Showing posts with label Reflection. Show all posts
Showing posts with label Reflection. Show all posts

Thursday, February 1, 2024

We live for hardships

1 February 2024 

Khamis


Harini umi first time appointment di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. 


Macam biasa, Sofea lah jadi peneman umi. 


7.45 pagi keluar rumah, 

1.30 petang touchdown rumah. 


Pergi balik naik Grab. Total RM 16 ๐Ÿ’ธ


Sofea dekat hospital Alhamdulillah behave sangat. Ofcourse ada jerit jerit sikit Sofea excited main dengan umi bukan hirau pun keliling dia penuh orang ๐Ÿ˜… 


Sofea main mainan itu, mainan ini. Makan itu, makan ini. Tapi nombor umi masih lagi belum naik, walaupun dah pukul 11. 


Umi tahu Sofea penat nak tidur, tapi tempat terbuka macam tu bukan kebiasaan untuk Sofea tertidur dengan sendiri. So last resort, umi bukakkan video youtube yang umi dah download sesiap untuk tengok time offline.


Hampir nak habis satu video pertama ni sebelum nombor giliran umi kena panggil. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Bytheway, untuk pengetahuan semua, ini video yang saya pasang ye. Click here  


Dah jumpa Doctor, dah ambil darah, dah ambil tarikh appointment untuk scan leher, dah ambil ubat dekat farmasi, umi terus book Grab. Tapi peak hour mungkin, so Grab sampai lambat. Sempat umi bawak Sofea alas perut sikit dekat kedai makan tepi tu. 


Naik Grab, baru berapa minit, Sofea dah tertidur dekat lengan umi. Allahu, penat sangat anak umi. Dah sampai kuarters, umi dukung sampai tingkat 5, cari kunci rumah dalam beg galas, bukak pintu, letakkan Sofea atas tilam, Sofea masih lena dibuai mimpi ๐Ÿ’ค Betul-betul penat anak umi ni. 


1.30 petang waktu tu. Umi baring sebelah Sofea, snap gambar Sofea tengah tidur.



Antara yang bakal umi rindu ❤️ those little fingers ๐Ÿฅน


Sofea, I just want you to know, I value the hardships, I value the struggles, I value our togetherness more than all nice stories and successes. I enjoyed every of my progress and your progress of growing up. 


Ini lah dia tangan yang menjadikan umi seorang ibu. Kemana-mana tangan ini yang umi pegang.


Andai suatu hari nanti Sofea tersungkur dan terlalu sulit untuk bangkit, ambil masa seketika, dan nikmatilah keperitan yang sementara itu. Because that’s what we are for. We live for hardships here, temporarily. And in Shaa Allah, happiness in His Firdaus, forever. 


Love,

- umi 

Saturday, January 27, 2024

Raikan perbezaan

Sejak ada anak ni, kerap jumpa orang share pasal tak perlu nak cerita semua benda dekat sosial media. 


Mungkin sebab dah dalam circle mak-mak. Mak-mak kan ‘terlebih’ ada masa nak tengok life orang ๐Ÿ˜…

Entah lah ๐Ÿคท๐Ÿป‍♀️ Since 2022, sampai lah sekarang, memang akan ada orang up status macam tu. 


Sejujurnya bagi saya, kalau orang share semua benda pun, sebenarnya tade lah semua benda pun. Kita je rasa semua benda. Haaa faham tak? ๐Ÿ˜‚


Dan secara sejujurnya bagi saya, saya suka je tengok orang share life memasing dekat Whatsapp status tu. (Social media saya dah tak berapa aktif, so ws status jelah yang saya banyak tengok life orang).


Setiap kenalan saya berkongsi perkara yang berbeza-beza. 


Ada kenalan yang pagi petang siang malam share pasal bisnes. So kita tahu mungkin dia seorang workaholic. 

Ada kenalan yang share pasal proses ubah suai rumah dia. So kita tahu mungkin itu lah effort, masa, wang ringgit paling banyak dihabiskan. 

Ada kenalan yang sentiasa share pasal memasak. So kita tahu mungkin itu lah cara dia healing dalam rutin seharian. 

Ada kenalan yang kerap share kerinduan nya pada anak yang pergi dalam kandungan. So kita tahu mungkin dia masih belum sembuh dari duka mentalnya. 

Ada kenalan yang share aktiviti lariannya. So kita tahu mungkin dia sentiasa ingin capai perkara baru. 

