang. 


Sekian, dari seorang farahchoi yang tidak mahir serba serbi, tapi kita cuba sedaya upaya 💪🏻 


Love,

— f. 

Wednesday, June 19, 2024

Tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom

Haritu buat tomyam putih USA (udang, sotong, ayam) resepi Che Nom. 


Rasanya tak perlu tulis resepi kot dekat sini, sebab memang ambil sebiji dari Youtube Che Nom Tomyam Putih Ala Restoran Thai 


Cuma bezanya, saya takde lengkuas dengan cendawan tiram, jadi saya tak letak.

Lepastu saya tambah bawang putih 3-4 ulas, just ketuk je macam tu tak perlu hiris atau cincang, sebab Sofea suka bawang, jadi saya tambah lah beberapa. 

Dan tambah carrot jugak. 

Oh ye, jus limau nipis tu pakai pati limau nipis yang jual dalam botol.

Lagi satu, tambah ayam (protein tambahan). Sebabtu nama dia Tomyam Putih USA (udang sotong ayam) 😌 



Alhamdulillah, buat masa ni tak pernah lagi mengecewakan masak tomyam putih che nom ni. Walaupun kadang tu takde daun limau purut, saya langgar je, buat jugak. Tapi kalau ada, lagi aroma 😋 


Badan tak berapa nak sedap sebab semalamnya selsema, lepastu lately ni musim hujan sejuk je bumi Sandakan. Memang layan tekak makan Tom Yam Putih dengan nasi putih panas panas, sekali dengan telur dadar 🤲🏻


Saya jenis yang sekali masak, mesti asingkan sikit anggaran 1 portion makan, simpan dalam freezer. Buat stock frozen di hari malas nak masak 😂 


So dalam kes macam ni, selalunya bahagian-bahagian protein macam USA tu saya akan letak last sekali. Lepas dah settle semua bahan masuk dalam periuk, dah rasa kuah dia okay, asingkan sikit kuah dengan isi sayur dalam satu bekas, lepastu simpan dalam freezer. Yang balance dalam periuk tu, baru letak protein USA. 


Nanti, bila nak panaskan stok tomyam putih frozen tu, just tambahkan jelah protein USA. Entah laa, saya rasa lagi fresh buat macam tu. 


Alang tu, nak share bekas simpan protein udang sotong ayam dalam portion satu hari makan untuk umi dan Sofea berdua sahaja. 



Bekas untuk udang dengan ayam tu beli sini je. CLICK HERE 


Bekas tu tak besar pun. Ayam isi boleh la letak. Kalau bahagian tulang, tak sesuai. Yang sotong tu, saya pakai bekas recycle lain. Sebab bekas yang beli dekat shopee tu beli 5 je nak try test. Nampak macam okayy ngam. Actually banyak lagi space untuk udang tu. Tapi sebab makan berdua je dengan Sofea, so letak udang pun ikut perut kami jelah 😂 



Udang tu saiz sederhana ye. Duduk Sabah ni memang peti ais meriah seafood sokmo! Umi nak beli yang saiz besar RM35/kg pun macam tak sesuai pulak untuk Sofea. Besar besar sangat takut dia tak reti makan. So ambil saiz sedang pun okay dah. 


Itu jelah. Jumpa lagi 🫰🏻


Love,

— f. 

Friday, May 31, 2024

Sup udang immune booster

Antara menu yang mudah, dan menyelerakan untuk umi dan Sofea, selain menyihatkan — iaitu Sup Udang, inspirasi dari e-book Dr Mazliana Mazlan. 


Halalan toyyiban gittew 



Resepi Sup Udang Immune Booster 


Bahan : 

Minyak masak 

Bawang holand 

Bawang putih 

Halia

Air

Blackpepper 

Lobak merah

Udang 

Suun 

Garam

Daun sup 


Cara : 

1. Tumis bawang holand, bawang putih & halia sampai naik bau. (Bawang tu saya lebihkan sebab Sofea hantu bawang 👻)

2. Masuk air & blackpepper. Biar mendidih. 

3. Masuk lobak merah, udang dan suun yang telah dilembutkan dalam air. 

4. Letak garam secukup rasa. Tabur daun sup.


Ps.

— bawang putih tu saya just ketuk je, sebab Sofea suka makan bawang putih sebiji terus. 

— bawang holand pun saya potong memanjang. Sebab Sofea suka 😆


So menu ni memang dikira immune booster betul lah. Syukur Alhamdulillah, dalam pada Sofea ni agak memilih makannya, tapi resepi macam ni, boleh kata semua isi nya dia telan, kecuali halia je. Moga-moga Sofea membesar dengan kekal mencintai segala bawang sebagaimana sekarang 🤲🏻 


Love,

- f.