Monday, January 8, 2024

DIY-activity for toddler

Permulaan untuk 2024. 


Learning toys buatan sendiri. Simple and minimal budget. But please excuse the childish editing 😂 Ada entiti yang tidak sabar sudah menunggu di tepi untuk bermain 🤣



Saya cedok idea dari satu page di Instagram. Boleh rujuk link ni : IDEA ASAL.


Sejujurnya saya rasa kalau buat sendiri ‘mainan’ atau ‘learning toys’ untuk anak, kita akan lebih kreatif dengan hasil pembelajaran anak nanti. 


Contoh untuk aktiviti ni, selain anak boleh improve kemahiran motor halus, kita boleh ajar anak warna, perbezaan dan sebutannya. Macam saya buat ni bentuk huruf, boleh je buat bentuk bunga, atau haiwan, atau kenderaan, atau awan atau apa sekali pun. Semua tu boleh tambah kosa kata anak.


Jangan ingat mainan buat sendiri ni macam tiada input yang besar untuk anak. Sebenarnya mainan buatan sendiri ni lah paling berharga dan tinggi nilainya. Sebab ada bonding time dengan anak masa kita nak ajar anak main mainan tersebut. Itu yang paling penting ❤️


Next entry In Shaa Allah saya akan share macam mana satu mainan tu boleh tahan lebih berbulan-bulan dan kekal memberi ‘excitement’ pada anak walaupun ianya mainan lama.


See you soon!



Love,

- f. 

Sunday, January 7, 2024

Kepada anakandaku


Kepada anakandaku Sofea,


Andai suatu hari nanti lauk yang terhidang adalah yang sama setiap hari,

Andai suatu hari nanti masakan umi rasanya tidak enak lagi,

Andai suatu hari nanti umi tidak dapat memenuhi permintaan hidangan Sofea, 


Ingat lah kawan-kawan Sofea di Gaza yang mengalami kebuluran. 


Hargai lah, syukuri lah,

walau hidangan yang sama, 

walau rasanya tidak kena,

walau permintaan tidak tersedia. 


Love, 

- umi




6 Januari 2024, Gaza. 


From the river to the sea,

Palestine will be free. 

- f.

Friday, January 5, 2024

Free Palestine 🇵🇸

Memandangkan haritu post dekat Instagram kena remove, jadi harini saya decide untuk re-post sini. I don’t know whether the video will stay or not. But let’s try.


Ya Allah, janji Engkau itu pasti. 


Kau tidak perlukan kami. Kau tidak perlukan doa kami. 


Tapi kami perlukan Mu, Ya Allah. Kami berdoa, kami beribadah, kami berbuat baik, sesungguhnya kerana kami terlalu memerlukan Engkau Ya Allah. 


Perkenankan doa-doa kami. 

Hancurkan lah zionis Israel, Ya Allah. 

Hancurkan lah sekutu mereka, Ya Allah. 

Bantulah hamba-hambaMu di Gaza sana, Ya Allah. 

Tamatkan lah penderitaan mereka, 

Berikanlah mereka kemenangan di dunia dan akhirat.


Dan ampunkan dosa-dosa kami yang hina ini 🤲🏻


.

The post that they removed! Back in October 30th 2023. 

From the river to the sea,
Palestine will be free.
- f. 






Productive mother

Apa sebenarnya definisi seorang ibu yang produktif?

Kalau Google maksud produktif ni adalah membuat atau menghasilkan sesuatu yang dalam kuantiti banyak atau besar. 


Jadi adakah kalau ‘produktif mother’ makna nya membuat atau menghasilkan banyak kerja dalam satu masa?


Tapi tahu kan kerja seorang ibu ni tiada cuti, dan tiada rehat? Bekerja 24 jam sehari dan 365 setahun. Jadi macam mana nak jadi ibu yang produktif kalau seorang ibu itu adalah manusia yang ada sisi kelemahannya. 


Entah laa, rasa macam bercanggah. 


Nak cakap pasal produktif ni, kalau sembang pasal machine atau AI boleh lah kan? Tapi machine pun tak on 24 jam. Ada masa kena ‘cool down’ jugak. 


Ini kan manusia. 


Jadi, bagi saya, saya prefer untuk anggap produktif untuk seorang ibu adalah berjaya membuat sesuatu perkara dengan tenang.


Seperti ketika anak tidur, seorang ibu dengan tenangnya dapat membuat apa sahaja kerja yang mungkin tertangguh sebelum ini. 


Ia boleh jadi memasak. 

Atau membalas whatsapp. 

Atau bermain candy crush. 

Atau mandi dan mencantikkan diri. 

Atau mengemas rumah. 

Atau menelefon sahabat. 

Atau tidur bersama anak di sisi. 


Apa sahaja yang sangat diperlukan pada ketika itu, yang hanya dapat dicapai dengan tenang tanpa kesukaran dan kesulitan. 


Itu lah produktif untuk seorang ibu.


Photo credit to IG : babylanguage


Love,

- f.

Thursday, January 4, 2024

Selamat tahun baru 2024

4 January baru nak wish selamat tahun baru hahaha. 


Busy sikit beberapa hari ni duk clear gallery phone. Kebetulan nak masuk tahun baru, time tu laaa memory phone nak full 😂


So daripada 1 January 2023, sampai lah 31 December 2023, lepas dah back up dan clear gallery, berjaya kosong kan 94 GB !


From this,


to this!


Fuhh dia punya lega tu lain macam ye tengok free space sebesar alam 😂 Tapi taktau lah cukup ke tidek untuk memory 2024 pulak 🫢


Untuk tahun 2024 ni, saya tak rasa seperti membuka buku baru. Apa yang saya rasa, ianya seperti meneruskan lembaran yang sama dari tahun yang sebelumnya. Cuma untuk 2024 ni, saya nak guna lebih pelbagai marker, pensel dan warna supaya lembaran kalini dan sehingga ke penghujung menjadi lebih indah, ceria dan warna warni. Moga-moga Allah perkenankan dan permudahkan 🤲🏻 


Semoga kalian juga melalui liku-liku yang warna-warni untuk 2024 ini 🖤🩶🤍❤️🩷🧡💛💚🩵💙💜


Love,

- f.