Monday, April 27, 2020

Semangat Tun Perak

Hi guys, I’m back!

Okay sebelum apa-apa berlaku, let me clarify something.

Entry kali ni sebenarnya dah lama dah I tulis. Cuma tak post-post je lagi. Tak percaya? Tengok screenshot dekat bawah.

2015 guys! Almost 4 tahun setengah jadi pekasam dekat draft ðŸ¤£

Okay straight to the point,
Semangat Tun Perak actually nama lagu Kolej Tun Perak, salah sebuah kolej kediaman dalam Universiti Putra Malaysia. Of course I used to stay there lah, before I intern – duduk luar kampus – then habis intern duduk kolej lain.

So, for your brief information, UPM used to have 17 colleges (in Serdang Campus) and 1 college (in Bintulu campus). Tapi tak ingat lah start bila, UPM kind-of ubah system I don’t know, so dekat kampus Serdang cuma tinggal 9 kolej sahaja. I highlight untuk kampus Serdang sahaja sebab I belajar dekat Serdang, bukan Bintulu.

Untuk sistem baru ni, Kolej Tun Perak combined with another college called Kolej Pendeta Za’ba. And kolej ni dipanggil Kolej Pendeta Za’ba. No more dah kita dengar nama Kolej Tun Perak or KTP dekat UPM after this. Sama juga lah dengan kolej-kolej lain. They combined and use one name only. Kalau tanya I nama dan turutan kesemua 17 kolej sebelum ni, I boleh jawab. Tapi kalau tanya I nama-nama 9 kolej sekarang ni, I tak boleh jawab. Haha. I tak tahu nama kolej mana yang dikekalkan, and mana yang tak digunakan lagi.

Since KTP pon dah takde. Logo KTP pon dah tak digunakan. I think, lagu Semangat Tun Perak pon dah tak dinyanyikan dah kot Haha. But why not kan kita share lirik dia. (Actually nak keluarkan semua entry yang ada dalam draft je 😂)

.
.
.


SEMANGAT TUN PERAK

Kami siswa siswi Kolej Tun Perak
Bersedia pantang dicabar
Menyahut seruan agama dan bangsa
Berbakti kepada nusa tercinta

Kecemerlangan agenda utama
Trampil diri budaya kita
Pragmatik sentiasa jaya minda wawasan
Bersatu harmoni citra gemilang

Bangga rasa di hati ini
Kolej Tun Perak yang kami cintai
Penghuninya berdikari
Hidup dalam harmoni

Kolej Tun Perak
Kolej ku terkenal
Kolej Tun Perak
Nama kebanggaan

Di sinilah bermulanya
Warisan pembela bangsa...
Di sinilah bermulanya
Warisan pembela bangsa!

.
.
.

Kalau tanya I macam mana lagu dia... err rasa macam dah lupa je Hahaha 😅

Gambar-gambar bawah ni gambar throwback masa first year. Hujung 2014. Tengok gambar pon dah tahu kan gambar lama. Kualiti camera phone dulu tak secanggih sekarang 😅

Muka muka freshie student KTP 😂

See you guys next time!

Signed off,
F.

Sunday, April 26, 2020

01/2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMMM !!!!!!

Tahu tak situasi bila kita nak lawan rasa takut nak masuk rumah yang dah bertahun kosong? Haa macam tu lah I jerit baca bismillah tadi.

Mana tak nya, blog ni dah 3 tahun setengah bersawang. Kalau rumah ni confirm dah ada penghuni lain. Harapnya esok I check blog I, post I hari ni masih ada lah. Yelah mana lah tahu blog I dah tak cam tuan, so dia delete post yang I tulis hari ni. Sedihh.

Bytheway, I update blog ni masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-40, Fasa ke-3. Lagi dua hari nak masuk Fasa ke-4.

