Friday, May 31, 2024

Sup udang immune booster

Antara menu yang mudah, dan menyelerakan untuk umi dan Sofea, selain menyihatkan — iaitu Sup Udang, inspirasi dari e-book Dr Mazliana Mazlan. 


Halalan toyyiban gittew 



Resepi Sup Udang Immune Booster 


Bahan : 

Minyak masak 

Bawang holand 

Bawang putih 

Halia

Air

Blackpepper 

Lobak merah

Udang 

Suun 

Garam

Daun sup 


Cara : 

1. Tumis bawang holand, bawang putih & halia sampai naik bau. (Bawang tu saya lebihkan sebab Sofea hantu bawang 👻)

2. Masuk air & blackpepper. Biar mendidih. 

3. Masuk lobak merah, udang dan suun yang telah dilembutkan dalam air. 

4. Letak garam secukup rasa. Tabur daun sup.


Ps.

— bawang putih tu saya just ketuk je, sebab Sofea suka makan bawang putih sebiji terus. 

— bawang holand pun saya potong memanjang. Sebab Sofea suka 😆


So menu ni memang dikira immune booster betul lah. Syukur Alhamdulillah, dalam pada Sofea ni agak memilih makannya, tapi resepi macam ni, boleh kata semua isi nya dia telan, kecuali halia je. Moga-moga Sofea membesar dengan kekal mencintai segala bawang sebagaimana sekarang 🤲🏻 


Love,

- f. 

Thursday, May 16, 2024

Bergenang air mata 🥺

Sayu pulak rasa nak tulis ni. 


Umi nak mandi malam. So sebelum tu, bagi Sofea bagi susu. Dia pun landing atas katil dengan botol susunya. 


Umi : Umi mandi kejap tauu


Sofea angguk. Sengih-sengih macam biasa. Haihh laa sweet anak ni. 


Umi pun mandi. Kusyuk betul mandi kali ni. Sental sana sental sini. Cuci muka, shampoo rambut, sabun badan. Tak sedar umi terlama dalam bilik air. 


Umi bukak pintu bilik air, terkejut tengok Sofea duduk menyandar ke dinding depan pintu bilik air, sambil mata dah bergenang dengan air mata, mulut dah mencebik. 🥺


Allah. 


Umi : Kenapa ni? Kenapa menangis?


Sofea masih mencebik sedih. 


Umi : Sofea takut umi hilang ke? Umi kan mandi… alaaa kesianyaa. Meh sini peluk umi. 


Baru lah nampak okay sikit reaksi mukanya. 


Umi : Okayy kejapp umi nak ambil gambar 😁



Tersipu malu Sofea bila umi nak ambil gambar.


Aduhaii anak manja sorang ni. Tak boleh bayang umi kalau suatu hari nanti tiba-tiba umi takde dalam hidup dia. Macam mana lah agaknya. 


Tetiba teringat semalam, entah kenapa badan umi jadi lemah sangat. Asyik pening mual loya macam nak pengsan. Sah dah ni tekanan darah rendah. Nak solat pun tak boleh nak fokus. Slow-slow bangun. Umi syak sebab ubat propranolol tu. Sebab baru tahu rupanya propranolol tu beta-blockers. Antara ubat yang menyebabkan tekanan darah rendah. Entah lah. Wallahu’alam. 



Tapi memang terasa sangat semalam macam nak mati perasaannya. So lepas zuhur, dah settle suap Sofea makan, bagi Sofea susu, umi rest. Tidur dekat ruang tamu, sambil Sofea baring dekat sebelah. 


Dalam pada lelap mata tu, dalam hati cakap, ‘kalau aku mati petang ni, harap ada lah sesiapa dengar Sofea menangis sebab kejut umi tak bangun-bangun, atau pun mungkin menangis kelaparan. 


Macam tu sekali umi fikir ye. 


Tapi bila tengok tadi Sofea bergenang air mata tanpa suara tangisan menunggu umi siap mandi, terus umi cakap dalam hati, ‘macam ni kot Sofea kalau kejut umi tapi tak bangun-bangun’ mengalir air mata sorang-sorang. Allah 🥺


Sebagai seorang anak yang pernah kehilangan emak pada usia remaja, umi paling takut luka ‘kehilangan’ umi suatu ketika dahulu berulang pada Sofea. 


Umi doa, semoga Allah panjangkan umur umi untuk Sofea, dan semoga Sofea sentiasa dalam lindungan dan jagaan Nya sehingga ke akhir hayat Sofea 🤲🏻


Sayu betul nak tulis kalini.


Love,

- umi. 


Ps. Sofea, 22 bulan. 

Wednesday, May 15, 2024

Restock pancake frozen


Taktau lah apa tujuan saya tulis posting ni. 

Mungkin untuk mempamerkan lagi ketidakbijaksanaan saya dalam memasak? 😅


Tapi Sofea, if one day Sofea tengok umi pandai masak serba serbi apa sahaja Sofea minta umi masakkan, ketahui lah, umi pun bermula dari seorang yang serba serbi tak pandai masak. 


Bak kata omputih, I work my ass off to be what I am today. 


Tapi sebagai orang Islam, alhamdulillah, usaha kita semalam Allah izinkan berjaya harini. 

Yang penting usaha sentiasa kena ada. 


Tiber tazkirah pulak kan dalam entry pancake je pun 😂


Okay back to the topic. 


