Hi. Assalamualaikum.
Rasanya ini kali pertama I buat
review entry. Acah-acah retis pulak Haha. I buat review entry ni salah satu
tujuannya of course lah sebab nak banyakkan post Hahahahh ๐
And another thing because I got so
much beneficial things through what I read or did. So this is about time untuk
rajinkan diri perbanyakkan self-reflect and sharing knowledge with other people
publicly.
Jadinya, marilah kita mulakan
aktiviti me-review ini ๐
REVIEW
: Tarbiah Sentap (Jilid 1)
Tema : Buku/Bahan bacaan
Tajuk
Buku : Tarbiah Sentap (Jilid 1)
Penulis : Ahmad Adnin Bin Roslan
Cetakan
Pertama : Disember 2014
Cetakan
Keempat : Mac 2015
Isi
Kandungan : Bab 1 - Bagaimana Sosial Kau?
Bab
2 - Bagaimana Hiburan Kau?
Bab
3 - Taubat dan Perubahan?
Bab
4 - Dakwah dan Tarbiah?
Eksklusif!
| Komik Sentap
Coretan
Farahchoi :
Buku
Tarbiah Sentap ni sebenarnya I dah baca first time masa I beli tahun 2015 dulu.
Tapi al-kisahnya tahun 2015 dulu hidup I penuh dengan kejahilan. I tanak
bukak banyak zaman kejahilan I dulu-dulu. Cukup lah sekadar apa yang dah sedia
ada orang tahu. Contohnya, dulu I seorang Kpop-er yang tegar. Rasanya entry
Kpop yang lama-lama pun I masih belum delete.
Disebabkan
buku Tarbiah Sentap ini menyentuh isu Kpop (salah satunya), menjadi punca I
tolak content buku ni masa first time I baca tahun 2015 dulu. Fast forward,
jatuh naik sebuah kehidupan, now 2020 — hati I terdetik untuk penuhkan ilmu di
dada. Dan atas hidayah daripada Allah, first buku ilimiah yang I baca tahun ni
adalah Tarbiah Sentap yang suatu ketika dahulu I tolak jauh-jauh.
This
is the interesting part begin. I teringat suatu ketika dahulu, somewhere in
between 2015 and 2020, masa hati I macam tak tenteram, rasa resah, gelisah,
waktu tu I doa minta Allah bagi I hidayah. I don’t know why, but I felt like I
was too off the track. So I need to get back to the right track. Tapi sebagai
manusia biasa yang jahil, I sendiri taktau sejauh mana I dah tersimpang.
Sehingga lah I baca buku ni — I just realised I’ve gone too far.
Dalam
buku Tarbiah Sentap Jilid 1, penulis menerangkan mengenai 7 jalan zina. Sebagai
Muslim, kita semua tahu Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa jangan sesekali
mendekati zina. Bukannya setakat berzina, tapi mendekati sahaja Allah dah
larang. Jadinya, penulis menerangkan 7 jalan zina, yang mana bila kita buat salah
satu ni kita dah mendekati zina dan kita berdosa besar pada Allah. Nauzubillah.
Tujuh
jalan zina yang diterangkan penulis adalah bermula dengan pandang-pandang, dan
akhir sekali berzina dan masuk neraka. Di samping itu, penulis juga menerangkan
mengenai ikhtilat, di mana hukum asal ikhtilat adalah HARAM, dan hanya menjadi
Harus pada dua keadaan ini sahaja itu Dharurat dan Hajat.
Penulis
juga menekankan dalam bukunya mengenai jalan hiburan yang kita pilih.
Kebanyakkan dari kita memilih hiburan musik, drama/movie dan bermacam-macam
lagi. Sememangnya tidak salah, tapi setiap yang kita lakukan ada guideline yang
Allah tetapkan. Sekiranya kita dah melanggar sempadan, maka hiburan itu sudah
jadi satu bebanan dosa.
Allahu
akbar. Awal-awal lagi I rasa macam menusuk sangat dada bila baca buku ni. Bila
Allah menkehendaki sesuatu perkara, maka jadi lah. Hidayah Allah datang tepat
pada masa. Content yang sama, cuma pembacaan pada waktu berbeza.
Since
I baca buku ni, I tried to make some changes. Perkara pertama I buat — let go
all kinds of music, including Kpop, English pop and Malay pop. Semua! It takes
me around 3 weeks to unfollow SEMUA artis Kpop dan artis local. Mat salleh I
tak follow pun.
Second,
I unfollow kawan-kawan lelaki. Dan paling latest kawan-kawan perempuan. Can’t
believe dari seramai 600 dalam following list, now tinggal tak sampai 30.