Ada kenalan yang banyak share pasal kucingnya. So kita tahu mungkin itulah makhluk yang paling memberinya ketenteraman. 


Banyak lagi kalau nak list down. Tapi saya sentiasa tekankan perkataan ‘mungkin’ dalam ayat saya dekat atas. Sebabnya walaupun diorang macam share semua benda, tapi hakikatnya kita hanya tahu permukaan je. Dasarnya belum tentu kita tahu. 


Tapi yang paling penting kita tahu setiap dari kita tak sama background dan ujian hidup.

Jadi raikan lah perbezaan itu. Banyak benda yang kita boleh belajar dari perjalanan dan kisah hidup orang lain. 


Untuk saya secara peribadi, 

Saya pegang pada dua perkara ini since 2022. 


Satu— persetankan mulut orang. Maaf agak kasar ๐Ÿ˜… tapi kalau kita nak layan mulut orang, kita ada 7 billion manusia dalam dunia ni. Larat ke nak layan setiap satu? So, buat bodoh, dan senyum ๐Ÿ˜Š


Dua— Nak share life, silakan. Nak jadi silent reader pun, silakan. Which ever sides you are, PALING PENTING JAGA HATI. 

Nak share, jaga hati, takut sampai jadi show off. 

Nak jadi silent reader, jaga hati, takut sampai jadi iri. 

Hati kita ni paling mudah berbolak-balik. Harini kita lah terpaling tahajjud, esok mungkin keluar rumah pun tak pakai stokin. Harini kita lah terpaling no salt no sugar pada anak, esok mungkin siap order McD yang patut diboikot tu untuk bagi pada anak. 


Jadi yang paling sentiasa saya pesan pada diri — JAGA HATI.

Apa pun yang kita buat, JAGA HATI. 


Lagi sekali buat semua yang membaca, raikan perbezaan setiap dari kita. Tak perlu lah kita nak condemn cara orang, selagi orang tu tak melanggar hukum syarie. Okay?


Love,

- f. 



Wednesday, August 18, 2021

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Dulu-dulu masa balik dari sekolah, tak ingat sekolah rendah ke sekolah menengah, ayah selalu pasang radio IKIM FM, especially hari Jumaat.

Memang dah hafal dah waktu tu dalam pukul 12 lebih, radio tu mesti mainkan satu sajak ni.

Tapi dulu-dulu takde handphone sendiri, so gigih lah keluarkan kertas and salin sebijik-sebijik butir sajak tu ๐Ÿ˜‚
Of course lah tak sempat nak salin full masa sekali dengar tu. Tapi sebab dah hafal setiap hari Jumaat balik dari sekolah mesti keluar dekat radio IKIM, so memang get ready kertas dan pen. Dah laa masa sajak tu dimainkan, dengan sound effect guruh berdentum sana-sini, pening kepala nak tangkap setiap perkataan haha. Tak sure lah berapa lama ambil masa nak complete salin sajak ni. Maybe berbulan-bulan kot. Kegigihan seorang farahchoi dulu-dulu ๐Ÿคฃ

Then bila dah ada komputer, dah pandai guna internet, baru lah cari dekat internet. And saya ada betulkan sikit lah kot apa yang saya ada salah dengar. But overall, I'm amazed, sebab gigih salin sajak ni. Panjang wehh.

Fast forward, sekarang 2021.
Tengah kemas-kemas hard disk, then terjumpa file sajak ni. (asal aku sebut sajak macam sajad haha ๐Ÿ˜…)
Paling terkejut bila tengok 'last modified' 12 Ogos 2013. Wehh kebetulan 8 tahun yang lepas. I don't know why, saya sejenis yang amazed dengan cara Allah aturkan perjalanan hidup kita (saya especially).


Dan disebabkan itu, izinkan guwe mengabdikan karya sajak yang guwe salin ni dalam blog guwe. (bukan main mukadimah throwback cerita balik dari sekolah bagai ๐Ÿ˜‚)
Apa-apa pun, moga entry ni bermanfaat untuk uolss.
Love,
f.

ps. Saya macam terfikir nak video kan sajak ni. Kononnya nak remake yang versi IKIM tulaa, sebab cari dekat internet tak jumpaa dah ๐Ÿ˜ญ Tapi masih mencari idea nak buat macam mana ๐Ÿ˜…



Sajak : Dahi cecah ke sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfirlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahkta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia