Monday, June 8, 2020

Cov-Eid Mubarak 1441 H

Hello guys!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Walaupun harini dah 16 Syawal, tapi masih dikira sebagai bulan raya kan kan kan πŸ˜†

So entry kali ni nak cerita pasal Raya of course! Dan Puasa. Dan Covid-19 😊

To be honest, Covid-19 ni memberi 1001 hikmah pada semua, especially pada I sendiri. Ramadhan dan Syawal kali ni memang lain dan memberi satu suntikan semangat pada I. Hadirnya Covid-19, wujudnya PKP dan PKP Bersyarat, I jadi slow down sikit fikir pasal hal-hal dunia.

Supposedly lepas je I habis belajar bulan 2 haritu, I dah boleh mula job hunting. Tapi biasa lah manusia biasa yang lemah dan tak berdaya ni, I rest dulu dalam 2-3 minggu sebelum mulakan misi job hunting. Dalam duk leka nak rest kejap, TIBA-TIBA! Jeng jeng jeng!

Malaysia mengalami gelombang kedua Covid-19 pada awal March haritu dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) dilaksanakan. Jadi bermula 18 Mac PKP dilaksanakan, ramai yang terjejas terutamanya dari segi pendapatan. I punya plan nak job hunting pun terjejas sebab apply banyak dah, tapi satu pun tak sangkut πŸ˜‚ In fact, I dengar ramai yang kehilangan kerja. Allahu, semoga kesabaran mereka semua ini Allah lipat gandakan kemudiannya, aminn.

So sepanjang PKP, I mula belajar memasak. Tapi makan seorang apa lah sangat kan. Pusing-pusing lauk yang sama. Siap bahagi dalam beberapa bekas lepastu simpan dalam freezer, tak perlu lah masak setiap hari. Dasar pemalas! Hahahah πŸ˜†

Tapi atas faktor-faktor tertentu, I decide untuk balik rumah kat Kuantan (I antara yang stranded dekat Selangor sebab baru habis belajar), memandangkan ayah I seorang je kat Kuantan. I tak sanggup nak memikirkan ayah I seorang je masa raya nanti ecewah alasan hihi. Nasib baik ada Gerak Malaysia (7-10 Mei) untuk mereka-mereka yang terkandas boleh merentas negeri pulang ke rumah. So Ramadhan 17th, I'm coming home to Kuantan!

Kalau lalu terowong ni mesti rasa thrill, tak tahu kenapa πŸ˜„


Dari 18 Ramadhan sampai lah sekarang, I masak sendiri okayy untuk ayah I. Walaupun kadang tu macam tak menjadi lauknya hihi, tapi bagi I ianya satu achievement sebab I memang sebelum ni tak pandai masak! opps πŸ™Š

Sejak tahun lepas lagi ayah I duduk seorang di rumah, mak I dah meninggal, and anak-anak semua merantau di negeri orang. tapi once in a while, kami cuba balik lawat ayah. Disebabkan ayah duduk sorang, and ayah I memang kalah dalam bab memasak (lelaki tak pandai masak is acceptable, kalau I yang tak pandai ni confirm netizen kecam πŸ™Š haha), so barang kat dapur memang tak up-to-date.

Bila I sampai rumah 10 Mei haritu, I memang tak larat sangat nak masak untuk berbuka, tambah-tambah lagi bahan masak kena beli dulu, dan waktu pun dah pukul 4 lebih. Ayah I decide haritu untuk bungkus je lauk berbuka. Lepas berbuka, misi I nak "make-over" dapur, bilik tidur I dan ruang tamu pun bermula! I tengok banyak giler bahan masakan yang dah tarikh luput πŸ˜‚ Memang esoknya berguni-guni lah I beli barang kat pasar raya πŸ˜†

Ini gambar rak dapur basah sebelum kemas. 


Ini lepas I dah siap kemas and update. Siap buat tagging lagi tu! Nampak lah berseri-seri sikit kan πŸ˜†


Kejadian sebelum dan selepas kemas. Berpeluh tiak sis. Ni baru satu rak buku kembar, ada lagi satu rak buku bukan main lebau dia πŸ˜„ Yang tu pun dah siap kemas jugak, cuma tak ambik gambar πŸ˜„

Sepanjang beberapa minggu ni, memang penat sangat nak kemas+masak semuanya seorang diri. "Kemas + masak seorang diri" may sound understatement, since orang tak tahu the real situations.

Okay briefly β€” arwah mak I meninggal 10 years ago, in 2010. Then two years later, ayah I kahwin dengan mak tiri I β€” therefore lepas je I habis SPM in December 2012, I moved out to Melaka, duduk dengan mak tiri I. And then I sambung Asasi and Degree since 2013 sampai 2020. So sepanjang cuti semester, I memang balik Melaka je. Sebab family I including my father semua dekat Melaka. Kami memang dah jaaaaaaaarrranggg sangat balik Kuantan, except for Raya tu pun setahun sekali. 
Nak ditakdirkan Allah, jodoh ayah I dengan mak tiri I tak panjang. In 2019, they separated. Ayah I pun balik rumah Kuantan semula seorang diri, memandangkan adik beradik I semua kerja kat Melaka. And I pulak ada another year to complete my study in Selangor. Bila dah habis belajar bulan 2 haritu, I thought nak continue part time dulu sebulan dua (I memang buat part time masa belajar), and then baru balik rumah sebelum raya. Tiba-tiba PKP hahahah rancangan tergendala πŸ˜… Tapi Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk balik rumah menggunakan platform yang betul, since I thought maybe this is the only chance I have to spend time with my father after so long I've been away.