Tujuan I unfollow bukan bermakna nak putus kawan. Tapi I rasa sekarang adalah
masanya untuk I jaga hati I. Social media is kinda toxic to me. Sedikit demi
sedikit rohani I mereput. Tapi untuk kawan-kawan perempuan, I still contact
thru WhatsApp or DM. Cuma mungkin tak dapat tengok story jelah. Tapi tengok or
tak tengok story tak menjamin yang suatu persahabatan itu masih erat. Kita rasa
bila kita follow and tengok story kawan, kita still rapat dengan kawan, walhal
tidak semestinya. Cara paling terbaik adalah berhubung secara langsung. Untuk I
yang pendiam dan introvert ni, ini lah caranya untuk I keluar dari zon selesa —
meet up and reply message as soon as possible ๐
Third
yang I buat adalah — memanfaatkan masa. Alhamdulillah I bukan kaki drama or
movie or Running Man. Tapi I sangat kuat main game and I spend a lot of times
for gaming, so I think I need to stop this habit, totally. Uninstall semua game
apps. Sumpah memang bosan bila pegang phone tapi tade apa nak main. Akhirnya,
timbul lah hobi-hobi baru seperti membaca sebab banyak masa yang terluang.
I
pernah berbual dengan tunang I, jahilnya I suatu ketika dahulu diibaratkan I
sendiri yang lumurkan badan I dengan lumpur. Setiap hari, setiap jam, setiap
detik, tangan I ambil lumpur dan lumurkan ke seluruh badan I. Bertahun-tahun
tanpa henti. Sampai dah jadi keras. Memang ada effort untuk “bersihkan diri”
dengan mandi untuk hilangkan “lumpur” itu, tapi effort tidak sekerap dan
sesungguh nak tanggalkan kotoran-kotoran di badan. Akhirnya, lumpur itu
sentiasa melekat dan berkerak di badan bertahun-tahun. Pakai lah baju cantik
macam mana pun, tetap akan kotor!
Macam
tu lah ibaratnya zaman jahil I yang penuh dengan dosa. Solat, mengaji tapi tak
kekal lama. Apatah lagi kalau menuntut ilmu, susah sangat nak faham and lekat
di kepala. Macam mana ilmu nak senang masuk kalau rohani penuh dengan dosa.
“Pakai lah minyak wangi dua-tiga tan sekalipun, tapi badan masih ada lumpur,
tetap busuk juga. Malah bau wangi pun tak kekal lama!”
Tapi
selepas dah alami zaman jatuh bangun kehidupan, i tried my best to change. Baju
akan tetap kotor kalau I masih bermain lumpur. Sebabtu I decide untuk stop
music and stop mensia-siakan waktu. Alhamdulillah, it really does make changes
in my life.
However,
perubahan yang I buat semua tak bermakna I memang totally bersih dari sebarang
lumpur. No! Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Tiada siapa yang
maksum melainkan RasulNya. Up till now, I masih lagi berlumur dengan “lumpur”,
and I masih lagi struggle “mandi” setiap hari, setiap jam dan setiap detik. I
pegang pada prinsip — kalau tak mampu mencegah dengan tangan dan lidah,
sekurang-kurangnya mencegah lah dengan hati.
Dalam
buku Tarbiah Sentap ini diselitkan juga Hadis Nabi mengenai mencegah
kemungkaran dengan hati. Penulis turut menerangkan huraian dari para ulama apa
yang dimaksudkan dengan mencegah dengan hati iaitu;- Membenci
maksiat tersebut, serta tidak redha dengan maksiat yang berlaku;
- Menjauhi
maksiat tersebut;
- Bertekad
untuk mencegahnya bila mampu.
Bila
I mula faham konteks mencegah kemungkaran dengan hati, I sedar ianya bukanlah
suatu perkara yang kecil, sebaliknya sangat besar. Sebab mencegah dengan hati
adalah selemah-lemah iman. Dan menjaga hati adalah perkara yang paling sukar
berbanding anggota-anggota yang lain. Kalau mencegah dengan hati pun I tak
mampu, layak ke I nak cakap diri I masih beriman?! Nau'zubillah.
Ya
Allah, pelihara lah hati kami ๐ญ
Kalau
ikutkan hati, I nak tulis semua content yang penulis kongsikan dalam buku
Tarbiah Sentap Jilid 1 ni. Tapi I rasa I kena faham konsep hidayah itu milik
Allah. I pernah cakap dengan tunang I — Allah turunkan hidayah pada I melalui
pembacaan buku ni, tapi tak bermakna buku yang sama ni dapat membuka mata hati
orang lain juga, walaupun tunang I sendiri. I explain lah panjang lebar macam
mana pon tentang content buku ni, kalau Allah tak bagi hidayah, tetap takkan
nampak. Tugas manusia hanya lah menyampaikan dan berpesan-pesan, yang memberi
kefahaman dan mengurniakan taufik dan hidayah itu adalah Allah S.W.T.
If
you guys minta pendapat I, what would I suggest first for people who really
want to Hijrah? — Jaga lah mata, jaga lah pandangan.
Pada era digital ini, kita celik je bangkit dari tidur, tangan dah capai phone,
scroll sana-sini. Daripada mata kita yang melihat bermacam-macam perkara,
terbitlah pelbagai jenis penyakit hati. Bak kata orang putih, out of sight, out
of mind. Mata kita yang telah disua dengan lebih banyak toxic berbanding
penawar menyebabkan minda kita pun menjadi toxic. Tapi kalau kita jaga mata
dengan melihat perkara yang Allah redha, in Shaa Allah minda kita pun terjaga.
Semoga
kita umat akhir zaman sama-sama kuat melawan bisikan syaitan.
F. — 7
September 2020