Betul lah orang cakap, PKP ni betul betul buat semua orang buang tabiat. Yang tak suka memasak, dah mula belajar memasak. Yang tak pernah main tiktok, dah mula aktif bertiktok. Yang dah lama tak update blog, dah mula blogging semula. Hahaha

So, nothing to share here right now except just nak benchmark yang hari ni I dah berjaya update blog. Dah kemas sikit sawang-sawang yang ada kat dalam blog ni. Lepas tu, tampal sikit wallpaper murah, dengan frame gambar kapal kat pintu masuk atas sana. Hahaha


Rupa pintu masuk farahchoi.blogspot sebelum dan selepas kemas 😂


Okay, until then, hope you guys will see me again here Hahaha

Signed off,
F.

Saturday, August 13, 2016

Flat Design Monster

안녕!
Assalamualaikum :)

This is my second post within a day.

Well, saya sendiri pun taktau kenapa saya tetiba semangat nak blogging. 

But I just wanna share a little bit of my first artwork. The flat design monster made on Adobe Illustrator.

Actually it isn't originally from my own idea. I was copying from a tutorial by Zimri Mayfield in Youtube. And of course my artwork would never be same and perfect as his. But you guys can watch his tutorial in the Youtube, and see how amazing he showed the steps, which is for me a newbie to Illustrator would consider his tutorial is such a great.

So here, I'm introducing my first flat design monster, and I called him Mons. I changed his eyes from Mayfield's version, because I love that bored's or pissed off's eyes, luls. I may draw Mons again later, which I didn't guarantee when I would be free like today, but for sure I would remain that eyes everytime I wanna draw Mons, lul. He's such a cute seriously.

Oh bytheway, "Cheer up" is the title song for new girl group of JYP Entertainment, Twice! Check the MVs out guysss.

That's all. See you guys later!

Hi. I'm Mons.



Photoshop vs Illustrator: My first attempt making the CV

Assalamualaikum. Hi~~~~

Hampir setahun blog ni berhabuk. Setelah lapan bulan, baru nak buat entry pertama untuk tahun 2016 ni. Lol tinggal empat bulan je lagi. Mungkin tahun ni paling hambar kalau nak kira bilangan post berbanding tahun tahun sebelum ni.

Alright, tanpa membuang masa, since saya pun sebenarnya agak busy dengan hal-hal lain (dari awal tahun sampai sekarang takde langsung peluang nak berehat mental dan fizikal fehhh), so let's straight to the point.

Back to our topic, Photoshop vs Illustrator : my first attempt making the CV. Penat, seriously.

For your information guys, saya dah familiar dengan Adobe Photoshop since tahun 2009 lagi. So lebih kurang 7 tahun dah berjinak dengan Photoshop. Unfortunately, I'm still a dummy. Don't know why, saya jenis yang dah grab few techniques, and then bila lama tinggalkan, boleh lupa. Pastuh bila nak ber-Photoshop semula, kena tengok tutorial kat Youtube pasal benda yang sama. Memenatkan tau kalau species jenis camni. Tapi takpe lah, as long as tak putus asa sudah. cewahhh

So the idea to make a graphic CV came out when I accidentally found an Instagram account that provided the graphic CV services. And waktu tu saya fikir, "Hey this is nice, seems I'm in third year of bachelor (in upcoming September), so why not I give a try to make it by myself". Cewahhh speaking kau. Lebih kurang camtuh lah bunyi nya, cuma saya cakap dalam bahasa Melayu jelah lol.

So at first, I thought, nak buat graphic designed résume ni just guna Adobe Photoshop. Kira dah semangat lah kan nak goreng goreng dengan Photoshop ni. Then bila dah Google-Google sana sini baca tips itu ini (ayat aku hancur betul, perosak bahasa, maaf ye huhu), saya sedar selain guna Photoshop, ada juga yang guna Illustrator. And saya betul betul clueless dengan Illustrator, and tambah pulak nampak macam susah jugak nak buat graphic designed CV guna Photoshop, since awal awal tadi saya cakap yang saya ni still a dummy, so saya again, saya search tutorial nak buat CV kat YouTube. And I downloaded 2 tutorial videos, one using Photoshop, and another using Illustrator.

