Wednesday, June 5, 2024

Sofea, anak solehah


Impian semua ibu bapa,

Untuk miliki anak yang soleh solehah dunia dan akhirat. 


Tapi sejauh mana kita usaha,

Untuk membentuk anak yang soleh solehah dunia dan akhirat?


Parenting ni kan, 

Antara perkara yang kita kena faham, 

Ianya bukan sebuah konsep cause-and-effect. 


Kita buat 1, kita dapat 1. 

Kita buat A, kita dapat A. 

Bukan. 


Parenting ni,

Seperti perkara-perkara lain, 

Asasnya pada tawakkal. 


Tapi bukan semata itu. 

Ada dua perkara perlu terlebih dahulu dilaksanakan sebaiknya — Doa & Usaha,

Kemudian, tawakkal.


Ramai kata, 

Susunannya — Usaha, Doa & Tawakkal. 

Tapi, hasil pembacaan Seni Berfikir Yang Hilang,

Saya lebih berkefahaman untuk Doa dahulu, seiring Usaha, dan dilengkapi dengan Tawakkal.


Ada parents, dah sejuta kali doa, dah bermacam usaha, 

Tapi kalau Allah nak jadikan anak itu adalah ujian buatnya, 

— maka jadi lah, anak itu melanggar syariat dan menolak didikan ibu bapa. 


Ada parents, hidupnya bergelumang kemungkaran, 

Tapi kalau Allah nak jadikan dia adalah ujian buat anaknya, 

— maka jadi lah, anak itu tetap soleh dan solehah menutup aib ibu bapanya.


Kita lupa, bukan kita yang berkuasa untuk bentuk anak. 

Namun, kita kena sentiasa ingat, anak itu hadirnya sebagai amanah. 

Amanah itu yang harus dipikul dengan DOA & USAHA, 

Tapi takdir apa yang ditentukan untuk anak itu, kita TAWAKKAL dan redha. 


Umi bukanlah alim yang baik. 

Tapi tipu lah kalau umi tak sejuk hati. 

Melihat Sofea melakukan ‘aksi’ solat umi dan abah yang dirakam dalam otaknya saban hari — umi terharu. 


Mungkin terlalu awal untuk beremosi, tapi — 

‘Parenting is a lifetime amanah’. 

Tiada had masa untuk emosi,

Tiada had masa untuk doa,

Tiada had masa untuk usaha. 


Moga-moga Sofea menjadi anak yang solehah, berpegang teguh pada Islam, mencintai Rasul lebih dari dunia, dan sentiasa dalam redha Allah, dunia hingga ke akhirat. Aamiinn Ya Rabbal Alamin 🀲🏻 


Love,

— umi. 


Ps. Buku Seni Berfikir Yang Hilang, karya Ustaz Hasrizal, adalah antara penulisan yang hebat untuk akal dan fikiran kita. 



Sofea, si pomen junior

I guess, ini lah fasanya Sofea menjadi lebih ‘kreatif dan inovatif’ πŸ˜‚


17 May 2024. 

Sofea, 22 bulan. 


Umi tengah busy dekat dapur, tiba-tiba dengar bunyi macam Sofea terjatuh. Rupanya, terjatuh buai. 



Allah. 


Macam mana lah boleh tercabut skrew dia ni. Kesemua empat skrew pulak tu 🀦🏻‍♀️


Esoknya, takdir telah membongkarkan rahsia. 


Caught on camera. πŸ˜‚



Ohhhhh, anak aku dah jadi pomen rupanyaaa. Patutlaaa semalam seat buai boleh tercabut. Rupanya memang Sofea yang cabutkan skrew tu 🀦🏻‍♀️πŸ˜‚


Bijak dah otak dia sekarang ni.



Tengok lah tu, satu skrew dia dah berjaya bukak, letak atas meja sana. Tiga masih otw πŸ˜‚ 


Fasa dia lah ni. Biarlah dia explore. Umi cuba pantau sehabis baik. 


Love, 

— umi. 

DIY-toy for toddler #Part5


Untuk DIY-Toy bulan Mei, masih menggunakan konsep yang sama masa April, iaitu shapes puzzle. 

Tapi kali ni, saya buat satu bentuk ‘shape’ sahaja. 


Tujuannya supaya saya boleh main selerak-selerak pasang, kemudian bagi Sofea betulkan semula. 



Seronok tengok dia bebel-bebel bahasa dia sambil betulkan shapes puzzle tu πŸ˜‚


Love,

- f. 


Ps. DIY-Toy yang sebelumnya boleh tekan link di bawah. 


PART 1 — JANUARY 

PART 2 — FEBRUARY

PART 3 — MARCH

PART 4 — APRIL 


DIY-toy for toddler #Part4

DIY Toy yang sebelum ni boleh click dekat link bawah. 


PART 1 — JANUARY 

PART 2 — FEBRUARY

PART 3 — MARCH


So kalini toy yang keempat, which means untuk April (tapi dah June baru ada kerajinan nak menulis, maafkan saya 😌)



Idea asal, diambil dari sini. CLICK HERE 


Note : segi tiga & segi empat tu buat yang sama panjang, so that kalau rotate banyak mana pun, still boleh fit dalam puzzle tu.


Saya warnakan pakai marker. Beli dekat shopee je. PAINTING MARKER PEN — CLICK HERE



Beli yang 24pcs terus. Memang beli untuk kegunaan buat diy toy Sofea. 



So far, Sofea suka. Walaupun bagi kita nampak simple je, cuma tiga shapes, tapi untuk budak, diorang suka sangat. Main ulang-ulang. Even sampai harini pun 😁


Sofea happy, umi lagi happy ☺️


Love,

- f. 

Saturday, June 1, 2024

Tersirat


Setiap gambar dan video merakam momen yang tersurat. Tanpa bicara atau menulis, sememangnya sudah diketahui ceritanya. 


Setiap momen yang dirakam itu juga pastinya ada kisah yang tersirat. Mesej yang tersimpul meskipun telah dihuraikan.


Namun, jangan kita lupa, ada momen yang mengandungi doa yang dirintih. Dipohon agar doa itu diangkat ke langit.


Dan menjadi rahsia Allah apakah takdir buatnya. 


.


Love,

- f. 


Ps. Sofea, 22 bulan.