Apa yang I nak highlight dekat sini β€” rumah ni dah hilang sentuhan kasih seorang isteri since my mother passed away in 2010. Dapur macam tak gaya dapur sebab dulu I tak pandai masak! πŸ˜†
Tambah pula, dah 7 tahun I tinggalkan rumah ni β€” so it does feel like "kosong". Bila tahun lepas ayah I balik rumah ni semula, I can see banyak perubahan yang ayah buat. Kemas itu, susun ini, alih sana sini. Tapi, apa lah sangat kudrat ayah I yang dah meningkat usia tu. Sampai masanya, ayah I dah cepat rasa letih.

Bila I balik last month, I kemas and masak, I rasa penattt sangat, tambah lagi bulan puasa. Of course ayah I ada tolong sikit-sikit. Mana yang ringan-ringan tu, I let him be, because older generation ni dah biasa buat kerja. Kalau kita tak bagi diorang buat kerja, somehow orang-orang tua ni boleh kecik hati. This is what my professor told during lecture. Tapi kalau part shopping barang dapur, this is my job. How come I nak risikokan ayah I dengan virus Covid-19 kan. So better I go by myself.

Tapi kadang tu I pun busuk hati jugak hahahah πŸ˜†
Bila I nampak couples or family beli groceries, I rasa macam ergghhh πŸ™„ macam lah sebelum ni diorang tak pernah beli groceries sorang-sorang masa PKP Fasa 1 dan 2. NGADEWW JEWW LEBEWWHH NEHH NAK KENEWW BERTEWWMAN BAGAIII πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Tapi I tahu, Allah memang nak I belajar something dengan 'surviving along' ni β€” minda I jadi lebih terbuka bila tengok orang-orang lain yang settle urusan harian seorang diri. You know β€” kita takkan tahu macam mana orang susah boleh survive hidup dalam kedaifan selagi kita sendiri tak hidup dalam kedaifan.

Back to Ramadhan story, wahh panjangnya berleter πŸ˜‚
I am happy that I cook for berbuka everyday by myself! Lauk simple je sebab untuk mengisi dua perut sahaja πŸ˜† Both my father and I pulak tu jenis yang makan sikit dah kenyang. Senang kan? Hihi 😁


Antara lauk berbuka yang I masak β€” simple je kan 


Kadang tu lauk berbuka nampak meriah sebab jiran-jiran bagi lauk, kuih and buah-buahan. Murah rezeki diorang ni. Kalau I setakat satu lauk, dengan satu jenis air jelah 😁

And for kuih raya pun, I sempat buat satu je. Itu pun yang simple β€” popia nestum. Asal ada, boleh lah kenn 😁 Oven arwah mama ada dengan kakak ipar I kat Melaka, so itu jelah kuih raya yang I larat nak buat.

But for Hari Raya, I memang tak sempat nak prepare rendang ketupat bagai 😒 First time nak buat ketupat and rendang, I takut tak jadi, so I tanak ambil risiko. Tambah pula tu, I perasan time management I untuk masak fail sangat. Even prepare for berbuka yang satu lauk je pun rasa macam tak cukup masa hahah. Alhamdulillah, now I learnt how to manage time properly hihi 😁


Ramai kata kuih popia nestum ni senang je, level budak-budak sekolah pun boleh buat. Tapi sebenarnya ni first time I buat sendiri πŸ˜„


Ni menu raya pertama I β€” buttermilk chicken! πŸ˜„

Disebabkan I rasa tak lengkap pulak raya tanpa rendang, I belajar jugak buat rendang raya kali ni walaupun lambat. So here it is my rendang masa Syawal ke-13 πŸ˜„

Rendang ayam ni I guna resepi Khairulaming punya hihi πŸ˜† (boleh tengok dekat sini !) Tapi I still tak puas hati, sebab I rasa rendang ayam I buat ni macam fail 😭 Dah lah garnishing tade 😞 Next time kena improve lagi lah jawabnya.

For baju raya, I tak beli pun baju raya. Pakai lah apa yang ada pagi raya tu, lepastu video call dengan adik beradik yang lain. Habis call, tidur 😴 Hahaha

Oh nak cerita sikit pasal baju kurung yang I pakai masa raya ni πŸ˜„ Baju kurung ni I suka tau sebenarnya. Sebab unik. I tak pernah ada baju kurung hitam, this is the first one. Lagi special bila I sendiri yang jahit baju ni, masa I pergi bengkel asas menjahit baju kurung, masa 2017. Baju kurung ni hasil tangan I yang ketiga hihi. Tapi malangnya habis je bengkel tu, I terus stop menjahit. So, sekarang macam dah lupa semua yang I belajar haha. Sedih lah jugak sebenarnya. 

Tapi kannn,  I tak tahu lah mana yang silap, kain dia sempiittt 😭 Sape cakap I dah gemuk, I sumpah dia gemuk jugak πŸ˜† So kalau pakai baju ni, memang tak boleh nak jalan sangat. Kalau tak, macam itik tergedek-gedek πŸ˜‚ Aduh frust betul.

Ada gaya model felt board tak? hihi 😁


So ini jelah dulu I nak share untuk entry kali ni. Walaupun baaaanyakkk lagi sebenarnya, tapi macam dah panjang sangat, so kita stop sini lah. I doakan semua dalam keadaan yang baik-baik. Memandangkan PM dah umum PKP Pemulihan mulai 10 Jun ni dah boleh merentas negeri, ramai yang plan nak balik kan. So hati-hati ye semua! Mana yang belum puasa 6, sempat lagi nak puasa 6 hihi πŸ˜„

See you then!

Signed off,
F.

No comments:

Post a Comment