Okeh, untuk Adobe Illustrator, honestly speaking, saya memang ZERO. Taktau pape. Even taktau apa perbezaan Photoshop, Illustrator & InDesign. Tapi memandangkan bab-bab multimedia ni, passion saya lain macam, so again why not I give a try. Buat satu CV guna Photoshop, and satu lagi guna Illustrator. Since I'm a Foodtech student, saya bukannya nak buat sampai jadi mahir pon. Kalau expert in those two Adobes, I guess it gives me an extra mark lah kot dalam résume nanti. But i just wanna know the general things of Illustrator and Photoshop. Lagipon dah alang-alang ada dalam laptop, rugi lah babe kalau tak manfaatkannya sebelum laptop tu rosak huhu. Please laptop bertahan ye sehingga grad huhu.

Dengan usaha 6 jam berperang dengan video tutorial buat CV guna Photoshop tu, finally siap jugak. Yes, memang saya plan nak buat simple, sebab macam yang saya kata tadi, just nak faham secara kasar macam mana nak buat résume bergrafik. Kot kot nanti kalau rajin, boleh buat time nak apply kerja kannn. Tak perlu lah keluar duit hire orang lain buatkan. Lol.

For Illustrator, honestly saya amazed bila saya siapkan dalam masa 5 jam je. Tapi of course lah design nya terlalu simple huhu. And saya taktau nak tulis apa lagi. Banyak main-main je dalam CV tu.


This is the Photoshop version.


And this is the Illustrator version.
*Sorry for the unclear picture, as I'm a newbie to Illustrator so I didn't know the correct way to save it in jpeg file*

So overall, saya rasa kalau nak buat CV, better guna Photoshop. Sebab layer nampak lebih organized dalam Photoshop. Illustrator of course much better kalau untuk buat logo or some drawings.

And surprisingly, Illustrator nampak sangat menarik pulak sekarang ni bila dah belajar godek godek benda basic.

Check it out for my next post!

안녕히계세요!
Byebye.

Saturday, November 7, 2015

Unselfish Students

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah dengar mengenai tips menabung "berganda" yang tengah viral sekarang ni? [Boleh pergi ke link ini]



Cara menabung macam ni bagi saya kreatif, and rare! Selalunya bila kita menabung, peratus untuk kita guna semula duit tabungan tu tinggi. Tapi cara latest ni, bila kita menabung, melatih diri kita untuk komited tambahkan isi tabungan dari semasa ke semasa.

Yelah, nilai tabungan sesuatu masa bergantung pada tarikh atau haribulan. Berbanding cara "old school", kita hanya menabung bila ada duit lebihan belanja sahaja.

.

.

.

So, entry kali ni, "Unselfish Students", bertemakan konsep/prinsip "Kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita".

Lazimnya, dalam doa setiap pelajar mesti ada ayat, "Ya Allah, permudahkan lah urusanku, kecilkan lah dugaanku".

Saya ada baca something somewhere before. Sebenarnya tak digalakkan atau elakkan lah mohon untuk kecilkan dugaan, sebaliknya mohon untuk diberi kekuatan hadapi dugaanNya.

Hmm nak bagi penerangan islamiknya, saya tak pandai uhuks.

Tapi secara logiknya, kalau kita mohon untuk diberi kekuatan, means bagi lah cabaran sebesar mana pon kita boleh hadapi sebab Allah beri kita kekuatan untuk berdepan.

Tapi kalau kita mohon kecilkan dugaan, maknanya kekuatan diri kita takkan bertambah dan meningkat sebab ujian yang sebesar gajah dikecilkan oleh Allah, that's why kita boleh berdepan and survive.

.

.

.

Dalam dunia pelajar (especially), kita memang harapkan kerja and plan kita smooth seperti yang kita nak. Tapi pernah tak fikir, KITA mungkin menjadi PENYEBAB kerja orang lain jadi tak smooth and tergendala?

Ini lah yang nak dikaitkan dengan "bantu kerja orang lain, Allah bantu kerja kita".

Of course yang cliche ones, bila ada group assignment, elakkan lah dari datang lewat untuk group discussion, or lewat submit individu part dalam group presentation, etc. Sebab kalau tak, kita dah menyusahkan orang lain.