Sofea setahun sepuluh bulan ni dah tak makan sangat pancake. Tapi saya still restock dalam freezer sebab untuk anak yang saya ngasuh. Kot kot dia hilang selera taknak makan apa yang maknya bekalkan, so boleh panaskan je pancake frozen ni. Buat masa ni, tak pernah lagi dia reject apa yang saya bagi. Haha. Tapi bagus jugak pancake frozen ni. Extra quick breakfast. Boleh sapu dengan chocolate spread, dah settle! 


Resepi pancake dekat sini. LINK SINI 



Saya buat saiz mini kali ni. Nampak comey sikit. Lepastu simpan dalam sealed bag macam gambar atas tu. Kalau boleh jangan bertindih sangat. Sebab nanti dia melekat susah nak pisahkan. Tag sesiap manufacturing date gitteww haha. So boleh tahu limit nya 3 bulan je sampai 13/8/2024. Lepas daritu kalau tak habis, kena buang lah. 


Sealed bag ni food grade. Boleh pakai berkali-kali. Basuh pakai basuh pakai. Make sure kering betul betul sebelum nak guna kayy. 


Beli dekat shopee je, dari seller ni. LINK SINI


Nama : Reusable Food Sealed Bag 

(Lebih kurang macam tu lah)



Plastic dia tebal. So takde lah mudah koyak. Beli pelbagai saiz terus, senang. Boleh isi macam macam.


Okayy itu je entry nya. 


Bye!


Love,

- f.

Sunday, May 12, 2024

Sofea says : abun & uwee


Alkisah masa tengah mandikan Sofea. 


Umi letak sabun mandi atas tapak tangan Sofea. 


Sofea : Uwee (buihhh)


Umi : Bukannn. Ni sabunn (sambil tunjuk dekat tapak tangan Sofea). 


Sofea : Abunnn (sabun). 


Umi : Yang ni buihhh (tunjuk buih dekat badan dia). Pop pop pop!


Sofea : Uweee. Ameee! (Sama)


Umi : Haaa yelaa yelaa, samaa. 


Dia pulak mengajar umi, cakap sabun dengan buih tu sama 🙄 


Aduuhaiii. Mana sama Sofea. Sabun tu sebelum tindak balas dengan air. Buih tu selepas tindak balas dengan air. Umi nak kena explain macam ni ke baru Sofea faham? 😅 


Love,

- umi.


Ps. Macam biasa. Gambar Sofea tengah tidur. Umi memang suka ambil gambar Sofea tengah tidur. Sebab tahu, umi akan rindu semua momen ni. Tapi ketara sangat baa mabuk susu kau tu sopeaaa. 

Saturday, May 11, 2024

Sofea : 21 months


Raya hari keempat. 

Raya kedua untuk Sofea. 

Raya masih di perantauan. 

Raya apa yang ada je. 


Baju raya umi abah Sofea semua recycle yang tahun lepas. 

Sebab aim umi nak bagi settle hutang Sofea dulu. 


Ye, umi abah pinjam duit Sofea untuk kegunaan keluarga kita. 

Satu hari nanti kalau Sofea baca posting ni, harap Sofea maafkan umi abah ye. 

Duit tu Alhamdulillah umi abah dah bayar slow-slow dan simpan dalam ASB/SSPN/Tabung Haji bawah nama Sofea sendiri. 


Teringat umi masa kita belum datang Sandakan. Gigih umi angkut Sofea pergi Maybank sebab nak bukak akaun ASB Sofea. Pergi pejabat PTPTN, sebab nak bukak akaun SSPN Sofea. Pergi pejabat Tabung Haji sebab nak bukak akaun TH Sofea. 

Gigih angkut pergi semua tu sorang-sorang sebab abah dekat Sandakan, dan kita berdua dekat Kuantan. Umi kena jugak bukak sesiap akaun simpanan Sofea, supaya lepasni duit orang bagi ke Sofea semua umi boleh masuk dalam akaun Sofea. Tanak dah guna lagi. Melainkan kalau betul-betul terdesak. Moga-moga Allah sentiasa cukupkan rezeki abah untuk kita sekeluarga 🤲🏻 


Oh, Sofea dah masuk 21 bulan ni, akal nyaa tu Masha Allah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 


Boleh tekan link instagram ni. LINK

Ni baru sikit reveal 😅 


Love,

- umi. 

Sofea says : mimot


Pagi-pagi lagi Sofea duk ulang perkataan yang sama. 


Sofea : mimottt… mimottt…


Umi blur. Apa yang mimot ni? Mammoth 🦣 ke? Advanced sangat hang ni Sofea. 


Then, sepantas kilat sel-sel otak umi berhubung.


Umi : Ohhh… selimut! (Sambil umi tengah betulkan katil, lipat selimut.


Sofea : mimottt (gelak kecil sebab umi teka betul)


Umi pelik jugak, selama ni umi sebut selimut, takde pulak dia repeat balik apa yang umi cakap. 

Ini tiba-tiba out of nowhere, dia boleh sebut mimot. 

Mungkin sebelum ni, dia hadam je dulu, lepas otaknya makin berkembang, sekarang baru dia boleh zahirkan haa gittew laa kot. 


Perkataan ke berapa dah ni? Tak pasti pulak umi. 

Yang pasti since dia pun dah sebut ‘abiiidaa’ & ‘amiiituuu’ tuu, dah achieve 50 dah pun. Alhamdulillah 🤲🏻


Love,

- umi. 


Ps. Sofea, 21bulan. 


Ps. Sofea dalam gambar genap 1 bulan.