.

.

.

Cara selain itu, ialah perbanyakkan sedekah.

Okeh, saya faham, students mana ada duit, duit pinjaman PTPTN yang ada memang tak cukup nak tampung perbelanjaan sepanjang semester, dengan sekarang GST nya, semua benda nak naik harga (pointer jeh yang turun lulsss), peruntukan untuk IPT dikurangkan etc.

Tapi nak tak nak, kena usahakan juga membiasakan diri bersedekah. So, gabungkan teknik menabung "berganda" yang saya cakap awal tadi, dengan elemen sedekah.

Maknanya, ada dua tabungan, satu adalah "Saving", dan satu lagi adalah "Sedekah". "Saving" adalah untuk simpanan masa depan kita. Takde lah duit PTPTN habis sia-sia sebab takde saving ape ape pon even sikit. And "Sedekah" of course untuk bersedekah. Bila buat macam ni, balance lah sikit hal dunia dengan akhirat kita kan. huhu. Dan In Shaa Allah, Allah permudahkan kerja kita saat kita benar-benar tersepit. Yakin!

Kaedah tabungan nih adalah sama dengan yang atas tadi, cumanya ubah lah sikit.

Gila apa setiap hari nak menabung?! Sebulan RM465. Ibarat takyah makan sebulan. Olah lah mengikut kesesuaian.

CARA SAYA, adalah mengikut bilangan minggu.

Satu semester pengajian saya adalah, 14 minggu kuliah + 2 minggu peperiksaan akhir. Jumlahnya, 16 minggu (tidak termasuk cuti midsem, dan study week// terpulang pada masing masing nak kira sekali or tak).

Jadi, bila minggu pertama pengajian, RM 1 saya masukkan dalam "Saving", and another RM 1 saya masukkan dalam "Sedekah".
Minggu kedua, RM 2 saya masukkan dalam "Saving", and another RM 2 saya masukkan dalam "Sedekah".
And the list goes on until the week 16th.
By that time, the collected money should be RM136 for both "Saving" & "Sedekah". (apesal tetiba full english nih luls).
Bila dah complete 16 minggu, boleh lah proceed to plan masing-masing. Untuk "Saving", sama ada masukkan dalam bank, or laburkan dengan beli emas, orang masukkan dalam Tabung Haji etc, as long as itu untuk simpanan jangka masa panjang.
Untuk "Sedekah"? Tak perlu lah tunggu sampai cukup 16 minggu baru nak sedekah. ***errr boleh jugak nak wat camtu, ikut kreativiti masing-masing*** Boleh juga sedekah dari semasa ke semasa.

Kalau minggu pertama ada RM1,
masukkan dalam tempat nak refill air. Dikira bersedekah juga tu kan? Besar tau nilai RM1 tu. RM1 boleh refill sehingga 5 liter air mineral. Sejuk tekak member-member korang dapat study sambil minur air mineral. eheh

Minggu kedua pulak RM2,
boleh masukkan dalam tabung mana-mana surau. Nilai tak penting, yang penting niat kena ikhlas.

Minggu ketiga RM3,
try lah beli ikan goreng dan nasi putih dengan nilai tersebut, pastu gaul-gaul bagi kucing makan (especially kucing betina yang tengah bunting atau menyusukan anak, kesian wehhh huwaaa).

Minggu keempat ada RM4,
try lah cari mana-mana viral message mengenai kanak-kanak/haiwan yang perlukan pembedahan, then transfer online ke akaun bank yang dinyatakan. Again! Nilainya maybe kecil, tapi sangat bermakna tau :)

Minggu kelima pula RM5,
Boleh jugak kalau nak split nilai tu kepada dua bahagian. RM2 untuk sedekah mana-mana surau, baki RM3 nak belikan makanan untuk kucing-kucing.

And list goes on and on.

Try as creative as you can!

Takde lah kita sebagai pelajar hanya fikir pasal diri dan masalah kita je. Itu selfish namanya.

*Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan topik entry.*

Selamat malam, sayang-sayang sekalian :)